27 Mac 2012

160 sebatan pegang tangan wanita


27 Mac 2012
RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.
Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi 

13 Mac 2012

Air Zam zam Palsu..?

SHAH ALAM – Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.


Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.
Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.. sumber-Sinar Harian 12 Mac 2012


Dikatakan air zamzam mempunyai 12 kelebihan:-


1. Syaba’ah – mengenyangkan
2. Nafi’ah – memberi manfaat
3. Maimunah – keberkatan
4. Mahmudah – kebaikan
5. Mu‘dzibah – mencegah rasa dahaga
6. Hazmatu Jibril – keluarnya dari pijakan tumit Jibril
7. Murwiyah – menyegarkan
8. Afi’yah – menyihatkan
9. Barrah – memiliki kebaikan
10. Kafiyah – mencukupkan
11. Syifa Saqamin – menyembuhkan penyakit
12. Maghfirah – keampunan
5