18 Januari 2012

Berhati-hati berbelanja di Pasar raya

Amat menghairankan apabila seorang juruwang Melayu Islam mengadu yang dia diarah oleh majikannya (bukan Islam) supaya memegang daging babi dengan tidak berlapik. Ini kerana perbuatannya sebelum ini, memegang daging tersebut dengan beralaskan plastik dianggap menghina makanan orang bukan Islam. Seperti mana dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jan 2012.


Persoalannya perbuatan majikan tersebut telah menghina Islam. Kerana semua tahu yang daging babi adalah HARAM bagi umat Islam. Untuk mereka, mereka rasa terhina tetapi bagi orang lain mereka anggap tidak mengapa. Lagipun memegang sesuatu yang basah dengan berlapik adalah perkara biasa hatta daging lembu sekalipun.

Inilah satu diskriminasi yang cuba dilakukan terhadap umat Islam. Lebih malang lagi apabila ada ugutan untuk diberhentikan kerja.

Perseolan juga timbul tentang percampuran barangan halal dan haram di pasar raya berkenaan. Penggunaan peralatan seperti bekas atau troli yang sama diantara orang Islam dan orang bukan Islam akan menyebabkan berlaku percampuran barangan halal dan haram.

Diharapkan pihak berwajib mengambil langkah-langkah sesuai dalam mengatasi permasalah ini, demi kebaikan bersama..

08 Januari 2012

Bacaan Surah Al-Fatihah

Bacaan Surah Al-Fatihah dengan  12 Taranum
1. Surah Al-fatihah (Maqam Kurd) Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy
2. Surah Al-fatihah (Maqam Nahawand) Sheikh Abdelkarim Edghouch
3. Surah Al-fatihah (Maqam Saba) Sheikh Abdelkarim Edghouch
4. Surah Al-fatihah (Maqam Ajam) Sheikh Abdelkarim Edghouch
5. Surah Al-fatihah (Maqam Bayat) Sheikh Abdelkarim Edghouch
6. Surah Al-fatihah (Maqam Jaharka) Sheikh Abdelkarim Edghouch
7. Surah Al-fatihah (Maqam Saba) Sheikh Abdelkarim Edghouch
8. Surah Al-fatihah (Maqam Hijjaz) Muallij Mustaqim
9. Surah Al-fatihah (Maqam Saba)Fahd Al-Kanderi
10. Surah Al-fatihah (Maqam Rast) Saud Al-Shuraim
11. Surah Al-fatihah Oleh Syaikh Muhammad Jibril
12. Surah Al-fatihah (Maqam Nahawand) Al-Ustadz Fadlan Abu Yasir




Dengar sini