28 Jun 2011

Janggut

Pendapat 4 madzhab mengenai janggut:

Rumusan al-Qardhawi dalam Fiqh Thaharah:



[1] Hanafi: sebahagian kata sunnah, sebahagian lagi kata wajib menyimpan janggut.

[2] Maliki: ada kata makruh dan ada yg kata haram mencukurnya

[3] Syafi'iy: Makruh mencukurnya (Imam Rafi'iy dan Imam Nawawi)

[4] Hambali: wajib memeliharanya dan ada sebahagian yg hanya mengatakan sunnah.

Pendapat Dr al-Qardhawi: sunnat mu'akkad (diberatkan) utk menyimpannya:-
Dalil al-Qardhawi: Apa yg diperintah oleh Al-Quran ianya wajib, manakala apa yg datang dari Nabi s.a.w, maka ia adalah sunnah, sunnah sifatnya adalah anjuran. Janggut, anjurannya adalah dari sunnah bukan Al-Quran.

1. Golongan yg kata sunnah guna dua hujah asas:

(a). apa yg Nabi sarankan tanpa ancaman, jatuh hukum sunnah
(b). pelihara janggut diletakkan dalam kitab2 fiqh dalam Bab: sunan al- fitrah.

2. golongan yg kata wajib:

apa jua yg Nabi perintah maksudnya wajib...

3. golongan yg kata harus..
simpan janggut adalah saranan yg disertai illat (sebab), jika illatnya sudah hapus, maka gugurlah hukumnya..
zaman dulu, cukur janggut adalah budaya non-muslim, maka zaman sekarang, kaum sikh pun mewajibkan janggut, juga karyawan, artis, pemain bola...professor universtiy, mereka menyimpan jangut maka gugurlah illatnya.
Al-Qardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia)

Sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)

"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".
(Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. Nashiruddin al-Albani. Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka". (Hadis Riwayat Muslim)

22 Jun 2011

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

JEDDAH:
Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.


Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh. “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya. Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi
sumber

20 Jun 2011

Pusaka...

Undang-undang harta pusaka di dalam Islam adalah perkara yang telah telah ditetapkan secara qat'ie di dalam al-Quran. Qat'ie maksudnya, kita tidak dibenarkan berijtihad di dalam perkara tersebut. Kita tidak berhak mempertikaikan lagi hukum tersebut sebagai tidak adil dan sebagainya. Kita cuma dibenarkan utk berfikir atau mencari sebab kenapa Allah memberikan lelaki harta pusaka lebih berbanding dengan wanita.  Kadar harta pusaka yg ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran, surah al-Nisa':

Ayat 11 surah al-Nisa' :
" Allah mewajibkan kepadamu tentang pembahagian warisan utk anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan."

-maksudnya anak lelaki akan mendapat dua bahagian, manakala anak perempuan mendapat satu bahagian. undang-undang ini dipanggil sebagai rule 1/3 dan 2/3 (one third dan two third)

-kenapa anak lelaki mendapat dua bahagian dan anak perempuan hanya satu bahagian?

Anak lelaki adalah ketua keluarga, anak lelaki yang bertanggungjawab menyara keluarganya, menjaga adik perempuan dan kakak perempuannya yang masih belum berkahwin atau yg menjadi ibu tunggal atau ibu tinggal. Anak2 perempuan tidak diberatkan dengan tanggujawab tersebut, tetapi kalau mereka mahu membantu keluarga, mereka mendapat pahala bersedekah. Maksudnya anak-anak lelaki adalah wajib menyara keluarga mereka. manakala anak2 perempuan adalah sunat menyara keluarga. Tidak timbul isu tidak adil dan sebagainya.

yang menjadi masalah ialah kebanyakan lelaki hari ini tidak sedar betapa beratnya tanggunjawab mereka. apabila mereka bernikah, mereka lupa bahawa tanggungjawab mereka kepada ibubapa mereka tidak pernah berhenti atau luput. mereka wajib menyara ibubapa mereka terutamanya yang susah sehinggalah ibubapa mereka kembali ke rahmatullah.

Jikalau ibubapa mereka meninggal dunia dalam keadaan belum sempat mengqadha puasa atau membayar fidyah, anak2 lelaki lah yg wajib melaksanakan tugas ini. Jikalau tidak ada anak lelaki, kewajiban ini jatuh kepada adik beradik lelaki si mati. Cluenya hanya satu, mereka yang mewarisi daripada si mati itu adalah orang yang wajib mengqadha puasa dan membayar fidyah si mati. kalau tidak ada saudara mara lelaki, barulah kewajiban itu jatuh kepada anak perempuan dan adik beradik perempuan.

- sambungan ayat 11: (kalau ibubapa meninggal dunia dan hanya mempunyai anak perempuan sahaja.)
"Jika anak perempuan si mati lebih dari dua orang, maka bahagian meraka adalah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Dan jika hanya seorang sahaja, maka dia mendapat setengah daripada harta (yg ditinggalkan oleh ibubapanya).

-sambungan daripada ayat 11 tentang hak ibu bapa dalam harta pusaka peninggalan anak mereka.

"dan utk kedua ibu bapa, bahagian masing-masing adalah satu perenam dari harta yang ditinggalkan , jika dia (anak yang meninggal) itu mempunyai anak (cucu kepada ibubapa).

Keterangan:
jika anak2 yg sudah bekerja dan mempunyai harta meninggal dunia, ibubapanya akan mendapat 1/6 setiap seorang, jika si mati mempunyai anak.

"Jika si mati tidak mempunyai anak, maka siibu akan mendapat satu pertiga (1/3), dan jika si mati meninggalkan adik beradik, maka si ibu akan medapat satu perenam sahaja."

Keterangan:
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa dan adik beradik mempunyai hak di dalam harta pusaka peninggalan si mati. Kenapa ada yang sanggup mengatakan kita bersusah payah mencari harta utk anak-anak kita, kenapa perlu diberikan kepada ibubapa dan saudara mara kita. manusia apakah kita jika sanggup berfikir seperti itu.siapa yang melahirkan kita? siapa yang menjaga kita hingga tergamak mengatakan kenapa ibubapa perlu diberikan harta pusaka? kakak2 kita, adik2 kita dan abang2 kita adalah saudara kandung kita, kenapa ada yang tergamak mangatakan mereka tidak ada hak dalam harta kita?

tak terfikirkah kita,kalau anak2 kita nanti yang berfikir bahawa kita ibubapanya tidak berhak mendapat harta mereka? Mungkin ibubapa kita miskin dan tidak banyak memberi wang atau nafkah kepada kita semasa kita kecil, tetapi kita terhutang nyawa dengan mereka. hutang yg tidak mungkin dapat dibayar kepada ibubapa kita. jadilah anak2 yang insaf dan bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ibubapa.

saya amat faham, ada masanya kita berasa marah kerana adik beradik kita tidak pernah berbuat baik kepada kita, tidak mengambil berat tentang kita, jadi kenapa mereka perlu diberikan harta pusaka jika kita meninggal dunia?

Sambungan ayat 11:
"Pembahagian2 tersebut adalah wajib dibuat setelah dipenuhi wasiat yg dibuatnya dan setelah dibayar hutangnya. tentang org tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih banyak manfaat bagimu. Ini adalah ketetapan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan maha Bijaksana."

Keterangan:
-ayat ini menjelaskan bahawa sebelum dibahagikan harta pusaka, terlebih dulu tunaikanlah wasiat yg telah dibuat oleh si mati dan bayarlah segala hutang2 si mati. kerana itu adalah hak yang wajib didulukan. Wasiat pula hanya sah jika tidak lebih daripada 1/3, daripada harta si mati.
-hadis nabi Muhammad s.a.w jelas menyebut:
" Tidak boleh membuat wasiat lebih daripada satu pertiga."


Saya berhenti di sini dulu, insyaAllah saya akan sambung mengenai hak suami isteri di dalam harta pusaka. Apa yang saya tuliskan di sini adalah merujuk kepada ayat Quran dan hadis Nabi Muhammad. Suka saya mengingatkan semua, jikalau kita mencabar ayat Quran mengatakan tidak patut dan sebagainya memang jatuh hukum kafir. sila rujuk kepada surah al-maidah. Itulah yang ingin dijelaskan oleh ustaz Insani sebenarnya. beliau bukan melabelkan sesiapa, tetapi kadang2 ustaz insani ni hilang kesabaran melihat manusia yang mempertikai hukum Allah. Saya faham dan kenal hatibudi beliau.

wassalam
Dr Fauziah

15 Jun 2011

863 mohon murtad

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melaksanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah, aktiviti-aktiviti pengukuhan agama, kelas pengajian agama dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
sumber