25 Mei 2011

Suami Tak Kenal Isteri..?


Sebenarnya memang banyak perkara tentang isteri yang suaminya tak faham dan tak kenal. Ada kajian menyatakan, suami hanya akan kenal dan faham

isterinya setakat 35% sahaja, itupun setelah berumah tangga bersama dan hidup bersama 35 tahun. Suami agak susah nak kenal isteri. Antara sebabnya Lelaki dan perempuan, Kita tak sama, malahan kita tak ade persamaan pun, tetapi kita nak mencari keserasian. Biasanya lelaki digelar manusia logik dan perempuan digelar manusia abstrak.

Contohnya dalam hal makanan. Suami akan beli makanan, akan bawa balik makanan ke rumah, kebiasaannya ialah menandakan makanan yang suami gemar, makanan yang dia suka. Jarang sekali orang lelaki (suami) tahu makanan kegemaran setiap orang yang ada didalam rumahnya (isteri, anak1, anak 2,,,seterusnya, mak mertua dsb kalau ada tinggal bersama). Maka bila suami membeli makanan (minim petang contohnya, suami akan membeli satu atau dua jenis kueh sahaja).

Isteri (orang perempuan) lain pulak, Isteri akan selalu masak makanan yang Suaminya suka, yang anak2 nya suka (bukan yang isteri itu suka). Dengan demikian, Suami akan susah nak tau apakah makanan kegemaran isterinya. Kalau beli makanan di luar untuk dibawa balik, Selalunya orang perempuan (isteri) dia tau hampir kesemua makanan kegemaran orang yang ada didalam rumahnya, dengan sebab itu kalau isteri membeli makanan, Hampir kesemua orang yang ada dalam rumah itu ada bahagian masing2 mengikut kegemarannya.
Contoh lain, Isteri kalau melihat suaminya 20 kaki dari belakang (muka tak nampak), InsyaAllah isteri boleh kenal suaminya. Suami,,,biasanya tak akan kenal isterinya dalam keadaan yang sama. Malahan suami akan terlupa apakah warna pakaian, atau warna tudung yang isterinya pakai, walaupuin mereka keluar rumah sama-sama pada awalnya.

Kesimpulan, Orang lelaki dan orang perempuan (Suami dan isteri) ada kehebatan masing2, kehebatan mereka tak sama dan jangan cuba nak samakan. Seorang menjadi pelengkap kepada yang seorang lagi. sebab itu kita ni akan jadi lengkap setelah berumah tangga. Yang pentingnya suami isteri kena berterus terang dan maklumkan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Kena selalu ingatkan walaupun dah cakap banyak kali. Buat dan cakap lagi, dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai kita tiada lagi. Jangan giveup, Afterall dia tuh pasangan kita juga, pasangan di dunia dan di syurga InsyaAllah.

23 Mei 2011

GARIS PANDUAN UMUM OPERASI TANGKAP KHALWAT

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan. Ini kerana operasi ‘tangkap khalwat’ selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini. Ramai orang menyangka tanpa operasi ‘tangkap khalwat’ maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat. Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi.
Maka dengan ini saya mencadangkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian dalam operasi ‘tangkap khalwat’;

1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut. Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan orang fasik ditolak. Menerima pemberitahuan bersumberkan tajassus akan menggalakkan masyarakat kita mengintip antara satu sama lain. Maka, mungkin akan diintip hubungan seks pasangan suami isteri atas ‘kononnya’ hendak memastikan mereka tidak melakukan maksiat. Sebab itu apabila dibawa seorang lelaki kepada Ibn Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abdullah bin Mas’ud:

“Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

2. Tidak Boleh Operasi Itu Sendiri Berasaskan Tajassus.
Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa. Firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)

3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Maklumat Yang Tidak Pasti
Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat: (maksudnya)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak. Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan. Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w:

“Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam. Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain. Ini tidak boleh disamakan dengan hukuman zina di khalayak ramai yang pasti dengan saksi yang yakin. Sebab, Nabi s.a.w berusaha menolak kes-kes zina, dihukum setelah pasti tanpa didedahkan aktiviti seks secara terperinci melainkan proses penghakiman.

6. Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.
Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf.
sumber

22 Mei 2011

Batasan Ipar-duai

Biasanya bila ada perjumpaan keluarga samada hari-hari biasa, majlis kenduri atau semasa di hari-hari perayaan, ahli keluarga akan berkumpul, di sini akan berlakulah perdedahan aurat antara ipar-ipar. Sememangnya bagi wanita kena pakai tudung dan baju berlengan panjang serta yang tidak menampakkan bentuk badan sekiranya ada adik/abang ipar lelaki.

Kalau tidak dosanya sama seperti mendedahkan aurat dengan lelaki ajnabi. Begitu jugalah hukum bersalaman. Kalau dah biasa bersalam dengan ipar, nak elakkan mula2 memang terasa janggal, takut mereka kecil hati dan sebagainya. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan melapikkan tangan dengan kain semasa bersalam.
Tetap bersalam juga tapi berlapikkan kainlah untuk elakkan mereka terasa. Bagi mana-mana yang tahu hukum tu memang dari awal lagi mereka tidak akan hulurkan tangan untuk bersalam.
Sama-samalah kita menjaga batas-batas perhubungan ini....insya Allah
dipetik dari email...

16 Mei 2011

Bahan buat kek, roti ada DNA babi: JAKIM


PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.
Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
Halal_JAKIM

Kemungkinan Harga RON95 naik...

PUTRAJAYA, 15 Mei 2011-- Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,"katanya kepada pemberita di siniBeliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.
Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
Kali terkhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak 5 sen kepada RM1.90 seliter.dipetik dari bernama

15 Mei 2011

Jambatan Sultan Yahya Ke2 dijangka siap pertengahan 2012

Penduduk Wakaf Baharu, Tumpat, Pengkalan Kubor dan Pasir Utara terpaksa menunggu sehingga pertengah tahun depan bagi menikmati kemudahan jambatan Sultan Yahya Petra kedua itu.


Ini dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPN), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Jambatan sepanjang 800 meter yang berharga RM 157juta itu memulakan pembinaannya pada tahun 2007 sepatutnya siap 2009, dilanjutkan ke Ogos depan, tetapi hanya dapat disiapkan tahun depan disebabkan beberapa masalah teknikal.

Antara masalah utama adalah pengambilan tanah seluas 1.3 kilometer persegi yang masih belum selesai, pemasangan paip air, pemasangan Tenaga Nasional Berhad dan Telekom pada jambatan tersebut. Sumber Berita Harian Selasa 3 Mei 2011

11 Mei 2011

SEKOLAH Harapan dan Rumah Harapan,[remaja hamil]

Dikala para pelajar lepasan SPM sibuk mempersiapkan diri bagi melaporkan diri ke pusat-pusat pengajian tinggi, Sekolah Harapan juga menerima permohonan tinggi daripada remaja-remaja yang berkelayakan (hamil).
JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil
dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu,
28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka. Katanya, sehingga kini,
35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak,
manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor,
masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan,
Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan
berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan
kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira
RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu. SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang
di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000
dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534 sumber

08 Mei 2011

Hari Ibu Haram....

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece,
sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.


Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday".
Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari
atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas
alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary.Mother Mary adalah Maryam,
ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga,
kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar
jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu.
Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.
Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka
dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan.
Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial
dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan
lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu.
Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan
meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis,
dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan
ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut
disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914,
Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu
sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih
merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Oleh: Rubiatul Adawiyah Nazri sumber