29 September 2010

Main Kutu Haram..?


KUALA LUMPUR : 28 september 2010 - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. ---> baca berita selanjutnya di KOSMO

28 September 2010

Kereta Idaman

Ini diantara kereta idaman ramai, agaknya yang termahal di Malaysia...?


AUDI R8 5.2 FSI [berharga rm 1,388,888]


BMW individual 760Li [rm 1,388,800]




Porsche 911 Turbo S [berharga rm 1,350,000]





Vivapun apa kurangnya, kereta mampu milik kebanggaan rakyat Malaysia, yang termurah Viva 660BX (M) solid berharga rm 24,900.


Terkini kereta dan juga MPV, Alza ZHP Advanced Version 1.5L(A) rm 69,490 (solid) rm69,990 (metalic)




Penempatan Haram Yahudi


BAITULMAQDIS 27 Sept. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membiarkan pembekuan ke atas aktiviti pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tengah malam tadi tanpa menghiraukan tekanan hebat masyarakat antarabangsa supaya beliau melanjutkan tempoh itu.

Netanyahu, bagaimanapun menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak menarik diri daripada rundingan damai secara langsung dengan Israel sebagai protes.

“Saya menggesa Presiden Abbas meneruskan rundingan positif dan jujur yang baru kita lancarkan dalam usaha untuk mencapai perjanjian damai bersejarah antara kedua-dua rakyat kita,” kata Netanyahu dalam kenyataan, awal hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas beliau membiarkan pembekuan selama 10 bulan ke atas sebahagian pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tanpa dilanjutkan.

Abbas sebelum ini menggesa Netanyahu melanjutkan pembekuan tersebut.

“Presiden Abbas mahu meneruskan rundingan tetapi Netanyahu mesti mengambil keputusan untuk membekukan aktiviti pembinaan bagi mewujudkan suasana yang sesuai untuk meneruskan rundingan damai,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP di Paris.

Amerika Syarikat (AS) juga mengulangi desakannya supaya Israel terus membekukan pembinaan kawasan perumahan haram baru Yahudi, dan berkata, pendirian Washington berhubung isu tersebut masih tidak berubah.

“Kami terus berhubung rapat dengan kedua-dua pihak dan akan menemui mereka lagi pada hari-hari akan datang,” kata jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley.

Abbas telah berkali-kali memberi amaran beliau akan menarik diri daripada rundingan damai yang dilancarkan semula di White House pada awal bulan ini jika Israel menyambung semula aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Namun, Abbas semalam berkata, beliau akan menemui menteri-menteri luar Arab pada 4 Oktober ini terlebih dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin adalah antara isu paling hangat dalam konflik Israel-Palestin.

Buat masa ini kira-kira 500,000 rakyat Israel tinggal di lebih 120 kawasan penempatan haram Yahudi di serata tempat di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, wilayah-wilayah yang dituntut oleh Palestin untuk dijadikan negara mereka kelak. – AFP

Sumber Utusan Malaysia

27 September 2010

Penganut 4 Mazhab


1] Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Iraq), kemudian tersebar ke negara-negara Islam bahagian Timur. Dan sekarang ini mazhab Hanafi merupakan mazhab resmi di Mesir, Turki, Syria dan Lebanon.

Dan mazhab ini dianut sebagian besar penduduk Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin India dan Tiongkok.


2] Mazhab Maliki.

Mulanya tersebar di Madinah, kemudian berkembang ke Magribi, Algeria, Tunisia, Libya, Bahrain, dan Kuwait.


3] Mazhab Syafi'i

Mazhab Syafi'i sampai sekarang dianut oleh umat Islam di Libya, Mesir, Indonesia, Filipina, Malaysia, Somalia, Arabia Selatan, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan Yaman.

4] Mazhab Hambali.

Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bagdad, Iraq dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su'udi. Dan masa sekarang ini menjadi mazhab resmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Syria dan Iraq.

Demikian sekilas sejarah dan penjelasan dari keempat mazhab yang terkenal.



22 September 2010

Pusat Media & Facebook PDRM


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam melancarkan laman sosial Facebook dan merasmikan Pusat Media sebagai medium baru mendekati masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kepantasan aliran maklumat menuntut pihak polis mengambil inisiatif itu selaras dengan ledakan teknologi.

Katanya, polis perlu merangka proses komunikasi lebih pantas, strategik dan berkesan demi kebaikan orang awam.

“PDRM perlu mengenal pasti kaedah komunikasi terbaik bagi mengelak sesuatu perkara disensasikan secara tidak terkawal dan akhirnya mewujudkan kesan negatif.
“Peredaran masa dan perkembangan bidang teknologi komunikasi, kes-kes tertentu sering terdedah dengan manipulasi. Jadi, mereka (polis) perlu mampu menjangka bentuk-bentuk ancaman baru yang mungkin berselindung di sebalik soal kaum atau agama,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pusat Media dan Pelancaran Facebook PDRM.
Menurutnya, penubuhan Pusat Media boleh membantu membentuk imej polis dan membolehkan rakyat mendapat maklumat dengan lebih cepat, tepat dan menyeluruh, sekali gus menangani kewujudan khabar angin sehingga menjejaskan siasatan mereka.

Sinar Harian

Rapat dan betulkan saf


Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)
baca seterusnya

21 September 2010

Jual tanah kepada Israel dihukum mati


BAITULMAQDIS - Penjualan tanah milik Palestin kepada Israel adalah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati, menurut perintah sebuah mahkamah Pihak Berkuasa Palestin (PA), kelmarin.

Keputusan mahkamah itu dianggap berpatutan oleh pegawai kerajaan PA yang melihat langkah itu sebagai perlu bagi menjamin penubuhan negara Palestin pada masa depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Palestin, Ta’et At-Twil mengeluarkan perintah bahawa penjualan atau cubaan menjual tanah kepada negara asing adalah kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Pejabat Pendakwaraya Palestin menegaskan perintah terbaru itu dikeluarkan untuk melindungi misi utama negara Palestin, iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Mahkamah tentera Palestin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki kerana menjual tanah yang bukan miliknya kepada sebuah syarikat Israel di perkampungan Baitul Ummar, tahun lalu.

Penjualan tanah Palestin kepada Israel dianggap sebagai pengkhianatan kerana pertelingkahan berpanjangan kedua negara berhubung isu rampasan tanah Palestin oleh rejim Zionis itu.- Sinar Harian : 21 September 2010

Israel usir penduduk bangsa Arab


BAITULMAQDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menggesa supaya semua warga Israel berbangsa Arab diusir keluar daripada tanah air mereka sendiri yang dirampas Israel pada 1948, Ahad lalu.

Cadangan biadap Lieberman itu dikeluarkan semasa proses terbaru rundingan damai Israel dan Palestin sedang berjalan.

Penduduk berbangsa Arab di Israel kebanyakannya adalah warga asal Palestin yang masih tinggal di kawasan yang ditakluki rejim itu sejak 62 tahun lalu dan mempunyai kewarganegaraan Israel.

Menteri itu juga menolak asas rundingan yang diguna pakai selama ini, iaitu 'tanah untuk keamanan' sebalik�nya menegaskan prinsip rundingan harus berdasarkan pertukaran tanah dan penduduk.

Menurutnya, Tel Aviv perlu merangka semula sempadan Israel dan mengusir semua warga Arab yang berada di negara itu selain menyatukan penduduk Yahudi di penempatan haram di Tebing Barat. "Pemindahan keluar semua penduduk Arab Israel adalah perlu kerana pemimpin dari kalangan mereka ini tidak menerima hak Israel untuk wujud di peta dunia," katanya.

Rundingan damai terbaru antara Israel dan Palestin bermula awal September lalu di bawah tekanan Amerika Syarikat, selepas proses itu terhenti selama dua tahun akibat serangan Israel ke atas Genting Gaza pada 2008.

Pembinaan penempatan haram Yahudi di atas bumi Palestin menjadi isu utama dan halangan terbesar bagi mencapai persetujuan dalam proses rundingan itu.- Sinar Harian.

20 September 2010

Enjin Carian Islamik


Enjin carian baru tapis pornografi

WASHINGTON 19 Sept. - Beberapa pihak daripada kumpulan Islam, Kristian dan Yahudi telah mencipta enjin carian di Internet yang mampu membuat tapisan bagi mengelakkan komuniti terbabit menjumpai web yang menyiarkan minuman mengandungi alkohol dan juga pornografi.

Melalui enjin carian di alamat www.imhalal.com jika pengguna menaip perkataan 'alkohol', ia akan menghubungkan kepada artikel yang memberi hujah mengapa Islam tidak membenarkan umatnya minum minuman keras itu.

"Kami berpendapat, enjin carian lain yang terdapat di Internet terlalu 'terbuka'.

"Sebab itu kami mewujudkan enjin carian baru bagi membolehkan pengguna melayari Internet dalam keadaan yang selamat tanpa menjumpai sebarang laman web yang menyiarkan bahan lucah dan haram," kata pengasas enjin carian Islam I'mHalal, Reza Sardeha.

Jika perkataan 'pornografi pula ditulis, ia tidak akan menghubungkan penggunanya ke mana-mana laman web, katanya.

Reza yang merupakan warga Kuwait dan berusia 21 tahun berkata, beliau yakin enjin carian ciptaannya itu akan berjaya menarik minat pengguna dari beberapa negara seperti Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS).

"Setiap minggu kami menerima banyak emel daripada pengguna bukan Islam yang suka dengan enjin carian ini dan menyatakan mereka kini rasa lebih selamat setiap kali anak-anak mereka melayari Internet," jelasnya. - Utusan Malaysia.

Akibat Nak Bakar Quran


Paderi Terry Jones tanggung kos AS$180,000

ORLANDO, Amerika Syarikat 19 Sept. - Pihak berkuasa bandar raya Gainesville di Florida akan menghantar bil berjumlah lebih AS$180,000 (RM576,000) kepada paderi Terry Jones bagi kos keselamatan yang ditanggung berhubung ugutannya untuk membakar al-Quran sempena hari ulang tahun memperingati serangan 11 September, 2001, baru-baru ini.

Agensi-agensi polis menghabiskan masa lebih sebulan untuk menyediakan pelan keselamatan bagi memastikan keselamatan komuniti di sekitar gereja Jones, Dove World Outreach Center iaitu lokasi yang dirancang bagi membakar lebih 200 naskhah al-Quran, kata jurucakap polis Gainesville, Korperal Tscharna Senn kelmarin.

Jones juga memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menerima banyak ugutan bunuh berikutan rancangannya untuk membakar al-Quran, yang akhirnya dibatalkannya ekoran tekanan hebat daripada para pemimpin dunia.

Jabatan Polis Gainesville membelanjakan lebih AS$100,000 (RM320,000), manakala Pejabat Syerif Daerah Alachua menghabiskan kira-kira AS$80,000 (RM256,000) untuk langkah-langkah keselamatan pada hujung minggu lepas, iaitu hari yang dijadualkan bagi pembakaran tersebut.

"Kami ada 286 anggota beruniform dan hampir setiap orang bertugas sama ada di Dove Center atau di tempat lain yang boleh menjadi sasaran serangan.

"Melainkan seseorang anggota itu sakit atau cedera, mereka semua bekerja pada hari pembakaran itu dijadualkan," kata Senn.

Anggota polis memperketatkan kawalan keselamatan di gedung-gedung membeli-belah di kawasan berhampiran, stadium bola sepak Universiti Florida serta di kawasan sekitar gereja pada hari-hari sebelum pembakaran itu dijadualkan.

Jones kelmarin berkata, pihak gereja 'tidak menyedari mereka akan dikehendaki membayar bil keselamatan'.

"Jika kami mengetahui perkara ini awal-awal lagi, sudah tentu kami tidak mahu kawalan keselamatan disediakan," katanya.

Beberapa pihak menuduh pihak berkuasa melakukan persiapan keselamatan yang keterlaluan.

"Memang mudah untuk mendakwa kami membuat persiapan keterlaluan, tetapi jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, kami akan dituduh kurang bersedia," kata Senn. - CNN

Paderi Terry Jones tanggung kos AS$180,000
ORLANDO, Amerika Syarikat 19 Sept. - Pihak berkuasa bandar raya Gainesville di Florida akan menghantar bil berjumlah lebih AS$180,000 (RM576,000) kepada paderi Terry Jones bagi kos keselamatan yang ditanggung berhubung ugutannya untuk membakar al-Quran sempena hari ulang tahun memperingati serangan 11 September, 2001, baru-baru ini.

Agensi-agensi polis menghabiskan masa lebih sebulan untuk menyediakan pelan keselamatan bagi memastikan keselamatan komuniti di sekitar gereja Jones, Dove World Outreach Center iaitu lokasi yang dirancang bagi membakar lebih 200 naskhah al-Quran, kata jurucakap polis Gainesville, Korperal Tscharna Senn kelmarin.

Jones juga memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menerima banyak ugutan bunuh berikutan rancangannya untuk membakar al-Quran, yang akhirnya dibatalkannya ekoran tekanan hebat daripada para pemimpin dunia.

Jabatan Polis Gainesville membelanjakan lebih AS$100,000 (RM320,000), manakala Pejabat Syerif Daerah Alachua menghabiskan kira-kira AS$80,000 (RM256,000) untuk langkah-langkah keselamatan pada hujung minggu lepas, iaitu hari yang dijadualkan bagi pembakaran tersebut.

"Kami ada 286 anggota beruniform dan hampir setiap orang bertugas sama ada di Dove Center atau di tempat lain yang boleh menjadi sasaran serangan.

"Melainkan seseorang anggota itu sakit atau cedera, mereka semua bekerja pada hari pembakaran itu dijadualkan," kata Senn.

Anggota polis memperketatkan kawalan keselamatan di gedung-gedung membeli-belah di kawasan berhampiran, stadium bola sepak Universiti Florida serta di kawasan sekitar gereja pada hari-hari sebelum pembakaran itu dijadualkan.

Jones kelmarin berkata, pihak gereja 'tidak menyedari mereka akan dikehendaki membayar bil keselamatan'.

"Jika kami mengetahui perkara ini awal-awal lagi, sudah tentu kami tidak mahu kawalan keselamatan disediakan," katanya.

Beberapa pihak menuduh pihak berkuasa melakukan persiapan keselamatan yang keterlaluan.

"Memang mudah untuk mendakwa kami membuat persiapan keterlaluan, tetapi jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, kami akan dituduh kurang bersedia," kata Senn. - Utusan Malaysia.

5

14 September 2010

Pelantikan Sultan Kelantan


KOTA BHARU 13 Sept – Pemasyhuran Pelantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

“Bismillahir Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.Berita seterusnya

Video Sidang Media Bernama

07 September 2010

Buat Lemang

Photobucket
Bahan-bahan:
1]Beras pulut 550g
2]450 ml santan kelapa
3]10g garam halus
4]Daun pisang
5]Buluh lemang


Cara-cara
*Bersih, rendam pulut selama 2 jam & keringkan.
*Salut buluh dgn daun pisang
*isikan pulut ke dalam buluh
*Masukkan santan bergaram
*Bakar lemang (satu @ dua jam)
Foto di petik dari web keluarga Zulia..10q
5

05 September 2010

Berhari Raya

ADAB BERHARI RAYAPhotobucket


1] Bertakbir; bermula bila terbenam matahari di akhir Ramadhan hingga sampai waktu solat Hari Raya. Takbir terbahagi 2:- [1] Takbir Mursal; disunat setiap masa tanpa mengira tempat di rumah, dimasjid dan di mana-mana. [2] Takbir Muqaiyad; disunat tiap waktu selepas shalat. (hari raya Qurban). Rasulullah s.a.w bersabda."Hiasilah kedua hari raya dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis."

2] Mandi sunat Hari Raya, menghiasi diri, pakaian elok/bersih, memakai bau-bauan.

3] Keluar ke tempat solat melalui satu jalan dan balik ikut jalan lain, Abu Hurairah meriwayatkan adalah Nabi s.a.w menyuruh keluar ke tempat solat semuanya, termasuklah kanak-kanak dan gadis-gadis - riwayat Muslim.

4] Adalah disunatkan solat di kawasan lapang.

5] Disunat melambatkan sedikit solat, disunat bersarapan terlebih dahulu.

6] Bersolat 2 rakaat solat hari raya, hukumnya sunat muakad.

7] Bermaaf-maafan, ziarah mengziarahi.

KESILAPAN DI HARI RAYA


1] Sentuhan ; Berjabat tangan lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul lelaki perempuan duduk di atas kubur dengan alasan untuk membaca Yasin. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa kembali ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan semasa di bulan Ramadhan. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon, berpesta maksiat dan lain-lain.

semoga hari raya tahun ini memberi seribu makna...

01 September 2010

Buat Garam


PATTANI, 8 Julai 2010(Bernama) -- Sebagai antara negara pengeluar padi utama di dunia, bendang padi sudah tentulah menjadi pemandangan biasa di Thailand.

Bagaimanapun di Pattani, selatan Thailand, penduduk tetap turun ke bendang tetapi yang diusahakan ialah garam.

Di sini proses menghasilkan garam masih dilakukan secara tradisional dengan menggunakan air laut sebagai bahan utama mengeluarkan garam berbuku (garam jantan) yang dihasilkan dalam petak sawah.

Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di wilayah ini mengusahakan bendang garam dengan keluasan tanah lebih 2,000 rai (satu rai bersamaan 0.2 hektar).

Kampung-kampung ini, yang berdekatan dengan laut, menjadikan perusahaan membuat garam sebagai punca pendapatan mereka. Dengan itu juga penghasilan garam dari air laut menjadi daya tarikan pelancong ke wilayah ini.

Garam yang dihasilkan di sini mendapat sambutan baik sejak wujudnya perusahaan garam ini kerana dipercayai mempunyai khasiat tertentu untuk kecantikan kulit dan kesihatan.
BAGAIMANA GARAM DIHASILKAN

Menurut pengusaha bendang garam di Kampung Lamdok, Bisim Mamat, 45, proses menghasilkan garam perlu dilakukan ketika musim kemarau. Proses menghasilkan garam dari air laut diusahakan secara tradisional sejak hampir 100 tahun lepas.

Sebelum air laut dimasukkan ke kawasan petak yang dikhaskan untuk menghasilkan garam, air berkenaan perlu terlebih dahulu dijernihkan hampir sebulan di dalam satu kawasan petak sawah yang lain tetapi berdekatan dengan petak yang bakal menghasilkan garam.

"Setelah sebulan air laut dijernihkan, barulah dilepaskan ke petak bendang yang bakal menghasilkan garam dan dibiarkan selama seminggu sekurang-kurangnya," katanya.

PETAK GARAM

Pengusaha garam di wilayah ini hanya menggunakan alat penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan untuk mengumpulkan garam yang masih terendam air di dalam kawasan petak sawah.

Menurut seorang pengusaha di Kampung Kuing, Pattani, Ismail Ahmad, 50, jika hujan lebat berlaku, penghasilan garam akan terbantut dan berkurangan kerana kepingan garam di permukaan air dan di dasar bendang akan hancur, tetapi jika cuaca panas garam terhasil dengan banyak.

Bagi setiap petak hampir 10 x 20 meter luas, pengusaha garam mampu menghasilkan hampir 50 kilogram garam buku yang bersih, dijual dengan harga RM1 segantang.

TANAH SEWA

Ismail, yang menjadi pengusaha garam sejak lebih 30 tahun, berkata dia menyewa tanah kerajaan di kawasan perusahaan garam di kampung itu dengan kadar RM100 setahun.

Bagaimanapun akibat tawaran harga yang terlalu tinggi, ramai pemilik tanah di kawasan perusahaan garam di sini menjualnya kepada pengusaha garam yang mempunyai modal besar, katanya.

Menurut Ismail, bukan semua kawasan bendang di Pattani ini boleh dijadikan kawasan perusahaan garam kerana tanahnya tidak sesuai.

Walaupun ada pihak yang mencubanya di beberapa kawasan lain, tetapi ianya tidak berhasil.

Beliau berkata hanya di kampung berdekatan dan sekitar Krue Se (Keresik) sahaja yang sesuai dijadikan bendang penghasilan garam kerana dipercayai tanah bendang di sekitar itu terlalu masin serta mengandungi bahan yang boleh membekukan air laut hingga menghasilkan garam.

UBAT KESIHATAN

Seorang lagi pengusaha bendang garam Abdul Kadir Nik, 60, berkata garam dari air laut ini dipercayai mampu menjadi ubat tradisional terutama untuk penyakit kulit.

Beliau yang merupakan generasi kedua mengusahakan bendang garam ini juga yakin perusahaan garam daripada air laut ini mampu bertahan lebih lama.

Menurut Abdul Kadir, ramai pelawat dan pelancong yang datang ke kawasan bendang garam di sini dan membelinya untuk dibawa pulang dalam kadar yang banyak kerana mahu dicampur menjadi ramuan ubat pada sabun mandi bagi tujuan melicinkan kulit serta menghindarkan penyakit kulit.

"Ada pengusaha alat kecantikan dari Malaysia yang menghasilkan bahan mencuci badan untuk kaum wanita menggunakan garam yang dihasilkan di sini sebagai bahan campuran di dalam produk keluaran mereka," katanya.

KURANG MINAT

Abdul Kadir berkata kebanyakan bendang yang dijadikan kawasan pengeluaran garam sudah banyak bertukar tangan kerana tawaran harga yang begitu tinggi.

Jelasnya, ada pemilik tanah yang tidak sanggup menolak tawaran harga yang begitu tinggi dan bertindak menjualnya kepada pihak lain menyebabkan banyak kawasan pengeluaran garam di sini dimiliki orang 'luar'.

"Ada dalam kalangan petani di sini menjualnya kepada pengusaha yang lebih banyak wang, tetapi saya tetap mengusahakan perusahaan membuat garam ini walaupun di atas tanah tidak sampai tiga rai (0.6 hektar) kerana ia mampu menyara hidup keluarga," katanya.

Bagi Abdul Kadir, perusahaan garam di Pattani ini kurang diminati generasi muda di sini kerana kebanyakan mereka lebih gemar terlibat dengan perniagaan lain selain berhijrah ke Malaysia mencari pekerjaan.

Tinjauan Bernama di pasar besar Pattani mendapati garam yang dihasilkan di kawasan bendang garam di sini dijual dengan harga 15 bhat (RM1.50) bagi setengah kilogram.

-- BERNAMA