30 Ogos 2010

Lailatul Qadar


Sebab dikurniakan Lailatul Qadar menurut beberapa hadis, iaitu Rasulullah s.a.w pernah memikirkan tentang umur umatnya yang pendek jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu, maka baginda berduka cita kerana jika umat ini ingin berlumba-lumba dalam mengerjakan pengibatan kepada Allah dengan umat dahulu, maka mustahillah dapat menandinginya lantaran pendeknya umur mereka. Maka dengan rahmat Allah Ta'ala dikurniakan malam keberkatan ini. Ini bermakna beribadat padanya mendapat pahala seribu bulan (83 tahun) malah lebih lagi.

Aisyah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil pada 10 hari akhir bulan Ramadan." Hadis Bukhari. Malam itu ialah malam ke 21,23,25,27 & 29 [malam 31 ogos, 02, 04, 06, 08 sept. 2010]

Pada malam itu Malaikat Jibrail bersama sekumpulan malaikat akan turun ke dunia, lalu memohon rahmat ke atas hamba Allah yg mereka lihat sedang beribadat - riwayat Anas r.a. Bagaimanapun rumah tertentu tidak di masuki Malaikat iaitu yang ada anjing/babi di dalamnya, rumah penzina, dan rumah yg ada patung-patung.

Tanda-tanda Lailatulqadar, malam itu berkeadaan sunyi penuh ketenangan, bercahaya tidak panas dan tidak pula sejuk, seolah-olah bulan yang memancar terang, keadaan itu kekal hingga ke subuh. Pada waktu paginya matahari naik tanpa pancaran cahaya [mendung], muncul seolah bulan purnama penuh.

Aisyah r.a meriwayat:"Daku berkata, Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya daku bertemu dgn lailatuqadar, apakah doa yg perluku baca.? Rasulullah s.a.w bersabda: Katakanlah",:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampun, maka ampunilah daku."

Digalakkan pada malam itu beribadah seperti solat tahajjud, solat mutlak, bertasbih, berzikir, bertakbir dan berselawat serta membaca al-Quran.

5

28 Ogos 2010

Produk Muslim

Pengemar ayam goreng dan masakan/ makanan ala barat di Kelantan kini boleh menarik nafas lega kerana sudah ada permis berkenaan di Kota Bharu,

Majlis Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan telah selamat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Seri Bentara Setia Haji Nik Aziz Bin Haji Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan pada 25hb Julai 2010 yang lalu.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Timbalan Exco Kelantan, YB Haji Fattah Harun, GM AWM, En Mohamad Faisol Abdul Rahman, GM Puan Rasidah Bt Abdul Rahim, AGM, Pengurusan HPA, PJS Dan ahli HPA seluruh negara.

Lokasi RFC Kubang Kerian: Berhadapan Hospital USM Kubang Kerian.

Satu lagi Radix Chicken House di Bagunan Kota Bahru Trade Centre (parkson/Giant) Kota Bharu.

Sama-sama kita meriahkan keluaran saudra kita..


Radix Chicken House (RCH) in Kota Bharu is located at Kota Bharu Trade Centre (KBTC). If you are a member of HPA, then you can collect your point on your bill. What is difference between Radix Chicken House and other fast food restaurant is its chicken. HPA or Radix Chicken House uses organic chicken from its farm, the most important is HALAL and of coz this is a good alternative for us.


Kini sudah ada Fried Chicken keluaran Muslim, sama-sama kita sokong keluaran saudara kita...

5

24 Ogos 2010

Mimpi


Tidur merupakan nikmat yang paling besar daripada Allah Ta'ala, cuba bayangkan jika seseorang itu tidak dapat tidur. Dan lebih parah lagi jika memerlukan ubat supaya dapat tidur.

Mimpi:-
Terbahagi kepada tiga

1] Mimpi baik: ianya adalah alamat daripada Allah, yang memberi gambaran tentang sesuatu perkara kepada kita. (untuk mendapat mimpi baik terdapat beberapa syarat-syarat tertentu seperti mengamalkan adab-adab tertentu sebelum tidur).

2] Mimpi tidak baik: ia adalah mainan syaitan, yang sering berusaha mengoda dan menganggu manusia.

3] Mimpi mainan tidur: apabila seseorang terlalu berkehendak kepada sesuatu atau terlalu memikirkannya.

Apabila seseorang bermimpi sesuatu perkara yang baik maka hendaklah ia memuji Allah Ta'ala, kerana mimpi itu datang daripada Allah. Mimpi itu boleh diceritakan kepada orang-orang yang terdekat kepadanya sahaja atau kepada orang alim yang pakar dalam bab taksir mimpi. Biasanya mimpi baik ini akan datang di waktu hampir subuh. Mimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan mimpi yang benar kerana syaitan tidak dapat berupa atau meniru wajah Nabi s.a.w.

Manakala mimpi buruk adalah gangguan syaitan, maka mohonlah pelindungan Allah daripadanya dan berludah (tanpa air liur) ke kiri 3 kali, ubah kedudukan tempat tidur, samada tukar posisi kiri ke kanan ataupun pergi tidur di sudut lain ( dari atas katil turun tidur bawah ). Dan jangan cerita kepada sesiapapun tentang mimpi itu hata kepada isteri/suami sendiri, dibimbangi mimpi itu akan terjadi betul-betul.

Semasa Perang Uhud Nabi Muhammad s.a.w bermimpi lembu besar kena sembelih dan Pedang Nabi patah. Lembu besar kena sembelih bermakna 70 sahabat Nabi s.a.w syahid manakala Pedang Nabi patah terbunuhnya bapa saudara Nabi s.a.w. Ini mimpi Nabi s.a.w yang mana merupakan petunjuk daripada Allah Ta'ala.

Adab-adab tidur:

Sebelum tidur pastikan tempat tidur bebas dari sebarang anasir-anasir jahat seperti serangga berbisa dan seumpamanya.

Tidur hendaklahlah mengadap ke arah kiblat, tidur di atas lambung kanan (dari sudut kesihatan perbuatan ini penting bagi menjaga jantung kerana jantung berada pada sebelah kiri supaya tidak ada hempitan pada jantung terutamanya jika selepas makan - Nabi s.a.w mensyaratkan jika lepas makan, supaya berjalan 40 langkah sebelum tidur). Tidur menirap adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Adalah disunatkan bersugi dan berwuduk sebelum tidur (jangan persoalkan jika bersentuh dengan isteri/suami kerana wuduk ini bukan untuk solat), juga disunatkan berwasiat tentang sesuatu perkara (harta dan seumpamanya), jika perkara itu sulit tulis dan letakkan di bawah bantal, contoh "abang ada sorang lagi bini ni nombor henset dia".

Seseorang itu juga disunatkan bertaubat dan memohon ampun daripada Allah Ta'ala sebelum ia tidur.

Bila hendak tidur hendaklah niat untuk bangun Solat Tahajud, dan bacalah ayat Kursi dan ayat akhir Surah Baqarah, membaca 3 Qul dan berzikirlah sehingga terlenaaaaaaa....
***dipetik dari Kitab Riyadhus Solihin (Kebun Orang-orang Soleh)

23 Ogos 2010

Hujan Ribut




Pengunjung bazar Ramadan kena waspada kesan La Nina
Hujan ribut petir mampu terbangkan khemah gerai

KUALA LUMPUR:
Orang ramai, terutama peniaga dan pengunjung bazar Ramadan di kawasan lapang, dinasihatkan berwaspada berikutan ribut petir, terutama pada sebelah petang, dijangka berlarutan sehingga Oktober atau awal November depan kesan daripada fenomena La Nina yang menyebabkan pembentukan awan lebih banyak serta hujan lebat.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, berkata hujan ribut petir itu akan membawa bersama badai atau angin kencang yang bukan saja berupaya menerbangkan objek ringan seperti khemah dan atap zink, tetapi juga boleh mengakibatkan pokok rendang tumbang.

Beliau berkata, kebanyakan hujan ribut petir itu akan melanda selatan Perak sehingga Johor dengan hanya membabitkan kawasan setempat yang kecil pada satu-satu masa, manakala angin kencang pula lazimnya berlaku dalam tempoh singkat sehingga lima minit.

“Hujan ribut petir ini lazimnya berlaku antara jam 4 hingga 6 petang. Sehubungan itu, peniaga dan orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan pada sebelah petang, dinasihatkan supaya berhati-hati. Dicadangkan juga peniaga mengukuhkan pemasangan khemah mereka.

Keadaan hujan ribut petir ini dijangka berlarutan sehingga tibanya musim Monsun Timur Laut pada pertengahan November depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Secara umum, La Nina adalah fenomena yang mana suhu permukaan di Lautan Pasifik Tengah dan Timur menjadi lebih rendah daripada biasa. Fenomena itu berlaku disebabkan tekanan atmosfera permukaan di Khatulistiwa Pasifik Barat menurun menyebabkan pembentukan awan lebih banyak.

Jumaat lalu, tiga terbunuh, termasuk dua peniaga dan seorang pengunjung, manakala 18 lagi cedera apabila khemah bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin, Melaka, roboh serta diterbangkan ribut pada kira-kira jam 4.40 petang.

Akhbar semalam pula melaporkan hujan lebat dan angin kencang yang melanda hanya 10 minit menyebabkan 16 kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas dihempap kekuda bumbung sebuah pangsapuri di Desa Sepakat, di sini, petang kelmarin. Bagaimanapun, Saw meminta orang ramai supaya tidak terlalu bimbang kerana kejadian hujan ribut petir yang melanda kini adalah bukan fenomena atau bencana alam luar biasa.
dipetik dari Berita Harian


Bulan Mengecut


Pengkaji bintang temui kedutan di permukaan

WASHINGTON:
Pengkaji bintang Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa bulan kini semakin mengecut selepas menemui kesan kedutan di seluruh permukaannya.

Tanda pengecutan yang nampak dengan jelas itu ditemui saintis Amerika Syarikat yang memeriksa beribu-ribu gambar permukaan bulan diambil sebuah stesen angkasa Nasa.
Sesetengah kedutan didapati sepanjang beberapa kilometer dan dilihat sejauh berpuluh-puluh meter di atas permukaannya yang berdebu.
Penyelidik percaya, keadaan itu berlaku selepas bulan mengecut dari segi
saiznya yang bergaris pusat kira-kira 200 meter. Purata garis pusat bulan secara umumnya berukuran 3,474.57 kilometer.

Proses pengecutan bulan bukan sesuatu yang baru kepada pakar yang mengkaji planet. Apabila bulan terbentuk, ia memiliki dasar yang panas, sama seperti bumi, yang menyebabkannya membesar pada mulanya dan kemudian mengecut apabila ia menyejuk.

Penemuan terbaru itu ditafsirkan sebagai kemungkinan bulan mungkin masih menyejuk, proses yang menyebabkan permukaannya memampat dan membentuk ciri-ciri seperti kedutan, dikenali sebagai lobate scarps.
Sepasukan penyelidik diketuai Thomas Watters dari Institusi Smithsonian di sini mengkaji imej beresolusi tinggi bulan diambil pada masa lalu oleh pemantau terbaru bulan Nasa, Lunar Reconnaissance Orbiter

Kamera kapal angkasa itu menghantar imej paling terperinci keadaan bulan yang diambil dari orbit.

Empat belas lokasi lobate scarps dikenal pasti, di tapak sejauh garis khatulistiwa bulan dan berhampiran paksinya.

Ciri-ciri itu amat bersih sehingga saintis fikir ia mungkin berusia tidak lebih satu bilion tahun.

Bukan saja gambar berkenaan menunjukkan pengecutan terbaru bulan, ia mungkin menunjukkan bulan masih dalam proses mengecut.

Sehingga kini, kami tidak mempunyai bukti penyejukan dan pengecutan bulan yang selari dengannya. Ia bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Bulan mungkin mengecut namun tidak banyak. Ia tidak akan ke mana, kata Watters.

Saintis percaya, [Allah Yang Maha Mencipta ] bulan dibentuk selepas satu objek sebesar Marikh merempuh Bumi dan menghasilkan satu awan besar debu 4.5 bilion tahun lalu.

Debu itu kemudian berkumpul ke dalam bulan dan menjadi panas ketika partikel terhimpit bersama dan sesetengahnya mengeluarkan sinaran radioaktif. Agensi
====>> dipetik dari Berita Harian online sini

17 Ogos 2010

Hotel Halal Kelantan





Bufet berbuka sos alkohol
PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAIN / MAIN / HDC
[BAGI KELANTAN DARUL NAIM]

Bil Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ] Tarikh Sah Sijil
________________________________________
1. CRYSTAL LODGE
CRYSTAL LODGE
124, JALAN CHE SU
15000 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/03/2010
Dalam Proses Pembaharuan
________________________________________
2. DYNASTY INN
RESTAURANT DYNASTY INN
2865-D & E, JLN SULTANAH ZAINAB
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/07/2010
Dalam Proses Pembaharuan

________________________________________
3. GRAND RIVERVIEW HOTEL
SEASON RESTAURANT (GRAND RIVERVIEW HOTEL)
JLN. POST OFFICE LAMA
15000 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/03/2010
Dalam Proses Pembaharuan

________________________________________
4. JUITA PREMIER HOTEL
JUITA PREMIER HOTEL
PT 60-64, JALAN PINTU PONG
15000 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2011
Sijil Aktif

________________________________________
5. NEW PACIFIC HOTEL
NEW PACIFIC HOTEL
P.O. BOX 303, SEKSYEN 26
JALAN PENGKALAN CHEPA
15720 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2011
Sijil Aktif

________________________________________
6. PERDANA RESORT
PERDANA RESORT SDN. BHD.
JALAN KUALA PA’ AMAT
PANTAI CAHAYA BULA
15710 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2010
Dalam Proses Pembaharuan

________________________________________
7. RENAISSANCE HOTEL
DYNASTY RESTAURANT
RENAISSANCE HOTEL KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2011
Sijil Aktif

________________________________________
8. RENAISSANCE HOTEL
PALM TERRACE CAFE’ RENAISSANCE
RENAISSANCE HOTEL KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2011
Sijil Aktif

________________________________________
9. ROYAL GUEST HOUSE
ROYAL GUEST HOUSE
LOT 440-443 & LOT 448-452
JALAN HILIR KOTA
15300 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/01/2011
Sijil Aktif

________________________________________
10. SUDARA BEACH RESORT
SUDARA BEACH RESORT
LOT 128 MUKIM TELONG
JALAN TOK BALI
16070 BACHOK
KELANTAN DARUL NAIM
Nama Premis / Dapur : Sah Sehingga
31/03/2010
Dalam Proses Pembaharuan

Sumber JAKIM
5

11 Ogos 2010

Carta Ramadhan


Salam Ramadhan kepada semua umat Islam...di sini disertakan Carta Ramadhan bertujuan mengukur ibadah kita sepanjang Ramadhan ini...ianya sebagai pendorong kepada kesungguhan kita beribadah di bulan mulia ini...dimana segala amalan akan dibalas dengan balasan berganda-ganda...perkara sunat diberi pahala seperti mengerjakan fardhu...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan".(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (H.R Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A, berkata aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (HR Bukhari)

Rasululah SAW bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." ( Sahih Bukhari)

cuba kita penuhi setiap ruang di carta tersebut...sekian semoga memberi faedah...

02 Ogos 2010

Doa Jamuan


دعا مجليس كندوري
سلام سجهترا بوات سموا،
اڤ يڠ هندق دكوڠسيكن دسيني اياله دعا منچوكوڤكن ماكنن اونتوق تتامو. سباڬاي توان رومه سوده تنتوڽ كيت مراسا بيمبڠ دان خواطر سامادا هيدڠن ايت چوكوڤ اتاو تيدق اونتوق تتامو يڠ دجمڤوت، كالاو لبيه اوكله، كالاو لبيه ساڠت ده كيرا ممباذير، كالاو تق چوكوڤ! الا….مالو لا…..
اونتوق ايت كڤد توان رومه سيلاله باچ دعا ترسبوت ايايت ايات 4: سورهالقريش


ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. منوروت سجاره ڤد زمان نبي، كتيك ايت موسيم ڤراڠ ماكنن يڠ اد سوده تيدق منچوكوڤي، جادي توكڠ ماسق مراسا ساڠت بيمبڠ لالو ديجوكنڽ ڤركارا ايت كڤد جونجوڠن بسر كيت نبي محمد صلى الله عليه وسلم، مك نبي ڤون ممباچ ايات اين سمبيل مڠادڤ كڤد ماكنن يڠ تله دماسق ايت. دڠن رحمة الله دان كبسرنڽ مك چوكوڤله ماكنن يڠ سديكيت ايت اونتوق سموا اورڠ يڠ برادا كتيك ايت. ايتله اونتوڠڽ برعمال دڠن ايات2 الله.

Mana tau di bulan Ramadhan nanti nak buat majlis berbuka....boleh cuba doa ni..surah yang ke 106. Quraisy ayat 4 ..

5

01 Ogos 2010

Ramadhan



Ramadhan:

Terbahagi 3 bahagian:-

10 Hari pertama [1 hingga 10 Ramadhan] mendapat Rahmat Allah.(mendapat Kasih sayang Allah)

10 Hari Kedua [11 hingga 20 Ramadhan] Keampunan daripada Allah. Dengan Syarat beriman dgn sebenar-benarnya. Bukan berpuasa sebagai ikut atau adat sahaja.

10 Hari Akhir [ 21 hingga 30 Ramadhan] Pembebasan dari Neraka. Di akhirat nanti hanya ada dua jalan satu ke Syurga dan satu ke Neraka.


"Barangsiapa mendirikan ibadah dengan ikhlas kerana Allah, maka ibadah sah dan diterima", bila dilakukan dgn tidak mengikut syarat-syaratnya...
Tidak sah dan tidak diterima.



Puasa sah tetapi tidak diterima, puasa yang tidak kerana Allah, puasa kerana malu sesama manusia atau apa-apa niat bukan kerana Allah.



Tingkatan Puasa
Imam
al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:-


Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.


Bacaan Malam Lailatul Qadar:-
Aisyah ra berkata: “Wahai Rasulullah sekiranya aku dipertemukan dengan malam lailatul Qadar apa harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “(ucapalah)


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Eangkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunlah aku.” [Hadis Ahamd, at-Tirmizi, sahih]



Doa berbuka Puasa:-


اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت“ Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan”
5