29 Julai 2009

Udang Kering & Belacan

Pengemar belacan tentu sudah mengetahui tentang bahan mentah utama untuk membuat belacan iaitu udang (tidak pasti semua jenis udang boleh buat belacan ni), tetapi cara membuatnya tentu ramai tidak mengetahui....proses awalnya adalah menjemur udang-udang tersebut supaya kering sebelum diproses dijadikan belacan....nilai ler sendiri prosesnya...gambar ini memberi tahu segala-galanya..







5

19 Julai 2009

Penduduk Malaysia


Johor = 3,249,900
Kedah = 1,918,700
Kelantan = 1,560,500
Melaka = 738,800
Negeri Sembilan = 978,200
Pahang = 1,483,600
Perak = 2,314,600
Perlis = 231,900
Pulau Pinang = 1,518,500
Sabah = 3,063,600
Sarawak = 2,404,200
Selangor = 4,961,600
Terengganu = 1,067,900
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur = 1,604,400
Wilayah Persekutuan Labuan = 86,300
Jumlah = 27,182,700
** sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2007


5

18 Julai 2009

Murtad

MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan jumlah umat Islam negara ini yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang. Walaupun ada pihak kurang senang dengan pendedahan ini, ia jelas menunjukkan gejala murtad di kalangan umat Islam berlaku.

Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah antara punca menyebabkan berlakunya murtad di kalangan umat Islam, terutama remaja.

Penulis dan pendakwah bebas, Ann Wan Seng dalam tulisannya menyatakan faktor menyebabkan berlakunya murtad ialah kerana kelemahan umat Islam sendiri.

“Umat Islam hari ini berdepan dengan masalah dan krisis akidah yang cukup serius lantaran kurangnya pemahaman, penghayatan dan pengalaman mereka terhadap ajaran Islam. Ini berlaku apabila agama dan moral tidak lagi menjadi teras kepada sistem pendidikan yang lebih menjurus ke arah pembangunan jasmani berbanding rohani.

“Akibatnya, lahir manusia yang bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri. Mereka tidak lagi mempedulikan mengenai masalah yang dihadapi orang lain. Lebih menakutkan, pendidikan yang berorientasikan sekularisme itu melahirkan umat Islam rapuh akidah, rendah akhlak dan sanggup melakukan apa saja termasuk yang bercanggah dengan ajaran Islam,” kata Wan Seng.






Murtad juga berlaku pada mereka yang berusia emas, tetapi jumlahnya sejauh ini mungkin boleh dibilang dengan jari. Yang pasti, gejala murtad ini perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa bagi mencegah daripada terus berleluasa.

Remaja yang merantau ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang sama ada untuk bekerja atau menuntut ilmu perlu berhati-hati kerana mereka boleh dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada Islam.

Tindakan polis menahan sembilan orang termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Rabu lalu yang didakwa cuba menukarkan agama penuntut Islam di IPTA berkenaan membuktikan gejala ini berlaku di negara ini.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu kerap memantau anak mereka kerana dibimbangi hidup di bandar yang serba bebas akan menukar matlamat dan pegangan hidup mereka. Semuanya itu tidak mustahil berlaku dalam zaman yang serba canggih ini. Hari ini gejala murtad boleh berlaku tanpa kita duga.

Harussani dipetik sebagai berkata, gejala murtad ini adalah usaha melemahkan umat Islam yang didalangi musuh Islam untuk mengelirukan pemikiran umat.

Murtad ialah seseorang keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain. Seseorang daripada agama lain memeluk agama Islam, tetapi kembali semula ke agama asalnya, maka orang itu juga dikira murtad.

Sesungguhnya Islam adalah nikmat Allah yang sangat bernilai kepada hamba-Nya. Hal ini Allah nyatakan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah ayat 3).

Sementara mereka yang keluar daripada agama Islam (murtad), Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan akhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.”

Allah murka kepada orang yang murtad. Mereka meninggalkan agama Allah yang benar kerana lebih mencintai kehidupan di dunia daripada kehidupan abadi di akhirat. Allah tidak memberi hidayah dan kebenaran ke dalam hati mereka sebab hati mereka telah ditutup sehingga ia tidak mampu untuk berfikir mengenai sesuatu yang lebih bermanfaat bagi diri mereka. Di akhirat kelak mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi dan menyesal.

Sehubungan itu, Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Yang demikian itu disebabkan kerana sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih berat daripada akhirat dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. Pastilah bahawa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang rugi.” (Surah an-Nahl ayat 107-109).

Murkanya Allah terhadap orang murtad hingga Allah mengingatkan orang beriman supaya tidak duduk bersama orang murtad seperti orang kafir itu sebab mereka mengolok-olokkan agama Islam.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah an-Nisa ayat 140).

Dalam Islam, orang murtad boleh dihukum bunuh. Hal ini dinyatakan Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Siapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”

**sumber Harian Metro Jumaat 17 Julai 2009

12 Julai 2009

Cicak



Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.

TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari....!!!

TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.


4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

11 Julai 2009

Harga baru Proton MPV








PM umum harga baru Proton MPV manual
Proton Exora M/T Solid - RM64,548.00
Proton Exora M/T Metallic - RM64,998.00


5