26 Mei 2009

Pengangkutan Awam


SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.


Teringat di zaman Bas mini dulu, bas mini bernombor 14 & 15 sudah tidak asing. Tapi masa tu tiada lagi pendatang asing sesakpun sesama kita jer...masa dah berlalu zaman dah berubah tapi kesesak tetap berlaku...
** Sumber Utusan Malaysia 26 Mei 2009

24 Mei 2009

Bau Badan


Bagaimana mencegah dan mengatasi masalah peluh dan bau badan? Kathleen M. Cronan, MD, dalam artikelnya Hygiene Basics, memberikan beberapa cara.

Sering mandi.
Cara terbaik, untuk membuang bau badan dan menjaga kebersihan tubuh adalah mandi, minima 2x sehari dengan sabun lembut dan air hangat. Hal ini akan membantu mengeluarkan semua bakteri yang menyebabkan bau.

Jangan lupa membersihkan daerah ketiak karena dari sinilah asal bau badan. Penyebab bau ini adalah banyaknya bakteri yang berkumpul di area tersebut. Jadi selalu bersihkan ketiak dengan sabun antiseptik setiap kali mandi. Setelah mandi, keringkan dengan handuk, tisu, atau lap kering. Sebaiknya hindari memakai bedak yang wangi karena kemungkinan tidak sesuai dengan peluh, dan malah bertambah bau.

Ganti pakaian dalam.
Kenakan dan ganti selalu pakaian dalam dan baju yang bersih setiap hari. Pilih pakaian dalam berbahan kapas karena efektif menyerap keringat. Menjaga kebersihan tubuh dan pakaian tentu bukan semata-mata hanya mengatasi masalah peluh berlebih dan bau badan yang tidak sedap, tetapi juga berpengaruh pada kesihatan secara menyeluruh.

Gunakan deodoran.
Pilih deodoran yang mengandung antiperspirant karena deodoran jenis ini berfungsi mengeringkan, bahkan menghentikan pengeluaran peluh di bawah ketiak. Deodoran ini bisa berbentuk roll-on, stik, atau krim. Hindari memakai deodoran berbentuk bedak tabur karena selain menyebabkan rasa perih di ketiak, bedak tabur biasanya akan menghitamkan ketiak. Gunakan saja deodoran antiseptik yang mampu membunuh bakteri penyebab bau badan.

Jangan menggunakan deodoran ketika Anda sedang berpeluh. Hal ini akan menyebabkan ketiak semakin terlihat basah. Selain itu juga akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Basuh dan keringkan ketiak lebih dulu, baru pakai deodoran. Hati-hati juga dengan deodoran yang mengandung parfum. Jika kandungan parfum tidak cocok dengan kelenjar keringat, boleh terjadi pembusukan, dan ketiak makin bertambah bau.


Gunakan parfum (bila perlu). Parfum digunakan untuk menambah wangi tubuh, dan menutupi bau keringat yang mungkin masih sedikit keluar saat Anda berada di bawah terik matahari. Pilih wewangian sesuai kenyamanan dan selera. Yakinkan untuk tidak terpengaruh merek terkenal, harga yang mahal, apalagi pada iklan yang meyakinkan bahwa mereka tidak akan punya teman jika tidak menggunakan produknya.

Rapikan.
Jangan biarkan bulu ketiak tumbuh terlalu panjang. Bulu ketiak yang terlalu panjang akan menjadi tempat bersarangnya kuman-kuman penyebab bau badan. Jadi, cukur atau potong lah bulu ketiak secara rutin agar terlihat lebih bersih dan rapi. Paling kurang 40 hari sekali.

Sebaiknya dicukur atau dicabut? Bila dicukur, tumbuhnya bulu akan lebih tajam. Jika dicabut, bulu tumbuh lebih alami, lebih lembut, dan tidak gatal. Namun bila Anda memiliki banyak bulu ketiak, sebaiknya dicukur saja agar tidak menguras tenaga. Cuci ketiak sampai bersih dengan sabun antiseptik. Pastikan juga alat pencukur sudah dicuci . Begitu juga jika memilih mencabut. Pastikan alat dalam keadaan bersih, karena jika kulit terasa sakit berarti terjadi peradangan, dan bekasnya akan berwarna hitam.

Makanan.
Hindari makanan yang pedas dan mengandung banyak bawang putih, bawang bombay, dan bawang merah. ketiga jenis sayuran ini akan merangsang keluarnya banyak keringat yang bisa menyebabkan munculnya bau badan. Jangan pula mengambil makanan yang menimbulkan panas di tubuh, seperti daging kambing.

Jangan lupa minum banyak air putih, agar air yang dikandung oleh tubuh menjadi lebih baik. Hal ini akan menyebabkan peluh lebih encer sehingga tidak berbau. Selain air putih, perbanyaklah buah dan sayur yang mengandung air.


Makan/minum Gula

Kandungan gula dalam makanan/minuman kita yang kita tak nampak..?!!













Kalau dicampur-campur berapa kilo kita makan gula sehari...???
** dipetik dari email...

20 Mei 2009

Berubat Cara Nabi s.a.w


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,
lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu

melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang
yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh
menggelapkan
pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu
pagi
dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan

yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)

iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa
ilmu
dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar

iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta
dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail

(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di

waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di
waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu

tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan
khianat.



KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu

sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),

hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya

daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan

sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak

serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari

jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya

untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak
dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka

mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar

(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka

lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:
179)


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia
taat
kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Khazanah alam (ubat)

indahnya
Pokok Gelenggang
keterangan:
Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.



kegunaan:
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.
untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim) .Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria
**Amaran, perempuan mengandung,menyusuk an akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.


11 Mei 2009

Melangsingkan Badan


Anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.

Tips # 1 – Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Tips # 2 – Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Tips # 3 – Minum 8 gelas air sehari

Air mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 4 – Elakkan minum minuman bergas

Minuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Tips # 5 – Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.

Tips # 6 – Ambil sarapan pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu jajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Tips # 7 – Makanlah perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau delojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Tips # 8 – Kunyahlah makanan dengan sempurna

Kunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.

Tips # 9 – Makan lebih kerap

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


Tips # 10 – Kurangkan lemak/minyak

Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Tips # 11 – Elakkan makan makanan ringan/snek

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tips # 12 – Minuman masam

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.

Tips # 13 – Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.

Tips # 14 – Timbang berat badan

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Tips # 15 – Makanan berempah

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah.

Tips # 16 – Makan lebih bijirin

Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Tips # 17 – Diari makanan

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tips # 18 – Bekas makanan yang sesuai

Ketika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!

Tips # 19 – Tumpukan perhatian anda

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Tips # 20 – Tukar cara memasak

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Tips # 21 – Lakukan aktiviti ringan

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Tips # 22 – Tukar tabiat berbelanja

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.

Tips # 23 – Berhenti sebelum kenyang

Hah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”

Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.

Tips # 24 – Hentikan makan setelah lewat malam

Hindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda atidak terasa untuk mengunyah makanan.

Tips # 25 – Setkan target dan cari sumber inspirasi

Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.

Tips # 26 – Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung . Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).

Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.

Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.
**dipetik dari email

10 Mei 2009

Hari ibu


Selamat menyambut hari ibu,
dalam Islam hari IBU di sambut sepanjang masa ibu sentiasa dikenang sebab itulah dikatakan "Syurga terletak di bawah tapak kaki IBU". Syurga yang dipenuhi segala kenikmatan yang tidak dapat diperhitungkan itu, cuma terletak di bawah tapak kaki IBU, betapa besarnya penghormatan yang diberikan oleh Islam kepada ibu...

IBU diabadikan dalam banyak perkara seperti..ibu jari, ibu negeri, ibu kota, ibu kunci, ibu roti, ibu sawat dan lain-lain (cuba ganti perkataan ibu dengan bapa = bapa negeri, bapa roti...hahaha janggal bukan itulah istinewanya IBU

Firman Allah ta'ala ertinya:- "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
Surah Al-Ahqaaf, Ayat 15

Dalam ayat di atas walaupun terdapat perkataa bapa tetapi ibu terletak di depan, di dahului...bukannya bapaibu....


5

06 Mei 2009

Tip rumahtangga bahagia


Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

Tips # 1 - Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

Tips # 2 - Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.



Tips # 3 - Persamaan

Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

Tips # 4 - Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Tips # 5 - Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Tips # 6 - Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

Tips # 7 - Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Tips # 8 - Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Kepada para isteri yang sibuk dengan perkerjaan, perniagaan, persurirumahtanggaan dan lain-lainnya peruntukkanlah sedikit masa untuk suami anda...sapo tak sayang bini oooooiiiiiiiii

05 Mei 2009

Kelebihan Solat Tahajud

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:

1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana


Empat ketika di akhirat:

1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan



5