28 April 2009

Masjid Perlu Dana



Masjid Hujung Galok, Chetok, Pasir Mas, Kelantan DN perlukan dana/derma. Para dermawan dialu-alukan menderma bagi menyiapkan pembinaan masjid berkenaan. Masjid 2 tingkat ini dibina atas derma orang ramai sama-samalah kita kongsi amal jariah ini..
Hulurkan derma anda Bank Islam 03-027-02-022118-2

5

27 April 2009

Selesema babi


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan semalam bertindak membuka serta-merta bilik gerakan dalam usaha memantau situasi wabak selesema babi.

Langkah itu bagi memastikan penduduk di negara ini dilindungi dan memudahkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut jika ada menerima laporan kes itu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memandang serius wabak itu di Mexico dan Amerika Syarikat yang sehingga kini telah meragut 81 nyawa melibatkan 854 kes.

Katanya, penularan wabak itu dianggap kes berisiko tinggi dan pihaknya nekad untuk mengambil sebarang langkah perlu untuk menyekat ia dari menular ke negara ini.

"Bagi mereka yang ke Mexico bermula 17 April dan pulang ke negara ini perlu menjalani pemeriksaan untuk memastikan mereka bebas dari wabak tersebut,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Tiong Lai juga menasihati penduduk di negara ini tidak panik dan jika mengalami simptom selesema babi perlu mendapatkan rawatan segera.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai wabak itu boleh menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300.



Adakah kita nak tunggu Tuhan turunkan terus bala kepada kita baru kita nak bersungguh-sungguh dalam hal babi ni, dah Tuhan mengharamkan benda tu tentulah ada sebab-sebab tertentu, cuma manusia sahaja yang buat tak kesah...

21 April 2009

Kandungan kolesterol

Telur
  1. Telur ayam sebiji (50 gram) = 266 mg
  2. Kuning telur sebiji = 266 mg
  3. Putih telur sebiji = 0 mg
  4. Telur ayam Belanda = 74 mg
  5. Telur itik sebiji = 619 mg
Daging
  1. Daging lembu = 65
  2. Otak lembu = 2054 mg
  3. Buah pinggang lembu = 387 mg
  4. Hati biri-biri = 323 mg
  5. Lemak daging lembu = 99 mg
  6. Burung merpati = 90
  7. dada ayam = 39
  8. paha ayam = 95
  9. Daging kambing = 70
Makanan laut
  1. Kepah = 65 (Makanan Laut)
  2. Sotong = 48
  3. Udang Kara = 85
  4. Ketam = 100
  5. Udang = 154
  6. Abalone dalam tin = 103-170
  7. Obor-obor = 16
  8. Gamat = 0
  9. Bawal = 80
  10. Ikan cermin = 79
Produk Tenusu
  1. Krim = 140 (Produk Tenusu)
  2. Keju = 100
  3. Aiskrim = 45
  4. Mentega = 260
  5. Susu = 13
Minyak
  1. Lemak ayam = 74
  2. Minyak sayur = 0 (minyak kacang & jagung)
*nilai mg bagi setiap 100g
** Pertubuhan Jantung Amerika syorkan pengambilan tidak lebih 300mg sehari

Syurga & Neraka

7 golongan yang mendapat naugan Allah; 1. Pemimpin yg adil, 2. Pemuda yg membesar dlm ibadat 3. Orang yg hatinya mrngingati masjid 4 orang yg merashsiakan sedekah 5. Lelaki yg menolak ajakan zina 6. Dua orang yg bertemu dan berpisah kerana Allah 7. Orang yg menangis kerana mengingati Allah - Hadis Muslim
Syurga
Syurga adalah tempat manusia yang mendapat anugerah daripada Allah, di atas ketaatan dan kepatuhannya terhadap segala perintah dan larangan Allah ta'ala. Syurga atau Jannah dalam bahasa Arab mempunyai tingkat-tingkat tersendiri. Hadis Rasulullah s.a.w .."daripada Ubadah r.a Rasulullah s.a.w bersabda; "Syurga mempunyai seratus darjat dan tingkat, di antara satu darjat dengan satu darjat yang lain adalah seperti jarak bumi dengan langit. Tingkat darjat yang paling tinggi ialah Syurga Firdaus. Daripadanya mengalir sungai-sungai ke dalam empat Syurga. Di atasanya terletak Arasy. Apabila kamu meminta kepada Allah mintalah Syurga Firdaus." Hadis riwayat Tarmizi dan Bukhari.
Syurga mempunyai 7 peringkat iaitu:
1) Syurga Firdaus
2) Syurga Ma'waa
3) Syurga Khuldi
4) Syurga Na'm
5) Syurga 'Adnin
6) Syurga Daarus Salaam
7) Syurga Daarul Lalaal

Keindahan dan keistinewaan Syurga tidak dapat digambarkan oleh pancaindera manusia. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya;-"Padanya (Syurga) terdapat perkara-perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di hati (fikiran) manusia." Hadis riwayat Muslim

Neraka

Adalah tempat azab yang disediakan kepada orang -orang yang derhaka kepada Allah..suatu azab maha dahsyat, manakala kepanasan apinya adalah 70 kali ganda dari api di dunia ini. Sabda Nabi s.a.w "Sesungguhnya seringan-ringan azab Neraka ialah terhadap Abu Thalib, ia dibakar menerusi seliparnya (tapak kaki) yang menyebabkan otaknya menggelegak." Hadis riwayat Muslim.
Tingkat-tingkat Neraka adalah:
1) Neraka Jahannam
2)
Neraka Huthomah
3) Neraka Sa'ir
4)
Neraka Saqar
5)
Neraka Jahim
6)
Neraka Lazo
7)
Neraka Hawiyah

19 April 2009

Kencing tak lawas..


Saya berusia 22 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering mengalami masalah kencing tidak lawas dan kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam. Keadaan ini menyebabkan saya tertekan dan hilang keyakinan diri.

Apakah faktor yang menyumbang masalah ini? Saya pernah mendengar cerita kononnya kekerapan menikmati minuman berkafein menjadi punca masalah kencing tidak lawas?

dapatkan jawapannya di sini

15 April 2009

Amalan Murah Rezeki

Pertama:- Taubat/istighfar;

Kedua:- Takwa;

Ketiga:- Beribadah;

Keempat:- Silaturrahim;

Kelima:- Berinfag;

Keenam:- Bersyukur;

Ketujuh:- Tawakkal;

Kelapan:- Hijrah;

Kesembilan:- Nafkah;

Kesepuluh:- Doa/Zikkir & Baca Quran

Doa Murah rezeki:-
Surah al-Baqarah; 126
Surah al-Maidah ; 114

...dan...banyak lagi...akan menyusul..


versi jawi..!!
ڤرتام:- توبة/ايستيغفر;

كدوا:- تقوى;

كتيڬ:- برعباده;

كامڤت:- صلة الرحيم;

كليم:- برينفاڬ;

كانم:- برشكور;

كتوجوه:- تاوقكل;

كلاڤن:- هجرة;

كسمبيلن:- نفقه;

كسڤولوه:- دعا/زيككير & باچ قرءان

Kelantan sana-sini

Kelantan kini pesat membangun mengikut acuan sendiri. Sana sini pasti ada kerja-kerja pembangunan. Projek besar sekitar Kota Bharu kini ialah pembinaan Bazar Kedua dinamai "Bazar Tengku Anis" terletak bersebelah perkampungan kraftangan. Ianya hampir siap.

Photo

Satu lagi projek adalah pembinaan Jambatan kedua, "Jambatan Sultan Yahya", kerja membina tiang sedang dijalankan dan sudah ke pertengahan Sungai Kelantan. Projek ini dijangka siap menjelang akhir tahun depan.

Bandar Kota Bharu tetap sibuk, jalan-jalannya sudah tidak mampu lagi untuk menanpung bilangan kenderaan.


Orang Kelantan tetap minta membaca, mereka memenuhi dewan jubli Perak MPKB semasa pesta buku yang diadakan baru-baru ini.

Pelbagai acara selingan turuk diadakan bagi memeriahkan lagi suasana pesta buku tersebut.


Pelancung pasti tak akan sah kalau datang Kelantan tidak melawat Pasar Siti Khadijah, di sini bermacam-macam barangan keperluan tersedia.


Sebelah Pasar tu juga ada kerja-kerja sedang dijalankan


Pelancung asing yang datang secara rombongan pasti tidak asing lagi dengan tempat ni..

.Kawasan letak bas-bas pelancung. Disamping kawasannya strategik di kelilingi kawasan bersejarah..

. Meriam lamapun ada...sebelah tu bank kerapu (bank zaman dahulu)


Pemandagan sebahagian bandar Kota Bharu..

Arab Kelantan

13 April 2009

Perlu dana bina perpustakaan



KUALA KRAI - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memohon kerajaan menyalurkan dana mencukupi bagi pembinaan lebih banyak perpustakaan desa di kawasan pedalaman seluruh negara.

Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pada masa ini terdapat 1,089 perpustakaan desa di bawah PNM seluruh negara namun jumlah itu masih tidak memadai untuk menjayakan misi menyuburkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Katanya, PNM memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi menampung kos pembinaan sesebuah perpustakaan desa termasuk kemudahan utiliti.

“Kempen membaca PNM menunjukkan petanda positif apabila jumlah ahli dan pinjaman buku di beberapa perpustakaan desa seluruh negara meningkat sejak beberapa bulan lepas. Ditambah pula dengan ikon yang sangat popular, pelajar terlibat mendapat motivasi untuk membaca tetapi malang sekali bahan bacaan tidak mencukupi,” katanya.

Raslin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kempen Membaca PNM dan Sehari Bersama Angkasawan Negara anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kampung Bahagia, dekat sini, semalam.

Perasmian kempen yang bermula awal tahun ini dan mendapat sambutan mengalakkan penduduk, guru dan pelajar sekolah turut dihadiri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga merupakan ikon PNM bagi kempen tersebut. Sempena penampilan istimewa itu, pelajar berpeluang mendengar motivasi disampaikan Sheikh Muszaphar yang turut berkongsi pengalaman sebelum dan selepas bergelar angkawasan.

Hadir sama, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu, Hashim Deraman dan Guru Besar SK Bahagia, Lau Chin Chua.

Sementara itu, pada ucapan sama, Rasin berkata, ramai siswazah di negara ini kurang berpengetahuan disebabkan sikap mereka yang hanya membaca ketika hendak menghadapi peperiksaan di universiti.

Menurutnya, keadaan itu bertambah buruk apabila kebanyakan siswazah terbabit terus berhenti membaca selepas menamatkan pengajian serta tidak mengambil tahu peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka.
Sinar Harian

12 April 2009

70,000 anak iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.
Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda: “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku.

“Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan.

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanta tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99 peratus pahalanya akan terhapus.

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya.

“Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.
Harian Metro

Kabinet Baru 2009

Perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin




Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

komen dan pandangan adalah dihargai, terima kasih

Terapi Pernafasan (sakit kepala)

Sebenarnya fungsi kedua-dua lubang hidung kita tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung kanan dan bernafaslah melalui hidung kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh (insyaAllah). Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung kiri dan bernafaslah melalui hidung kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
Saya pernah sakit kepala, lalu saya lakukan dengan menutup lubang hidung kanan dan bernafas dengan lubang hidung kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi. Ini adalah pengelaman saya sendiri..

11 April 2009

Layari laman web di bandar Kota Bharu

KOTA BHARU, 9 April 2009 - Tiada maklumat menyebabkan anda sentiasa terkebelakang. Dan paling bahaya lagi anda mudah tertipu lebih-lebih lagi menyentuh isu semasa negara. Mengambil kira terjahan maklumat yang semakin pantas, kerajaan Kelantan menyediakan wifi bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan kos rendah.
Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta kini menyediakan perkhidmatan wifi city di bandar Kota Bharu sejak dua bulan lalu.
Kadar bayaran hanya RM29 sebulan iaitu lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa dibekal oleh syarikat telekomunikasi lain.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 38 alat penerima maklumat internet dipasang di Kota Bharu bagi memudahkan orang ramai melayarinya internet 24 jam.
Menurutnya dengan adanya kemudahan wifi city ia memberi peluang kepada rakyat mendapar maklumat terkini mengenai isu-isu semasa dengan lebih tepat dan cepat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama anggota Exco di Radio (Suara) MPKB-BRI, baru-baru ini.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memperluaskannya perkhidmatan wifi ke bandar-bandar lain di Kelantan.
Pelancaran wifi city dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Mac lalu di KB Mall.
"Melaluinya internet orang ramai dapat mengetahui isu semasa, melayari pelbagai blog dan sebagainya dengan lebih cepat. Kita boleh pilih laman web dan dapat membuat penilaian sendiri," ujarnya.

06 April 2009

E-mel dari bank penipu

PUTRAJAYA - Tidak sampai 15 minit selepas mengemaskini akaun perbankan dalam talian, seorang pegawai pemasaran mendakwa kehilangan kesemua wang gaji sebulan berjumlah RM2,200 daripada akaun simpanannya.
Musibah yang menimpa Emma Asmani Ab. Halim, 36, bermula selepas dia menerima beberapa e-mel yang didakwa dari bank berkenaan dengan tujuan meminta mengemaskini akaun selain peringatan ia akan ditutup jika urusan tersebut tidak dibuat.
Bimbang akaun akan ditutup, dia membuka e-mel itu dan klik pada pautan laman web bank yang diberikan pada pukul 11 pagi 1 April lalu.
"Saya hanya sedar duit dah hilang selepas membuat semakan dalam talian melalui laman web bank berkenaan pada 3 April lalu dan mendapati baki akaun RM99.90 sedangkan ia sepatutnya RM2,299.90,'' katanya ketika ditemui kelmarin.

Emma Asmani semakin keliru dan panik apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai bank berkenaan bahawa dia telah membuat transaksi pindahan wang.
"Selepas dua minit kemudian, saya menerima khidmat pesanan ringkas nombor tac (nombor empat digit pengesahan transaksi) daripada bank berkenaan,'' dakwanya.

Pada 3 April lalu, beliau membuat semakan di bank berkenaan di sini dan sekadar diberi layanan 'ala-kadar' oleh salah seorang pegawai.
"Apabila saya menceritakan masalah itu, dia sekadar berkata, duit saya mungkin dah pergi ke Indonesia.
"Dia juga kata transaksi itu sukar dikesan dan wang saya tidak dapat dipulangkan,'' katanya.
Katanya, semakan dengan bank mendapati ada transaksi pindahan wang tepat 11.16 pagi pada hari sama dia mengemaskini akaun simpanannya.
"Pihak bank beritahu duit telah dipindahkan tetapi tidak memaklumkan ke mana tetapi bagaimana bank itu boleh hantar nombor tac terus pada telefon bimbit saya selepas lebih kurang dua minit jika e-mel itu palsu?'' soalnya.
sumber Kosmo