29 Mac 2009

Hikmah Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

28 Mac 2009

Amaran Polis


POLICE ALERT!

Never respond to any phone call/ SMS/ e-mail requesting your bank account details
Never reveal your bank account details/ ATM PIN/ Internet banking password to anyone
Never follow instruction from an unknown party to perform banking transaction or make changes to your bank account details
Never be a victim of schemes that sound too good to be true

AMARAN PIHAK POLIS!

Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda
Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

Jangan terpedaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda
Jangan jadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan



**sumber bank islam

25 Mac 2009

Kereta berasap

Asap kebiruan dan sedikit, bermakna proses pembakaran sempurna, jika kekuningan atau coklat, menandakan campuran petrol yang masuk dalam sistem pembakaran terlalu sedikit.

Asap putih kebiruan , kemungkinan besar minyak pelincir turut terbakar. Ia berpunca dengan kerosakan omboh, gelang omboh, dinding silinder & injap akibat kekurangan pelincir yang menyebabkan geseran, pemilik tidak perlu bimbang kerana kenderaan masih boleh digunakan, hanya perlu menambah minyak pelincir apabila berkurangan. Sabagai penyelesaian lakukan baik pulih pada enjin atau mengganti terus enjin berkenaan dengan enjin terpakai atau 're-cond.' (kos lebih murah dari menganti hanya kompenan-kompenan berkenaan sahaja)

Asap hitam berpunca daripada campuran petrol lebih tinggi dalam udara. kenderaan akan terasa lebih berat dan lambat memecut. Periksa penapis udara, jika perlu tukar kerana mungkin tersumbat disebabkan kotoran atau habuk pada bahagian injap udara dan karburator. Kebocoran gasket enjin turut menyebabkan minyak keluar dan terbakar sehingga mengeluarkan banyak asap serta mewujudkan ruang yang boleh dimasuki air ke ruang pembakaran minyak.

Asap putih disebabkan minyak pelincir berbeza dengan asap putih disebabkan campuran wap air, asap putih disebabkan pelincir, ia biasanya disebabkan masalah pembakaran dan berbau petrol.
Buat penyelarasan pada karburator atau sistem penalaan bagi memastikan kadar bahan api dan udara memasuki ruang pembakaran dengan betul.

Kerosakan atau penyelarasan karburator tidak tepat boleh menyebabkan kadar bahan api dan udara yang memasuki ruang pembakaran tidak seimbang, jika minyak berlebihan akan mengeluarkan asap hitam.



24 Mac 2009

Laksa Penang


Bahan-bahan:
1 kg laksa (ikut bilangan yg nak makan ler..)
2 kg ikan (jenis & banyak ikan ikut selera ler)
200 gram asam keping
70 gm bunga kantan
200 gm cili kering giling/kisar
25 gm daun kesum
150 gm lengkuas
200 gm air asam jawa
6 batang serai
garam secukup rasa
( gambar sebelah tu mee sup/celup, bukannya laksa..gambar hiasan sahaja.)
Ulam
2 biji timun hiris nipis
1 biji nenas hiris
200 gm limau kasturi
4 biji telur rebus
Daun pudina
sedikit belacan

Cara buat
1. Rebus ikan hingga empuk, tos airnya
2. Asingkan isi & tulang
3. Campur semua bahan di atas dgn air rebusan ikan dan isinya...rasa garam
Hidangkan

sila rujuk kat orang Penang...? depa lebih tau..!!

Hidupkan kereta tanpa kunci

Percaya atau tidak nak hidupkan kereta begitu mudah sekali, walaupun tanpa kunci..jadi berhati-hati laa, pasang kunci tambahan dan lain-lain langkah-langkah keselamatan..



23 Mac 2009

Ayam Beku

JELI 22 Mac - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menumpaskan satu cubaan menyeludup masuk 5,712 kilogram ayam beku bernilai hampir RM40,000 dari negara jiran awal pagi ini.

Komander UPP Negeri, Mazlan Che Hamid berkata, rampasan itu dilakukan kira-kira pukul 2.45 pagi setelah pihaknya mengesan sebuah lori yang disyaki membawa muatan barangan seludup keluar dari kawasan ladang kelapa sawit Pak Dogol, Lalang Pepuyu.

Beliau memberitahu, lori yang menghala ke Jeli itu ditahan di hadapan pejabat UPP Bukit Bunga dekat sini dan hasil pemeriksaan, kenderaan itu sarat dengan muatan ayam beku.

Tambahnya, ketika anggota UPP cuba menahan lori tersebut, pemandunya segera meloloskan diri dengan menggunakan sebuah kereta yang mengekorinya dari belakang.

Katanya, itu merupakan taktik yang sering digunakan penyeludup bagi mengelak pemandu daripada ditahan pihak berkuasa.

"Kita percaya ayam beku ini untuk pasaran luar Kelantan berikutan permintaan yang sangat tinggi selain harganya lebih murah berbanding ayam tempatan," ujarnya.



TUMPAT - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor menumpaskan cubaan seludup ayam beku dari Thailand bernilai RM18,880 dalam satu operasi di Pulau Tengkorak berdekatan dengan Info Galeri Tengku Anis, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Superintendan Tan Cheng San berkata, dalam operasi kira-kira jam 5.30 pagi itu, PGM menahan sebuah lori yang sarat daging beku berjenama BB Buterfly.

“Ketika hendak menahan lori tersebut, sebuah kereta Kancil berwarna putih tiba-tiba datang dan cuba merempuh motosikal anggota PGM.

“Mereka berbuat begitu bagi mengalihkan tumpuan PGM dan memberi peluang kepada pemandu lori tersebut melarikan diri, bagaimanapun usaha mereka gagal walaupun pemandu dan kelindannya dapat melepaskan diri,” katanya ketika kepada media, di sini semalam.

Menurut Cheng San, penahanan lori tersebut di hadapan Masjid Geting, menemukan 320 kotak daging beku yang setiap satunya seberat 10 kilogram dipercayai dari negara China.

Chens San berkata, dua penyeludup terbabit adalah penduduk tempatan dan lori itu sama dengan yang pernah ditahan PGM sebelum ini kerana membawa barang seludup dari Th:ailand.

:“Berdasarkan: pemeriksaan, kami dapati lori be:rkenaan tertera nama pemiliknya, Sharifah Bidi dari Kampung Kenak Pasir Mas, nombor pendaftarannya WEA 4917 dan tidak mempunyai cukai jalan,” katanya.
Untuk ke sekian kalinya perkara ni berulang, persoalan pentingnya status kehalalan ayam berkenaan. Ini merupakan persoalan berat yang perlu diberi perhatian. Perkara halal haram tidak boleh dibuat main-main.
Kepada semua pengguna semua berhati-hati ketika membeli ayam yang dah siap diproses, cuba dapatkan dipusatkan sembelihan yang tidak diragui kehalalannya

Wanita Sembelihan


Golongan wanita perlu berani dalam proses penyembelihan kerana kini masyarakat masih lagi beranggapan wanita takut untuk menyertainya.
Salah seorang daripada peserta kursus penyembelihan, Mek Jah Omar, 68, berkata, walaupun dunia kini semakin moden, penglibatan golongan wanita dalam proses ini kurang mendapat sambutan.
Menurutnya, golongan wanita tidak perlu takut atau mempunyai apa-apa perasaan kerana ini merupakan satu aktiviti yang dapat membantu wanita untuk lebih berdikari.
“Semasa saya muda, saya pernah melibatkan diri dalam kursus penyembelihan. Tetapi lama kelamaan saya sudah tidak melibatkan diri kerana mungkin tidak berpeluang untuk menyembelih sendiri binatang.

“Selepas menyertai kursus ini, saya boleh menyembelih sendiri binatang ternakan seperti ayam dengan tanpa menunggu bantuan daripada :golongan lelaki melakukannya untuk saya,” katanya.
Mek Jah berkata, sebelum ini dia akan menunggu golongan lelaki untuk melakukan penyembelihan dan ini cukup merumitkan keadaan jika kebetulan tiada lelaki di rumah.
[ Tak Putus]

Beliau berkata, golongan wanita terutamanya remaja perempuan perlu mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam kursus penyembelihan ini kerana ianya merupakan satu ilmu yang dapat digunakan secara berkekalan.
Pada kursus yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tan-jung Chenak ini, lebih daripada 50 orang peserta menyertainya terdiri daripada remaja.
Pengerusi GDW Tanjung Chenak, Yahya Yaacob berkata, penglibatan golongan muda ini perlu supaya dapat menjadi perintis kepada aktiviti penyembelihan di kawasan masing-masing.
“Kita melihat sekarang ini, kebanyakan yang melakukan kerja :penyembelihan adalah golongan tua dan sudah tiba masanya golongan muda untuk mengambil alih,” katanya.
sumber sinar harian

21 Mac 2009

Awas..!! Air Soya Yeo's



Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya..... Baca selanjutnya di blog kawan kita tu..resepi pun ada

16 Mac 2009

Pelajar Cemerlang


KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga.

Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup.



Mara bukan saja sedia menawarkan biasiswa, malah menawarkan tempat kepada Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian peringkat A Level di mana-mana kolej atau universiti ternama di United Kingdom.

Nik Mohd Kamal yang bekerja sebagai nelayan berkata, beliau tergamam dan hampir menitiskan air mata sebaik dihubungi pegawai dari tiga agensi berkenaan semalam yang menawarkan biasiswa kepada anak sulungnya itu bagi melanjutkan pengajian ke Asia Barat.

"Sebelum ini, saya buntu memikirkan bagaimana nak mengumpul wang menghantar Nik Nur Madihah melanjutkan pengajian kerana saya kini tidak dapat turun ke laut berikutan musim tengkujuh belum berakhir.

"Malah, sudah setahun saya tidak membayar sewa rumah berjumlah RM90 sebulan kerana tidak mampu... dan mujur tuan rumah memahami keadaan saya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Parang Puting, dekat Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Kejayaan Nik Nur Madihah, pelajar Maahad Muhammadi (P), di sini, yang mendapat 19A1 dan 1A2 dalam SPM menyebabkan rumah kecil dengan hanya mempunyai dua bilik yang disewa Nik Mohd Kamal sejak 14 tahun lalu, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang menghulurkan bantuan.

Mengenai bantuan ditawarkan pelbagai pihak, termasuk rumah baru yang dijanjikan kerajaan negeri, Nik Mohd Kamal berkata, beliau sedia menerimanya dan sanggup tinggal di mana saja demi keselesaan empat anaknya, termasuk Nik Nur Madihah mengulang kaji pelajaran.

Selain Nik Nur Madihah, tiga lagi anaknya turut cemerlang dalam pelajaran dengan anak keduanya menuntut di Sekolah Menengah Teknik Bachok dalam Tingkatan Empat selepas memperoleh 5A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Anak ketiganya pula kini menuntut di Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Salak Tinggi, Selangor di bawah tajaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selepas memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala seorang lagi dalam Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata tawaran pengajian dan tempat tinggal secara automatik oleh Mara kepada Nik Nur Madihah itu diberikan bagi mengiktiraf kejayaan luar biasa pelajar berkenaan.

"Mara bagi tawaran automatik, tidak perlu temu duga atau isi borang, pegawai kami yang akan serah borang tawaran kepadanya minggu ini. Kami bagi keistimewaan kepadanya untuk buat A Level di luar negara menerusi skim pelajar cemerlang.

"Terpulang kepada pelajar itu untuk menerima tawaran ini atau sebaliknya, kami bersedia menyediakan tempat dan cari kolej untuknya yang berminat dalam bidang Fizik," katanya kepada pemberita di ibu negara.

Sementara itu, Nik Nur Madihah berkata beliau bersyukur menerima tawaran mencurah-curah daripada pelbagai pihak dan akan memberi pertimbangan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya akan berbincang dengan ibu bapa sebelum membuat sebarang keputusan. Apa yang penting saya mahu mencapai cita-cita menjadi ahli Fizik suatu hari nanti. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut kerana tiba-tiba kisah hidupnya dan keluarga menjadi perhatian masyarakat dan berharap ia akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran walaupun berasal dari keluarga miskin.
KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, semalam (24 Mac 2009) menerima tajaan menunaikan ibadat umrah bersama ibu bapanya daripada Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd (Hijjaz).
sumberberita harian

15 Mac 2009

Batu karang



Penyakit batu karang sebenarnya tidak berlaku dalam keadaan atau memerlukan kaedah rawatan yang sama bagi setiap individu.
“Batu karang boleh terbentuk di mana-mana bahagian sistem perkumuhan, sama ada di buah pinggang, salur kencing (ureter) atau pundi kencing,” katanya.
Beliau menyatakan batu biasanya terbentuk di dalam buah pinggang dan terdiri daripada kombinasi beberapa jenis garam galian.

Punca dan tanda

Antara fungsi utama buah pinggang adalah menapis air dan garam galian berlebihan dari badan. Lama-kelamaan, proses ini menyebabkan mendapan yang membawa kepada pembentukan batu karang.
Dr. Jamil memaklumkan terdapat dua proses dalam pembentukan batu karang iaitu pengkristalan (membentuk kristal) dan agregasi (pemendapan).

“Dalam keadaan normal, terdapat bahan atau faktor tertentu yang menghalang dua proses ini berlaku (seperti magnesium, citrate, nephrocalcin dan temmhorsfallprotein).

“Namun, atas sebab-sebab yang kurang difahami, dan juga kekurangan faktor-faktor tersebut, pembentukan batu karang berlaku dengan lebih pantas,” ujarnya.

Beliau turut mengaitkan beberapa tabiat yang meningkatkan risiko pembentukan batu karang seperti tabiat minum, makan, menahan kencing dan juga faktor keturunan,

Tambahnya, pengambilan cecair yang tidak mencukupi, makanan tinggi mineral dan garam galian serta menahan diri dari ke tandas hanya mempercepatkan pembentukan batu karang. Sejarah keluarga dengan penyakit ini pula menambah risiko kebarangkalian seseorang menghidapnya kelak.

Terdapat juga beberapa risiko sampingan yang menyumbang kepada masalah berkenaan seperti badan menyimpan lebih garam galian atau masalah endokrin dan metabolisme.


Namun, ia masih sukar diagak kerana banyak faktor yang memainkan peranan, terutamanya jumlah pengambilan air mencukupi, aktiviti harian dan keturunan.

Penyakit ini juga mungkin mengelirukan jika sesorang tidak pernah mengalami simptomnya sebelum ini.

Menurut Dr. Jamil, antara tanda kehadiran batu karang adalah rasa sakit dari bahagian bawah abdomen ke bahagian belakang pinggang.

“Rasa sakit yang teramat sangat ini akan berlanjutan untuk beberapa jam tetapi jelas ia bukan akibat pergerakan atau masalah otot.

“Terdapat sebilangan pesakit yang menggambarkannya seperti ‘hendak putus nyawa’ dan ada di antara mereka turut mengalami gejala sampingan lain,” jelasnya.

Beliau menyatakan pesakit mungkin sakit sehingga ingin muntah, rasa seperti ingn membuang air besar atau sakit sehingga ke skrotum (jika batu di bahagian bawah salur kencing).

Selain itu katanya, pesakit juga mungkin semakin kerap membuang air kecil, megalami jangkitan salur kencing atau kencing berdarah.

Kencing berdarah boleh dikesan melalui mata kasar jika banyak atau secara mikroskopik jika sedikit.

Mengesan
Batu karang tidak semestinya hanya dikesan selepas timbulnya gejala atau rasa sakit.

Dr. Jamil memaklumkan Pakar Urologi boleh menjalankan siasatan rapi yang dapat mengesan dan meramal jenis batu yang terbentuk.

“Kebiasannya golongan antara umur 30 hingga 50-an, terutamanya lelaki, lebih kerap menghidap batu karang.

“Selain itu, sifat kerjaya (banyak peluh, panas atau dalam pejabat) pengambilan ubat, pemakanan dan sejarah keluarga juga memberi kesan,” katanya.

Menurut beliau, batu mungkin dapat dikesan melalui kehadiran kristal, sel darah putih dan darah merah serta jangkitan kuman di dalam air kencing.

Selain itu, ujian darah untuk fungsi buah pinggang, kandungan garam galian dalam badan dan ultrasound juga dapat membantu.

Ujian lebih khusus seperti intravenus urografi (IVU) iaitu sejenis imbasan sinar-X dengan ubat kontras atau ujian CT urografi (CTU) dapat membantu mengesan batu tersebut.

Dr. Jamil menegaskan ujian-ujian yang dijalankan memastikan kedudukan dan saiz batu, di samping komplikasi lain seperti jangkitan kuman atau salur kencing tersumbat bagi menentukan kaedah rawatan paling sesuai.

Rawatan
Tamadun-tamadun kuno dilihat mempunyai bermacam kaedah rawatan untuk batu karang, tetapi kebiasannya melibatkan meminum air rebusan akar atau daun tertentu.

Ini menunjukkan mereka memahami asas rawatan melibatkan penggunaan air.

Badan manusia kehilangan air melalui air kencing, peluh dan pernafasan (wap air). Jika cuaca sejuk dan sukar berpeluh, kebanyakan air dibuang melalui air kencing, meningkatkan kekerapan anda ke tandas.

Oleh kerana kekurangan air boleh menyebabkan mendapan, jumlah air yang mencukupi amat penting bagi mengelakkan batu karang terbentuk.

Bagaimanapun, Dr. Jamil menjelaskan perkembangan teknologi kini telah memberi banyak pilihan rawatan, mengikut keadaan pesakit.

“Teknologi kini jauh berbeza dah telah berkembang sejak 1980-an. Antaranya termasuklah penggunaan fiber optik dan teknologi shockwave (ESWL).

“Rawatan kena ikut saiz dan kedudukan batu. Bagi pesakit yang mengalami jangkitan kuman, masalah itu akan dirawat serentak dengan masalah batu karang,” jelasnya.

Beliau memaklumkan jangkitan kuman lebih mudah berlaku di kalangan penghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. Ini berikutan pembentukan batu menjadi perang mudah untuk kuman, dan mungkin akan memerlukan rawatan yang lebih agresif.

Pencegahan
Dalam mencegah pembentukan batu karang, gaya hidup, pemakanan dan pengambilan air ditekankan. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan asid urik seperti ikan bilis, udang, kerang-kerangan, organ dalaman dan juga kekacang.
Kurangkan juga bukan bermaksud berhenti terus. Pesakit boleh menikmati hidangan terbabit dalam jarak tempoh tertentu bagi mengelakkan pengumpulan asid urik.

Dr. Jamil menegaskan, bukan hanya asid urik, pengambilan garam galian juga perlu dipantau supaya seimbang, tidak berlebihan tetapi masih cukup untuk keperluan badan.

“Amalkan juga pengambilan air secukupnya, mengikut gaya hidup dan pekerjaan. Jika anda sihat, ambil sekitar 1.5 liter sehari tetapi jika mempunyai penyakit tertentu, rujuk kepada doktor untuk nasihat.

“Terlalu banyak air juga membahayakan kesihatan. Jumlah yang mencukupi dapat dilihat melalui air kencing yang jernih, air kencing yang pekat menandakan kekurangan air, terutamanya bagi mereka yang kuat berpeluh atau banyak menjalankan aktiviti fizikal.

Selain air yang mencukupi, aturan membuang air kecil juga penting mengikut keperluan dan perlu dielakkan daripada menahan air kencing.

Bagi pesakit yang kerap menghidap batu karang, kajian terperinci perlu dijalankan bagi mengesan punca dan juga bagi memudahkan pencegahan. Pemeriksaan darah, kandungan garam galian dan metabolit, cara pemakanan serta fungsi endokrin mungkin dapat membantu.

Apa yang paling utama adalah mengelakkan berlakunya kerosakan tisu kerana buah pinggang tidak boleh tumbuh semula. Sebarang kerosakan adalah kekal dan mungkin semakin teruk kelak.

Elakkan daripada menghadapi risiko kerosakan buah pinggang dan dapatkan rawatan segera jika menghadapi masalah kesihatan, termasuklah untuk batu karang

14 Mac 2009

Cara atasi stress

"Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?
Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang.

Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.
Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.


Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.

Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'

Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.

Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.

Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!

Dipetik dari http://mindataqwa.blogspot.com

Bil TM Melambung..???

14 Mac 2009- Ahmad Fadzil Mohd. Mokhtar, 48, terkejut apabila diminta menjelaskan bil telefon Telekom Malaysia (TM) yang tertunggak sejak tahun 2006 berjumlah RM995.70

Peliknya, nombor telefon tersebut tidak pernah digunakannya mahupun didaftar di tempat tinggalnya di Kamunting, Perak tetapi jauh di Ipoh.

"Saya percaya kad pengenalan, nama dan data peribadi saya disalah guna oleh seseorang," kata Ahmad yang juga mengakui tidak pernah kehilangan kad pengenalan atau memberikannya kepada sesiapa.

Bercerita lanjut kepada Kosmo!, Ahmad memberitahu, beliau menerima panggilan daripada kakitangan TM petang kelmarin meminta menjelaskan bil tertunggak itu.

"Keesokan pagi (semalam) saya ke pejabat Telekom di Jalan Burmah di sini dan mendapati bil serta panggilan itu benar beralamat di Jalan Gopeng, Ipoh.

"Saya tidak puas hati kerana tidak pernah menggunakan nombor itu dan membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani," ujarnya yang berharap agar pihak polis dan TM menyiasat perkara tersebut.



5

11 Mac 2009

Sirah Nabi s.a.w


Kota-kota Rasulullah

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

MENYELUSURI sirah Nabi Muhammad s.a.w. selama 63 tahun hayat baginda, kita dapati junjungan mulia ini telah menjejaki beberapa kota sama ada atas tujuan dakwah, hijrah, perjalanan mukjizat mahupun perniagaan.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, barangkali menjadi sesuatu yang menarik andai kita dapat mengimbas kembali kehidupan baginda bukan sahaja dari sudut keperibadiannya, bahkan juga mengekori jejak perjalanannya.

Mengenali lebih dekat kota-kota yang pernah baginda jejaki pastinya akan menambahkan penghayatan kita dalam mendalami sejarah hidup baginda.

Kota pertama yang begitu sinonim dengan Nabi Muhammad s.a.w tentulah kota kelahirannya iaitu Mekah. Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.


Kelahiran putera kepada Abdullah dan Aminah ini membawa lentera ke seluruh pelosok tanah haram dan diriwayatkan penduduk Mekah, mereka melihat sinaran cahaya yang sungguh menghairankan dan menggirangkan saat baginda dilahirkan. Kala itu, api-api yang disembah kaum Majusi turut terpadam.

Dengan kelahiran junjungan mulia itu, bertambah terkenal kota Mekah yang berpasir dan berdebu.

Kini, kota Mekah, tempat terbinanya Kaabah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji, Rukun Islam kelima. Mekah atau Makkah al-Mukarramah terletak kira-kira 73 kilometer (km) dari timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi di ketinggian 277 meter (910 kaki) dari paras laut.

Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan sebagai pengembangan kontemporari bandar raya itu. Ia berpusat di sekitar Masjid al-Haram.

Dianggarkan sejumlah 3.5 juta umat Islam membanjiri tanah suci Mekah khususnya pada bulan Zulhijjah setiap tahun ketika musim haji.
Kota kedua yang dijejaki Nabi Muhammad s.a.w ialah Bosra di Syam (kini, Syria) ketika mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika itu, baginda berusia 12 tahun. Abu Talib yang amat menyayangi Nabi Muhammad merupakan penjaga baginda setelah bapa, ibu dan datuknya, Abdul Mutalib wafat.
Semasa pemergian baginda ke kota itulah, sifat kenabian Nabi Muhammad s.a.w berjaya dikesan oleh seorang pendeta Nasrani, Bahira. Antaranya, Bahira menyaksikan kelompok awan yang menaungi rombongan perniagaan Abu Talib ketika perjalanan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Bahira adalah insan pertama yang meminta agar Abu Talib benar-benar menjaga Nabi Muhammad s.a.w kerana jika diketahui kewujudan baginda, pasti orang Yahudi akan menghapuskannya.

Bosra kini merupakan satu bandar bersejarah mengandungi kota-kota era Rom, Byzantine dan Islam yang telah musnah. Ia telah diiktiraf sebagai kawasan warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Nabi Muhammad s.a.w direkodkan pernah ke Syam sekali lagi ketika membantu memperdagangkan barangan hartawan wanita, Siti Khadijah Khuwailid yang kemudiannya menjadi isteri baginda. Siti Khadijah terpikat dengan keluhuran akhlak dan sifat amanah yang dimiliki baginda yang terkenal dengan jolokan al-Amin dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy.

Setelah diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan dakwah. Antara kota yang pernah dijejaki Rasulullah untuk berdakwah ialah Ta'if yang merupakan sebuah bandar dalam negara Arab Saudi dan terletak kira-kira 97 km dari kota Mekah.

Nabi Muhammad s.a.w memilih kota itu kerana menyangkakan kota subur itu lebih mudah menerima Islam setelah baginda menerima tentangan hebat daripada kaum musyrikin Mekah.

Namun kedatangan baginda telah diejek dan dihina oleh penduduk Ta'if dengan balingan batu sehingga tubuhnya berdarah. Keadaan itu menyebabkan malaikat Jibril turun dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, adakah baginda mahu malaikat menghancurkan kota itu dengan menghempapkan gunung. Namun Nabi Muhammad s.a.w menolak dan sekadar berdoa moga-moga Ta'if melahirkan zuriat yang menyembah Allah yang Esa. Doa baginda dimakbulkan apabila kota Ta'if kemudiannya menerima Islam.

Begitulah terpujinya akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Biar seteruk mana tentangan yang diterima, baginda tidak menyimpan dendam dan tidak akan membalas perbuatan yang jahat dengan kejahatan.

Ta'if kini merupakan satu daerah yang cukup terkenal dengan tanaman anggur dan madu. Padang pasirnya juga ditumbuhi kaktus. Berpopulasi penduduk 521,273 orang, majoriti penduduknya adalah Islam bermazhab Sunni.

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menjejaki masjid al-Aqsa di kota Baitulmuqaddis (Jerusalem) di Palestin menerusi satu perjalanan mukjizat yang dinamakan Isra' Mikraj. Masjid al-Aqsa disebutkan dalam al-Quran sebagai tempat transit baginda sebelum dimikraj ke langit dalam peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab 620 Masihi.

Kini, Baitulmuqaddis adalah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur) dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan iaitu Islam, Kristian, Yahudi dan Armenia.

Sehingga hari ini, status semasa kota itu masih menjadi konflik dan terus dipertikaikan.

Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w meminta sebahagian pengikutnya berhijrah ke Habsyah (kini Euthopia) untuk mendapatkan perlindungan rajanya, Raja Najasyi yang diketahui tidak berlaku zalim. Najasyi mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w tidak turut serta dalam hijrah itu, namun peristiwa penghijrahan sekumpulan umat Islam Mekah ke Habsyah tetap menjadi sejarah.

Peristiwa hijrah ke kota Madinah atau nama asalnya, Yathrib pula berlaku pada 622 Masihi. Ketika itulah bermulanya permulaan kalendar hijrah. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut ancaman puak Quraish Mekah tetapi kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Selepas tiba di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Di Madinahlah terletaknya masjid pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba'. Di kota itu jugalah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w, kawasan yang dibina di atas tapak rumah baginda.
Nabi Muhammad s.a.w wafat di Madinah pada tahun 632 Masihi.Lagi Sirah Nabi

Sumber Kosmo

10 Mac 2009

Piala FA..Kelantan layak...!!!


BERAKSI di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri jelas memberi kelebihan kepada Kelantan apabila berjaya membenam UPB-MyTeam 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.
Penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya merobek gawang tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Bunyamin Umar.

Sang Kijang yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan dan pada minit ke-26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan.
Perlawanan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dan malang bagi UPB-MyTeam apabila dua percubaan mereka dinafikan palang gol.
Pada babak kedua, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Ramzul Zahini.

Gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-53 menerusi Nor Farhan Mohamad yang berjaya menanduk masuk hantaran ketua pasukan Badri Radzi.
Kelantan yang bagai dahagakan jaringan terus mengatur gerak dan selang lima minit kemudian, stadium bergema lagi.
Badri melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah melalui sepakan percuma melepasi jangkauan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussin.

04 Mac 2009

Kereta Tenggelam Banjir

Sabda Nabi s.a.w "Siapa berselawat keatasku sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali & ditulis baginya 10 kebaikan" Hadis Tirmizi


KUALA LUMPUR:03-03-2009 Kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan lebih 300 kenderaan ditenggelami air di sekitar ibu negara, manakala hampir semua jalan utama mengalami kesesakan teruk akibat banjir kilat, petang semalam.
Hujan lebat hampir tiga jam di ibu kota sejak jam 3 petang itu menyebabkan air di beberapa sungai terutama Sungai Gombak naik mendadak dan melimpah keluar di kebanyakan kawasan rendah.
Antara kawasan teruk dilanda banjir kilat yang bermula kira-kira jam 6 petang itu ialah Jalan Ipoh, Jalan Duta, Segambut, Jalan Kinabalu, Puduraya, PWTC, Bulatan Datuk Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul dan Jalan Kasipillay.

Di PWTC, kira-kira 40 orang terperangkap di tingkat dua bangunan itu selepas bekalan elektrik serta jalan keluar terputus berikutan air naik mendadak sehingga menenggelamkan tingkat bawah dan bawah tanah bangunan itu. Berita harian

Tip Kereta Tenggelam Banjir


1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.
Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.
4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original). Dipetik dari http://www.geocitie s.com/iklanmalay sia/Tips_ Kereta_Tenggelam _Banjir.html

03 Mac 2009

Orang muda tak suka Durian

Nabi s.a.w ditanya tentang puasa Isnin, Nabi s.a.w memjawab:"itulah hari aku dilahirkan dan dibangkit menjadi Rasul- Hadis Muslim

Berdasarkan kajian rambang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), buah itu semakin kurang digemari khususnya di kalangan generasi muda.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, kumpulan yang tidak meminati durian itu berumur 20 tahun ke bawah.

"Kita tidak lagi lihat semangat seperti ibu bapa kita dulu yang apabila tiba musim durian pastinya mereka sanggup mencari durian walaupun terpaksa masuk kampung.


"Golongan muda ini hanya melihat durian secara sepintas lalu, mereka tidak berminat untuk membeli,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peserta ladang berkelompok di Kampung Baru Panggas dekat sini semalam.


02 Mac 2009

Solat Jamak & Qasar

Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu.
Solat Jamak ada dua jenis; Jamak Taqdim, dan Jamak Ta’khir.
1. Jamak Taqdim – mengerjakan solat Asar dalam waktu Zuhur/Solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Syarat Jamak Taqdim;
1.Hendaklah dilakukan solat yang punya waktu terlebih dahulu.
2. Niat Jamak dalam solat yang pertama.
3. Muwalat (berturut-turut)
4. berkekalan musafirnya sehinggalah takbir untuk solat yang kedua.

2. Jamak ta’khir – melakukan Solat Zuhur dalam waktu Asar/Solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Syarat melakukan Jamak ta’khir:
1. Berniat hendak menta'khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua.
2. Berkekalan musafir sehingga takbir untuk solat yang kedua.
3. Tidak disyaratkan tartib dalam mengerjakan solat (boleh sama ada hendak mengerjakan solat Zuhur/Maghrib terlebih dahulu sebelum solat Asar/Isyak).

Cara-cara melakukan solat Jamak dan Qasar
Makna Jamak dihimpunkan
Makna Qasar dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah untuk melakukan solat Jamak dan Qasar.
Jamak Taqdim:
a. Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur
Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
Niat untuk solat zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana Allah
a’ala".

b. Melakukan solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Niat untuk Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

2. Jamak Ta’khir:
a. Melakukan solat zuhur dalam waktu asar.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu: "Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Zuhur:
"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

b. Melakukan solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu Maghrib:
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak"
Lakukan solat Isyak 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan (dipendekkan). Ia tetap 3 raka’at.
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak ta’khir kerana Allah Tallah".

Niat untuk solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak ta’khir kerana Allah Taala".
Peringatan:
Solat Subuh tidak boleh dijamakkan dan diqasarkan.
Jangka waktu yang dibolehkan mengerjakan solat Jamak dan Qasar:
Seseorang musafir yang berhenti di sesuatu tempat, dibolehkan mengerjakan Solat Jamak dan Qasar hanya di dalam tempoh tiga hari. Selepas itu dia dianggap sebagai telah bermukim. Bagaimanapun, seseorang musafir yang berhenti di Suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari tetapi kemudiannya ternyata urusannya tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan melakukan Jamak dan Qasar sehingga lapan belas hari. Wallahu ‘alam..

PENERANGAN RINGKAS
1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)