31 Disember 2008

Indahnya alam






"Salam Sejahtera..."








Hutan hujan tropikal masih segar terpelihara...
Indahnya alam ciptaan Tuhan damai dan nyaman
























Keindahan alam semulajadi yg mendamaikan...

Kereta auto







"Salam Sejahtera..."



Perkara penting semasa memandu jangan sesekali guna kaki kiri semua urusan hanya kaki kanan yg uruskan..Bagi kereta auto kekerapan memeriksa paras minyak gear, minyak power stering dan brek perlu diberi perhatian. Minyak gear (termasuk penapis) perlu ditukar selepas 20,000 hingga 30,000 km perjalanan. Ini penting kerana sistem penukaran gear dilakukan secara auto. Minyak power stering seeloknya diperiksa sebulan sekali (boleh guna minyak gear buat tambah)



Kereta manual brek diselenggara setiap 20,000 km, tapi kereta auto dibuat setiap 15,000 km. Ini kerana brek sering kali diguna.

30 Disember 2008

Buat Rumah

"Salam Sejahtera..."
Sekarang ni belum reda lagi peristiwa tanah runtuh di bukit Antarabangsa, tetapi di negara asing ada manusia yg sangguh buat rumah bukan sahaja di lereng bukit tetapi betul-betul di bawah bukit...nak cari maut betul diorang ni..








































Sanggupkah anda tinggal di rumah ini, nyenyakkah tidur anda...












Hadis Pilihan

"Salam Sejahtera..."

"Aku tak pernah lihat Jibril dalam bentuk asalnya kecuali 2 kali iaitu ketika dia turun dari langit dalam keadaan yg amat besar hingga penuh antara langit dan bumi." - Hadis Muslim

"Setahun ada 12 bulan, 4 darinya bulan haram (dilindungi) Zulhijjah, Zulqaedah, Muharram dan Rejab." - Hadis Bukhari

Nabi s.a.w bersabda: "Orang kafir itu makan dengan 7 usus, sedangkan orang mukmin makan dengan satu usus."- Hadis Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanan 2 orang itu mencukupi utk 3 orang, manakala makanan utk 3 orang mencukupi utk 4 orang."- Hadis Muslim

Nabi s.a.w bersabda: "Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sangat istimewa) dan dapat mengubati nata." - Hadis Muslim

"Sesiapa yg makan 7 biji kurma antara La Bataiha (2 tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi maka racun takan memudaratkannya sampai petang.?" - Hadis Muslim

"Jangan kamu ambil 2 biji kurma sekaligus (ketika makan beramai-ramai) kerana Nabi s.a.w telah melarang perbuatan tersebut, kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu drp temannya."- Hadis Muslim.

"Apabila seseorang diantara kamu memakan makanan, maka janganlah kamu mengelap tangannya sebelum menjilatnya".- Hadis Muslim

Apakah sedekah yg paling utama? Nabi s.a.w bersabda: "Kau besedekah ketika masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, kau takut menjadi fakir dan bercita-cita utk menjadi kaya"- Hadis Muslim

Nabi s.a.w bersabda dgn firman Allah: "Wahai anak Adam berbelanjalah kamu , pasti Aku akan membelanjakanmu", dan baginda menyambung: "Anugerah Allah itu melimpah-limpah lagi cepat." -Hadis Muslim

"Tidak boleh hasad kecuali pada 2 perkara iaitu terhadap seseorang yg dianugerahkan Al-Quran dan harta lalu dia membaca dan membelanjakannya sepanjang siang dan malam."-Hadis Muslim

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yg dibunuh kerana mempertahankan hartanya adalah mati syahid."- Hadis Muslim

"Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan puasa Muharram, sebaik-baik solat selepas 5 waktu, solat malam (Tahajjud)". Hadis Muslim

"Seseorang tidak boleh dikatakan beriman dan mengikut setengah sebelum dia mencintai lelaki lebih daripada keluarga, harta & manusia seluruhnya".- Hadis Muslim

"Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengungkit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatnya keatas kamu."- Hadis Muslim

"Jangan engkau menganggap hina sesuatu kebaikan walaupun ia berupa senyuman ug manis apabila bertemu saudaramu" -Hadis Muslim

"Sebaik-baik sahabat ialah orang yg paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya". - Hadis Tarmizi

"Sesiapa yg beriman kpd Allah & hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kpd jiran tetangganya". - Hadis Muslim.

"Nabi s.a.w berpuasa 10 Muharram, 9 Zulhijjah, 3 hari dalam sebulan serta puasa isnin & khamis". - Hadis Nasaie

"Sesungguhnya Allah Azzawalla menerima taubat hambanya selagi nama roh (nyawa)nya belum sampai ke kerongkong" - Muslim

"Sesiapa yg mengatakan celaka kpd manusia (sbb kelemahannya) maka sebenarnya dialah yg paling celaka drp mereka itu" - Ahmad


28 Disember 2008

Senaman

"Salam Sejahtera..."
Laporan disiarkan dalam Risalah Kesihatan Harvard April 2008 menyatakan, tujuh masalah kesihatan boleh ditangani tanpa mengambil ubat; iaitu melalui senaman.Pendekatan tanpa ubat ini terbukti boleh meningkatkan kualiti hidup dengan syarat ia dilakukan secara berdisiplin, bersungguh-sungguh dan teratur.Tujuh masalah kesihatan itu ialah:
Artritis — Pengurangan berat badan akan mengurangkan beban yang perlu tanggung oleh sendi, terutama lutut, tulang belakang dan buku lali. Bagi yang tidak perlu mengurangkan berat badan pun, senaman boleh melegakan kesakitan sendi
Kolesterol — Paras kolesterol buruk (LDL) menurun sebanyak lima peratus jika anda menjauhi makanan kaya lemak tepu. Selain mengambil lebih banyak sumber serat, senaman membantu memudahkan penurunan paras kolesterol darah
Menguatkan ingatan — Walaupun latihan otak (seperti membaca, mengira, membuat kerja kreatif) penting untuk menguatkan ingatan, senaman fizikal juga memberi kesan positif terhadap kesihatan minda
Kemurungan — Senaman dapat membantu mengurangkan kesedihan dan kemurungan kerana apabila kita bersenam, badan menghasilkan hormon endorfin yang membuat kita berasa gembira dan selesa
Kencing manis — Senaman secara teratur boleh menjadi ubat berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bersenam membolehkan otot menjadi lebih sensitif terhadap insulin yang bertugas mengangkut gula dari dalam darah dan dipindahkan ke sel untuk digunakan sebagai tenaga. Pada masa sama, pesakit perlu mengawal pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan manis dan berkarbohidrat.
Tekanan darah tinggi — Masalah ini boleh dikawal dengan menurunkan berat badan melalui senaman dan kurangkan pengambilan garam
Osteoporosis — Senaman mengangkat beban memberi tekanan kepada tulang. Tisu tulang akan bertindak balas dengan menambah kekuatan dan ketumpatan tulang yang secara tidak langsung mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu banyakkan pengambilan kalsium dan vitamin D.

Tali Pinggang Belakang

"Salam Sejahtera..."

SHAH ALAM - Saman maksimum RM300 akan hanya dikenakan terhadap pemandu atau penumpang kereta yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang bagi tempoh enam bulan pertama mulai 1 Januari depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, selepas tempoh itu, tindakan mahkamah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikenakan terhadap individu yang gagal mematuhi peraturan terbabit.
"Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di Plaza Tol Batu Tiga dekat sini semalam.
Beliau berkata, hanya beberapa jenis kenderaan diberi pengecualian.
Antaranya kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995, kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi penambat binaan dalam dan kenderaan perdagangan termasuk teksi dan kereta sewa.

24 Disember 2008

Berdengkur

"Salam Sejahtera..."

Buat mereka yang berdengkur, anda mungkin akan menemukan lebih banyak ketenangan jika mengetahui anda membakar lebih banyak kalori ketika berdengkur berbanding ketika anda berehat tanpa membuat bising.
Kajian yang dijalankan dalam kalangan penghidap simptom gangguan tidur ini menunjukkan ia sebenarnya membakar 373 lebih kalori setiap hari berbanding mereka yang berdengkur sedikit atau tidak berdengkur langsung. Ia mungkin diakibatkan perubahan pada sistem saraf yang mencetus keadaan ini.

Makan sihat

"Salam Sejahtera..."
LELAKI dan wanita sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari segi gender, penampilan, perilaku dan reaksi malah, juga dari aspek pemakanan.
Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki.
Kaji selidik yang berlangsung menerusi panggilan telefon ini turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.
Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur.
Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.
Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu.
Keprihatinan kaum wanita terhadap kesihatan dengan mengambil makanan yang menyihatkan turut dibuktikan dalam satu kajian baru oleh Yayasan Majlis Maklumat Pemakanan Antarabangsa (IFIC).
Pengambilan makanan sihat bukan hanya untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh malah bagi memperbaiki rasa kenyang dan keadaan sistem pencernaan mereka.
Menurut Pengarah Kesihatan dan Nutrisi Yayasan IFIC, Wendy Reinhardt Kapsak: "Tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita tentang pandangan terhadap jenis makanan yang diambil. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka."
Keperluan nutrisi wanita adalah lebih unik dan bukan sahaja berbeza daripada lelaki. Tambahan pula, keadaan ini juga berubah sepanjang kehidupan mereka.
Bermula dari zaman remaja, wanita lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan menyediakan satu pemahaman asas terhadap pengamalan tabiat yang baik.
Ini kemudiannya berterusan kepada pengambilan antioksida pada usia 20-an dan 30-an sebelum menjadikan kesihatan jantung satu keutamaan sebelum mencecah 40 tahun ke atas.
Dalam pada itu, seorang pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr yang telah mengarang ratusan artikel mengenai tahap kecergasan dan nutrisi kaum lelaki berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."
"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."
Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?
* Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.
* Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.
Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.
Maklumat lanjut, layari laman web www.medicalnewstoday.com

Kanak-kanak aktif

"Salam Sejahtera..."

Satu kaji selidik yang dijalankan Asian Food Information Center (AFIC) terhadap kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun di empat buah bandar raya Asia, termasuk Kuala Lumpur pada 2002 menunjukkan bahawa kanak-kanak Malaysia memiliki gaya hidup yang tidak aktif.
Mereka banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain komputer dan permainan video. Semasa cuti sekolah pula, kira-kira 30 peratus kanak-kanak Malaysia menonton televisyen lebih lapan jam sehari (Consumers International, 2004).
Kaji selidik ini juga menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kaji selidik itu lebih gemar bermain komputer atau menonton televisyen (AFIC, 2002), berbanding keluar bermain dengan kawan mereka.
Kebanyakan ibu bapa juga terlalu sibuk dengan kerja rumah dan pejabat sehingga mengabaikan masa bermain dengan anak yang sedang membesar.
Trend ini agak membimbangkan kerana gaya hidup tidak aktif yang dilalui oleh kanak-kanak ini boleh membantutkan perkembangan holistik mereka. Ia juga boleh menyumbang kepada masalah berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut pakar psikologi perkembangan, Elaine Yong, gaya hidup tidak aktif dalam kalangan kanak-kanak akan mengganggu perkembangan mereka kerana aktiviti fizikal boleh membantu kanak-kanak memperkembang kemahiran motor dan kebolehan intelektual mereka.
Perkembangan kanak-kanak
Menganggap kanak-kanak adalah golongan yang sudah semula jadinya aktif merupakan satu mitos kerana mereka masih memerlukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya berbasikal, berjalan-jalan, belajar aktiviti baru atau bersukan bersama kanak-kanak lain.
Di peringkat awal, pada usia 3 hingga 6 tahun, kanak-kanak biasanya akan menguasai kemahiran seperti berlari, memanjat, melompat dan sebagainya. Tempoh ini amat penting bagi ibu bapa menggalakkan lagi perkembangan anak-anak dengan membiarkan mereka bebas bermain dengan aktiviti luar rumah.
"Pada ketika inilah, mereka berlatih menyelesaikan masalah dan memupuk kemahiran sosial sewaktu bermain. Misalnya, mereka belajar menjadi seorang pemimpin di dalam satu-satu permainan," jelas Elaine.
Elaine berpendapat, secara tidak langsung ibu bapa dapat melihat peningkatan dan perkembangan dalam diri anak-anak yang sedang berusaha menguasai kemahiran baru. Sikap, kesihatan dan tahap keyakinan mereka juga akan meningkat.
Jangan terlalu melarang
Kanak-kanak yang pemalu dan gemar bersendirian, atau lebih suka aktiviti dalam rumah seperti menonton rancangan kartun atau bermain dengan anak patung, seharusnya diberi peluang dan digalakkan merasai keseronokan sebenar dengan membiarkan mereka berpeluh.
Membiarkan anak-anak berpeluh adalah proses fizikal yang baik. Ia merupakan cara tubuh menguruskan tekanan dan rasa panas di dalam badan, katanya.
Perunding Kanak-kanak dan Pakar Neonatalogi Pusat Perubatan PrinceCourt, Dr. Anna Padmavathy Soosai, pula berkata, bukan sahaja anak, ibu bapa juga perlu bermain bersama mereka dan menjadikannya aktiviti sekeluarga.
"Jika anak suka berpeluh, biarkan sahaja. Kanak-kanak yang berpeluh adalah bagus dan normal. Ibu bapa janganlah terlalu risau. Kalau jatuh, dia akan bangun dan main semula. Elakkan terlalu banyak perkataan 'jangan' dan 'larang'.
"Ini adalah tempoh penting untuk kita sebagai ibu bapa menyokong perkembangan anak-anak. Dalam erti kata lain, carilah aktiviti yang boleh membuatkan mereka aktif dan bergerak ke sana dan ke mari," jelas Dr. Padma.
Dalam memupuk dan mengajar anak bermain, Dr. Padma turut menyarankan ibu bapa supaya mencari permainan atau aktiviti yang bersesuaian dengan usia anak. Galakkan mereka bermain mengikut usia. Apa sahaja permainan dan aktiviti perlu bersesuaian dengan usia mereka.
"Ibu bapa juga perlu main bersama dan menjadi role model kepada anak-anak. Jangan pula masa suruh anak-anak buat aktiviti, ibu bapa duduk berjam-jam di depan televisyen," katanya.
Dr. Padma berpendapat, sungguhpun terbatas dengan waktu, ibu bapa tetap perlu mencari ruang untuk diluangkan bersama anak-anak. Aktiviti tidak perlu mahal, yang penting bawa anak-anak keluar dan kreatif mencipta permainan.
Beliau turut menekankan kepada ibu bapa agar tidak terlalu tertumpu semasa aktiviti dijalankan, tetapi turut mengambil kira waktu yang diluangkan sebelum dan selepas setiap aktiviti dijalankan.

Pemanduan berhemah



"Salam Sejahtera..."

BANGI - Pemanduan berterusan melebihi tiga jam tanpa rehat berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Ketua Program Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail berkata, berdasarkan dua kajian yang dijalankan terhadap tingkah laku pemandu dan juga tahap keletihan semasa memandu mendapati mereka yang memandu untuk perjalanan jauh tanpa rehat berisiko mengundang kemalangan.
"Ia terjadi kerana seseorang hanya boleh memberi penumpuan terhadap pemanduan untuk jangka masa tidak melebihi tiga jam," katanya ketika ditemui pada seminar Psikologi dan Pembangunan Manusia ke-6 2008 di UKM semalam.
Seminar selama tiga hari itu melibatkan penyertaan 32 universiti dengan 12 penyertaan daripada universiti tempatan manakala selebihnya daripada universiti di Indonesia dan pembentangan 72 kertas kerja.
Tambahnya, selepas memandu selama tiga jam mereka perlu berehat dan jika tidak, badan mereka lemah serta lesu.
Menurut Romzi, punca kemalangan kerap berlaku terutamanya melibatkan bas untuk perjalanan jauh yang jarak perjalanan melebihi tiga jam. -Kosmo 24-12-2008 (rabu)

22 Disember 2008

Ladang Teh


"Salam Sejahtera..."

Sungai Palas Boh Estate adalah satu lagi estate syarikat Boh selain dari estate Boh yang terletak di Habu, iaitu selepas Ringlet menuju ke Tanah Rata. Sungai Palas Boh Estate adalah ladang teh, kilang untuk lawatan dan kafeteria moden untuk relik sambil menikmati minuman teh, kopi dan snek roti, sama yang terdapat di Habu.

Pelawat harus menggunakan jalan sehala sama ke Gunung Brinchang. Jalan masuk bermula di jalan besar Brinchang-Tringkap menuju ke Taman Ros (Ros Garden) dekat dengan hadapan Equatorial Hotel. Jalan ini adalah sekat dan berbelok-belok. Ikut tanda jalanraya dan cabang kedua ke Sungai Palas. Pelawat ke Gunung Brinchang juga akan dapat menikmati pandangan menarik dari menara mikro. Akhir kata, macam-macam pun ada.

Sebat perogol


"Salam Sejahtera..."

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Hrkh) -

Meskipun hukuman ke atas pesalah rogol yang termaktub dalam Kanun Kesiksaan dan Tatacara Jenayah amat berat dengan rotan mungkin boleh dikenakan berpuluh kali sebatan, namun kaedah itu dilihat sukar menyedarkan pesalah jenayah ini.
Di dada-dada akhbar, seringkali dapat dilihat mengenai laporan pesalah rogol yang kembali melakukan kerja terkutuk itu kerana tidak serik dengan hukuman yang dikenakan ke atas mereka.
Hal ini turut dibincangkan di Dewan Rakyat semalam, dengan wakil Ipoh Barat, M Kulasegaran menyatakan bahawa pesalah rogol sedikitpun tidak merasa sedar dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas mereka.
Lantas, mereka mengulangi perbutan itu berulang kali, dan ada di antara mereka menjadi pesalah 'hardcore' yang sudah lali dengan perbuatan tersebut, katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Kesiksaan (Pindaan) 2004 di Dewan Rakyat semalam.
Mencelah dalam perbahasan Kulasegaran itu, Salahuddin Ayob (PAS Kubang Kerian) mencadangkan agar pesalah rogol disebat di khalayak ramai bagi menerbitkan rasa malu dan insaf pesalah, katanya.
Menurut Salahuddin, kaedah ini disebut dalam undang-undang Islam dan mampu membawa kesedaran bukan sahaja kepada pesalah tetapi kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama, katanya.
Salahuddin berkata, hukuman sebat yang sedia ada yang dibuat dalam penjara secara tertutup tidak mampu menyedarkan pesalah kerana, ianya hanya mengundang kesakitan yang melampau tetapi tidak menerbitkan rasa bersalah.
Sebaliknya jika mengikut kaedah sebatan di khalayak ramai yang dianjurkan Islam bagi kesalahan penzina, ianya tidak bertujuan menyakitkan kerana mempunyai kaedah rotan dengan kesakitan yang tidak melampau.
Tetapi dengan mengadakan hukuman di khalayak ramai, ianya akan memberi rasa malu kepada pesalah dan kesedaran kepada orang awam, terangnya lagi.
Menyokong pandangan Salahuddin itu, Mohd Yusop Majid (BN Setiu), berkata cadangan sebat di khalayak ramai akan memberi kesedaran kepada pesalah dan masyarakat.
"Orang lain yang lihat hukuman ini boleh sedar untuk tidak terlibat," katanya.
_

20 Disember 2008

Cuti Umum 2009

"Salam Sejahtera..."

Cuti Umum 2009
Tahun Baru Cina 26 & 27 januari -Isnin & Selasa
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) 9 Mac - Isnin
Hari Keputeraan Sultan Kelantan 30 & 31 Mac - Isnin & Selasa
Hari Pekerja 1 Mei - Jumaat
Hari Wesak 9 Mei _ Sabtu
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 6 Jun - Sabtu
Hari Kebangsaan 31 Ogos - Isnin
Hari Nuzul Al-Quran 7 September - Isnin
Hari Raya Puasa * 20 Sep & 21 Sept. - Ahad & Isnin
Deepavali * 17 Oktober - Sabtu
Hari Raya Qurban 1429 Hijrah * 27 November & 28 November - Jumaat & Sabtu
Awal Muharam (Maal Hijrah) 1431 Hijrah 18 Disember - Jumaat
Hari Krismas 25 Disember - Jumaat

16 Disember 2008

Serat Barli


"Salam Sejahtera..."


Serat Barli Mampu Rendahkan Kolestrol Dalam Darah.

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter.Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberika n kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ) Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia. Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jusramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh.Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan ikimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

Tanda Hati Keras

"Salam Sejahtera..."

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Ciri-ciri Orang Munafik

"Salam Sejahtera..."

1. Dusta
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur dalam pertikaian sabda Rasulullah SAW:"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. Ingkar Janji sabda Rasulullah SAW:"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah Firman Allah SWT:"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."(An-Nisa': 142)Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

7. Sedikit Berzikir
Firman Allah SWT:"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.(An-Nisa': 142)

8. Mempercepat Solat Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.Hadith Nabi SAW:"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAWTermasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.Firman Allah SWT:"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."(At-Taubah: 65-66)

11. Bersumpah PalsuFirman Allah SWT:"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

12. Enggan BerinfakOrang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

13. Tidak menghiraukan nasib Kaum MusliminMereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. Suka menyebarkan Khabar DustaOrang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

15. Mengingkari TakdirOrang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang SolehApabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.Firman Allah SWT:"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."(Al-Ahzab: 19)

17. Sering meninggalkan Solat BerjamaahApabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan PerbaikanFirman Allah SWT:"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."(Al-Baqarah: 11-12)

19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan BatinSecara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.

20. Takut terhadap Kejadian Apa PunOrang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

21. Beruzur dengan Dalih DustaFirman Allah SWT:"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."(At-Taubah: 49)

22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah KemakrufanMereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.

23. BakhilOrang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

24. Lupa kepada Allah SWTSegala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.

25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-NyaFirman Allah SWT:"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."(Al-Ahzab: 12)

26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan BatinOrang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.

27. Sombong dalam BerbicaraOrang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

28. Tidak memahami Ad DinDi antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan DosaOrang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taatFirman Allah SWT:"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."(An-Nisa': 108)

30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian merekaOrang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

14 Disember 2008

Penapis air

"Salam Sejahtera..."

Berhati-hati Dengan Penapis Dan Mesin Penjual Air

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama)
Sesetengah pengguna mudah diperdaya oleh peniaga dan syarikat yang tidak jujur sehingga sanggup berpisah dengan wang yang susah payah diperoleh hasil titik peluh mereka.Apa yang berlaku ialah mereka ini akan membuat pembelian tanpa usul periksa setelah mendengar pujuk rayu serta dakwaan peniaga atau syarikat yang begitu licik mahu mengaut untung."Dalam era yang serba-serbi canggih dengan kepesatan kemajuan teknologi, ramai pengguna mudah terpedaya dengan dakwaan berkait dengan kesihatan dan kebersihan."Antara barang yang menjadi perhatian berat Fomca ialah penapis air dan mesin menjual air," kata Piarapakaran Subramaniam, Pengurus Program, Bahagian Alam Sekitar, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

PENAPIS AIR
Secara umumnya, penapisan atau penurasan adalah proses di mana bahan yang tidak dikehendaki dalam sebarang larutan atau campuran dikeluarkan.Bahan itu lazimnya ada kaitan dengan masalah kesihatan atau pencemaran alam sekitar.Menurut Piarapakaran, proses penurasan terutamanya digunakan oleh industri sama ada untuk merawat air atau sisa air."Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap isu kesihatan, setiap seorang daripada kita mahu teknologi yang terbaik untuk melindungi diri kita dan keluarga kita. Namun demikian, kita perlu berwaspada."Perkara yang perlu sentiasa ada dalam kepala kita ialah sama ada alat penuras atau penapis benar-benar melindungi kesihatan. Begitu juga dengan mesin menjual air," katanya.

BIMBANG DENGAN DAKWAAN
Piarapakaran memberitahu Bernama bahawa banyak sekali dakwaan dibuat kononnya minuman selepas menggunakan alat penapis tertentu boleh meningkatkan tenaga dan boleh menyembuhkan penyakit."Malahan sesetengah peruncit atau penjual langsung, menggunakan gambar individu serta perakuan untuk menyokong dakwaan yang mereka buat. Sejauh mana kebenaran dakwaan-dakwaan itu? Apakah persijilan yang mereka terima?" tanya beliau.Bercakap lebih lanjut, beliau berkata terdapat juga alat penapis yang dijual di pasaran yang menapis klorin dari bekalan air, bagaimanapun pengguna tidak diingatkan bahawa air tanpa klorin tidak sesuai untuk disimpan sebelum dididih terlebih dahulu.Menurut Piarapakaran, 'kekotoran' yang terperangkap di atas lapisan penapis serta bahagian alat penapis perlu juga ditukar secara berkala."Kapasiti menyimpan kekotoran dalam penapis adalah terhad. Kandungan kekotoran yang tinggi akan menyebabkan kimia ini dikeluarkan balik ke dalam air yang sudah ditapis," jelasnya.

MESIN MENJUAL AIR
Fomca juga memandang berat tentang mesin menjual air. Dalam hal ini Piarapakaran merujuk kepada tinjauan yang dijalankan Fomca baru-baru ini serta mendedahkan beberapa hasil tinjauan yang agak membimbangkan.Menurut beliau, Fomca masih menangani isu itu dari semasa ke semasa. "Sesetengah mesin menjual air ditempatkan di lokasi terbuka dan tempat awam. Ada juga yang diletakkan berhampiran longkang dan tong sampah," katanya.Tinjauan Fomca itu, yang dijalankan di Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Port Dickson, mendapatai kebanyakan mesin menjual air ditempatkan di rumah kedai di taman-taman perumahan."Di Port Dickson, kawasan di mana kami membuat tinjauan, mesin menjual air diletakkan bertentangan dengan pantai, berhampiran jalan dan longkang," jelasnya.Satu lagi perkara yang ingin diketengahkan oleh Piarapakaran ialah isu kebersihan muncung tempat keluar air mesin berkenaan."Sumber air untuk mesin menjual air adalah dari bekalan air domestik yang telah melalui proses penurasan. Apabila pengguna membeli air di dalam botol yang ditutup kemas, kita sedia maklum yang ianya bersih, sebahagian besarnya kerana ia mempunyai persijilan daripada Kementerian Kesihatan."Dalam hal mesin menjual air, siapa yang memberi pengiktirafan kepada mesin menjual air ini? Daripada siasatan kami, seorang pengusaha memberitahu bahawa mesin tersebut diberikan lesen sementara yang boleh diperbaharui di bawah kategori penjaja sementara," ujarnya.Menurut Piarapakaran, dalam kedua-dua hal penapis air dan mesin menjual air, yang menjadi persoalan ialah kesahihan dakwaan yang dibuat.Peralatan ini juga memerlukan pengiktirafan agensi kerajaan yang berkaitan."Dalam hal ini, Fomca meminta agensi kerajaan yang berwajib menjalankan penguatkuasaan serta mengeluarkan persijilan bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa pihak yang gemar membuat dakwaan palsu," katanya.

PANDUAN MENGENAI AIR BOTOL
Memandangkan kualiti air yang keluar daripada paip di rumah kadang kala tidak memuaskan, ramai pengguna yang terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli air botol.Berikutan permintaan air botol yang dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini, Piarapakaran memberi beberapa petua kepada pengguna.Katanya pengguna perlu mampu membezakan antara Air Galian Semula Jadi (NMW) dan Air Minuman Yang Dibotolkan (PDW)."NMW didefinisikan sebagai air bumi yang diambil untuk penggunaan manusia dari sumber air bawah tanah. Ia mengandungi pelbagai galian seperti magnesium, kalsium, fluorida, sodium dan sulfat."Oleh yang demikian, NMW mesti mematuhi standard yang disarankan di dalam Jadual 26 (Perintah 360A(7), Akta Makanan 1985, oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan," jelasnya.Bercakap mengenai PDW, beliau berkata ia haruslah air daripada bekalan yang dirawat dan dibotolkan untuk kegunaan minuman. Sumber air bagi air itu adalah air daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah."Cara paling mudah untuk membezakan antara kedua-dua jenis air yang dibotolkan ini ialah menerusi warna penutup botol. Penutup botol berwarna adalah untuk air galian semula jadi sementara botol penutup putih untuk air minuman yang dibotolkan," katanya.Piarapakaran berkata selain daripada warna penutup botol, pengguna juga dinasihatkan supaya membaca dan memahami label pada botol dengan teliti bagi memastikan nombor pelesenan yang disahkan terdapat pada label air yang dibotolkan.

PANDUAN MEMILIH SISTEM RAWATAN AIR
Sebagai satu lagi usaha untuk membantu pengguna membuat pilihan bijak dalam memilih sistem rawatan air terutamanya apabila berdepan dengan dakwaan palsu, Fomca memberikan beberapa petua berikut:-* Kenal pasti masalah kualiti air yang anda alami serta pencemar utama yang terdapat di dalam air itu. Ini boleh anda lakukan dengan memantau kegiatan di sekitar kawasan kediaman anda, sebagai contoh, pencemaran perindustrian dan loji rawatan kumbahan.* Tentukan bentuk rawatan yang diperlukan untuk kediaman anda, sama ada rawatan pada paip utama (POE) atau paip tertentu (POU). Kebanyakan masalah pencemaran seperti kekotoran air, bau, karat atau mangan (manganese) memerlukan rawatan POE sementara rawatan POU hanya perlu dibuat sekiranya kemungkinan terdapat kesan kesihatan akibat bahan pencemaran seperti nitrat dan ammonia. Rawatan paip tertentu boleh juga digantikan dengan memastikan air paip dimasak sebelum digunakan.* Kenal pasti jenis rawatan yang berkesan untuk menghilang atau mengurangkan bahan pencemar. Sebagai contoh, penapis karbon teraktif merawat bahan organik yang menyebabkan masalah bau dan rasa. Sesetengah reka bentuk membasmi klorin dan terdapat juga jenis tertentu yang menghapus baja kimia dan detergen serta boleh merawat logam berat seperti plumbum dan kuprum.* Belilah sistem rawatan daripada penjual yang boleh dipercayai. Periksa dengan orang lain yang menggunakan peralatan itu. Pastikan peralatan berkenaan telah diberi persijilan atau pengesahan untuk fungsi penggunaannya.* Pastikan sama ada sistem itu mempunyai kemampuan mencukupi untuk memenuhi keperluan air di rumah pada tekanan dan kadar aliran air yang anda terima daripada pengendali air.* Memahami keperluan penyelenggaraan dan membuat keputusan sekiranya anda mampu melakukan operasi rutin penyelenggaraan dan fahami bagaimana untuk memastikan peralatan itu berfungsi secara berkesan.-- BERNAMA

Harga Ikan Turun..?

"Salam Sejahtera...
"Ikan lebih murah?

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh mengharapkan harga ikan yang lebih murah tidak lama lagi. Ini ekoran harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember, umum Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed semalam.
Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mustapa berkata, kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vesel berlesen.
Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar di antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vesel. - Bernama

13 Disember 2008

Ulser mulut


"Salam Sejahtera..."


Ulser Mulut


Langkah penyembuhan banyak meminum air, makan sayuran dan buahan, kurangkan makan kari, pedas2, berminyak...boleh cuba bekumur dgn air garam, lekatkan majerin...

Ubat -ubatan bonjela, 'ORAL AID', Folic Acid (vitamin)


Tegang Kulit Muka


"Salam Sejahtera..."


Ambil sebiji timun dan dibuang kulitnya, Potong halus-halus dan ramas hingga berair, Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih. Keringkan muka dengan tuala lembut. Amalkannya tiga kali dalam seminggu.

Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

Seperkara lagi, mentimun ni boleh juga dijadikan ulam untuk merawat penyakit darah tinggi. Caranya amat mudah iaitu makanlahlah beberapa hiris mentimun setiap kali makan nasi.

Kerosakan Otak



"Salam Sejahtera..."


Penyebab Kerosakan Otak
[1] Mengabaikan sarapan pagi
Tidak bersarapan pagi akan menyebabkan kekurangan gula dalam darah, yang akan menyebabkan bekalan nutrien tak cukup untuk dihantar ke otak, ini akan mengalami kemerosotan otak.

[2] Tak cukup tidur
Tak cukup tidur ia akan menjejaskan sel otak. Ini berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan otak. Otak tak berfungsi.

[3] Menutup kepala ketika tidur.
Menutup kepala ketika tidur boleh meningkatkan karbon dioksida akan mengurangkan kandungan oksigen dalam badan anda.

[4] Banyak makan
Banyak makan akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak. Kesannya memperlahankan kuasa mental.

[5] Merokok
Merokok akan menyumbang kepada pengecutan otak. Juga boleh menyebabkan penyakit penurunan fungsi saraf otak.
[6] Pengambilan gula yang berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan menganggu penyerapan protein dan nutrien yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan, ia merencatkan perkembangan otak.

[7] Memaksa otak bekerja.
Pastikan cukup rehat. Sebabnya, kalau memaksa otak bekerja berterusan akan menyumbang kepada kerosakan saraf otak.
[8] Berfikiran sempit.
Selalulah mengunakan otak berfikir (rangsang otak). Amalkan berfikiran positif.
[9] Pencemaran udara
Otak memerlukan bekalan oksigen bersih yang mencukupi, pencemaran udara boleh mengurangkan kecekapan fungsi otak.

[10] Jarang berkomunikasi
Komunikasi dapat meransang perkembangan otak. Perbincangan dan perbahasan akan meningkatkan fungsi otak. Dikatakan pergaduhan kanak-kanak dalam merebut permaian juga baik otak.
Ini otak-otak sejenis kuih sedap....

10 Disember 2008

Penawar Resdung

"Salam Sejahtera..."Petua : Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan. Sedut air ke dalam hidung( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Cuba amalkan sekerap yang boleh, semasa wuduk ke...? masa mandipun boleh...cuba laa...ada kawan cakap berkesan...???

Petua 2
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.

Petua 3
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari. Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya, asap akan keluar sedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Rukun Iman

"Salam Sejahtera..."

Rukun Iman 6 perkara:-
(1). Percaya kepada Allah
(2). Percaya kepada Nabi dan Rasul Allah
25 Rasul yang wajib diketahui
1. Nabi Adam a.s.
2. Nabi Idris a.s.
3. Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Hud a.s.
5. Nabi Salih a.s.
6. Nabi Ibrahim a.s.
7. Nabi Luth a.s.
8. Nabi Ismail a.s.
9. Nabi Ishaq a.s.
10. Nabi Ya'akub a.s.
11. Nabi Yusuf a.s.
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syu'aib a.s.
14. Nabi Musa a.s.
15. Nabi Harun a.s.
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s.
18. Nabi Sulaiman a.s.
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasa’ a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s.
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad s.a.w.

(3). Percaya kepada Malaikat
10 Malaikat yang wajib diketahui:-
1. Malaikat Jibril/Jibrail - Menyampaikan wahyu
2. Malaikat Mikail - Menyampaikan/membawa rezeki dari Allah.
3. Malaikat Israfil - Meniup sangkakala
4. Malaikat Izrail - Mengambil nyawa.
5. Malaikat Munkar - Menyoal di dalam kubur.
6. Malaikat Nakir - Menyoal di dalam kubur.
7. Malaikat Ridhwan - Menjaga pintu syurga.
8. Malaikat Malik - Menjaga pintu neraka.
9. Malaikat Raqib - Mencatat segala amalan.
10. Malaikat Atid - Mencatat segala perlakuan buruk
(4). Percaya kepada kitab
1. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
2. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
4. Al-Quran, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
(5). Percaya kepada hari akhirat
(Hari pembalasan terhadap perbuatan manusia di dunia ini, ia berlaku selepas kiamat)
(6). Percaya kepada qada dan qadar
(Ketentuan/ ketetapan Allah, apa saja yang berlaku adalah ditentukan oleh Allah.)

Harga Barang Turun..?

"Berpesan-pesanlah kepada kebaikkan..."

Harga turun awal 2009
SERI KEMBANGAN - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberi jaminan bahawa harga beberapa barangan keperluan akan turun secara menyeluruh pada suku tahun pertama tahun depan.
Pada masa ini menurutnya, peniaga tidak dapat menurunkan harga barang keperluan ekoran stok serta pesanan barangan yang dibuat ketika harga barangan terbabit masih berada di tahap tinggi.
''Sekarang ini, harga barangan yang dibeli oleh peniaga masih menggunakan harga lama dan sekiranya penurunan dilakukan boleh mengakibatkan kerugian pada pihak peniaga.
''Bagaimanapun, pada suku tahun pertama tahun depan, saya beri jaminan harga barangan keperluan terutama beras, tepung dan minyak akan mengalami penurunan,'' katanya pada perasmian Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik di sini semalam.
Shahrir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan para peniaga menurunkan harga barangan kegunaan harian rakyat selaras dengan penurunan harga minyak semasa.
Dalam perkembangan sama, Shahrir memberitahu, kerajaan kini menjalankan pemantauan menyeluruh terhadap syarikat-syarikat pemborong barangan keperluan bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan ke atas peniaga.

Barangan luput tarikh

"Berpesan-pesanlah kepada kebaikkan...

"KUALA LUMPUR - Awas ketika membeli-belah kerana anda mungkin antara pengguna yang terbeli barangan makanan sudah luput tarikh yang masih dijual di beberapa pasar raya terkenal di seluruh negara.
Ini bukan cerita kosong atau tohmahan semata-mata tetapi itulah hakikat yang ditemui wartawan Kosmo! ketika membuat tinjauan rambang di beberapa pasar raya besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara dan sering menjadi tempat kunjungan ramai.
Agak menghairankan, bagaimana barangan itu masih diletakkan di atas rak untuk dijual kepada orang ramai kerana ada antara barangan tersebut sudah luput tarikhnya sejak awal tahun lagi.
Kalau satu atau dua barangan itu boleh kita dikatakan pekerja pasar raya tersebut terlepas pandang tetapi bagaimana jika semua barangan pada rak yang tersusun cantik didapati telah luput tarikhnya?
Antara barang makanan yang dibeli oleh wartawan Kosmo! di beberapa pasar raya terkemuka yang telah luput tarikhnya ialah sardin dalam tin, jeruk, pes makanan, perencah dan juga minuman susu yang berkotak termasuk yang berjenama popular.
Lebih teruk lagi, ada di antara makanan ini yang telah pun berubah sifatnya baik dari segi warna mahupun kepekatannya.
Ini sudah pasti boleh mengancam kesihatan pengguna yang tidak berapa kisah untuk melihat tarikh luput tertera pada botol atau tin makanan tersebut, malahan terus menikmatinya apabila pulang ke rumah. Ini boleh mengundang keracunan makanan kepada pengguna.
Wartawan Kosmo! yang meninjau ke premis perniagaan itu mendapati masih ramai lagi pengunjung yang membeli barangan di premis tersebut tidak mahu membelek atau meneliti produk itu walapun hanya mengambil beberapa saat.
*Sumber Kosmo online...

06 Disember 2008

Buku Halal Haram



"Berpesan-pesanlah kepada kebaikkan...


"Sebuah buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP ) bertajuk Halal & Haram. Di sini disertakan sedutan dari buku tersebut
“Kehidupan umat islam masa kini semakin tercabar. Secara tidak sedar, perkara makanan untuk keperluan harian banyak mempengaruhi budaya hiudup umat islam masa kini. Bagi orang islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius. Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat islam kerana ia dijelaskan secara saintifik”
Dato Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria,Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kita pengguna akan dikejutkan dengan beberapa penemuan seperti berikut:
Kolegen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik!
Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan. Ini termasuklah:- Derivatif rambut manusia ditambah ke dalam roti dan piza- Pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda- Serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger dan dagingyang diproses
Gelatin dalam banyak makanan dan bukan produk makanan
DNA babi dalam gelatin ditemui dalam daging ayam bahagian dada dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging
Status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoren
Logo Halal palsu pada banyak produk makanan
Banyak logo Halal yan berbeza ditemui di pasaran. Yang mana satu boleh dipercayai?
Pinggan mangkuk daripada abu tulang
Berus daripada bulu babi sementara beg, tangan, sarung tangan dari kulit babi

03 Disember 2008

Harga minyak..!!!

















Harga petro RON97 tempatan sejak 2003



1 mac 2003 rm 1.35,

1 mei 2004 rm 1.37 (naik 2 sen)

1 okt. 2004 rm 1.42 (naik 5 sen)

5 mei 2005 rm 1.52 (naik 10 sen)

31 julai 2005 rm 1.62 (naik 10 sen)

28 feb 2006 rm 1.92 (naik 30 sen)

5 jun 2008 rm 2.70 (naik 78 sen)

23 ogos 2008 rm 2.55 (turun 15 sen)

25 sept. 2008 rm 2.45 (turun 10 sen)

15 okt. 2008 rm 2.30 (turun 15 sen)

1 nov. 2008 rm 2.15 (turun 15 sen)

18 nov. 2008 rm 2.00 (turun 15 sen)

3 dis. 2008 rm 1.90 (turun 10 sen)









Harga minyak mentah dunia sejak April 2008

23 Apr. AS$ 118.12 (rm 369.71)

22 Mei AS$ 130 (rm 418.79)

27 Jun AS$ 142 (rm 462.92)

11 Jul AS$ 147.21 (rm 476.96)

6 Ogos AS$ 119 (rm 389)

10 Sept. AS$ 100 (rm 346)

8 Okt. AS$ 87 (rm 303.63)

4 Nov. AS$ 58.38 (rm 206.08)

13 Nov. AS$ 54.92 (rm192.22)

21 Nov. AS$ 48.54 (rm 174.74)

2 Dis AS$ 47.36 (rm 170.49)