30 November 2008


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari) dan

jangan memakai pada jari:

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Kuku Panjang


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Penghulu Istighfar


Penghulu Istighfar
Syaddad bin Aus r.‘a. meriwayatkan bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Penghulu istighfar ialah:“Allahumma anta rabbi…..” Sesiapa membacanya dengan yakin, pada waktu petang tiba-tiba ia mati pada malam itu, pasti ia masuk syurga. Sementara sesiapa membacanya dengan yakin pada waktu pagi, tiba- tiba ia mati pada hari itu, pasti ia masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan imam-imam hadis yang lain).

29 November 2008

Ramalan Bintang


Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.' Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. 'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. 'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

26 November 2008

Makna Bacaan Solat


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika iktidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya,
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. (sambung)(Bacaan ketika Tahiyat Akhir)
dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Perbaikilah Solatmu
1. Niat
Bersama-sama takbiratul-ihram-…sekurang-kurangnya “aku shalat fardhu zhuhur” @ aku shalat fardhu zhuhur makmum”

2. Takbiratu ihram “Allahuakbar ”
(sebutannya paling kurang didengar ke telinga sendiri). Tangan diangkat hingga setentang dgn telinga & separas bahu, hadap jari ke kiblat, tidak terlalu rapat/renggang. Ibu jari sejajar dgn bawah telinga.

3. Membaca Fatihah
Sebaiknya satu ayat satu ayat & menyambung siraatalladziina….dengan ghairil…hingga akhir

4. Rukuk
Meletak tangan diatas lutut & merenggangkan jari-jari, renggang siku dari rusuk, meluruskan belakang, kepala sama paras dgn belakang. Pandang ke tempat sujud.

5. I’tidal
Bangun dr rukuk, hingga berdiri tegak, lama masa sekadar menbaca “rabbna laka hamd”

6. Sujud
Sujud dgn 7 anggota (dahi, 2 tangan, 2 lutut & 2 ujung tapak kaki –lipat jari ke depan).Kedua lutut hendaklah mula-mula sampai ke lantai, diikuti tangan & muka( dahi & hidung). Tinggikan lengan dari lantai & renggang dari rusuknya (wanita sebaliknya)

7. Duduk antara 2 sujud
Duduk dgn melipat kaki kiri lalu duduk di atasnya, tapak kaki kanan ditegakkan. Tangan dihampar menghala kiblat di atas paha, jangan melepasi paras lutut.

8. Duduk akhir
Letakkan punggung ke lantai, masukkan kaki kiri ke bawah kaki kanan, Tegakkan kaki kanan.

9. Memberi salam
Berpaling ke kanan, sehingga terlihat orang di sebelah kanan, sekurang-kurang mengucap “assalamualikum” niat salam kpd orang @ malaikat.

** Mengangkat tangan ketika bertakbir hanya pada 4 tempat sahaja–iaitu permulaan shalat, ketika rukuk, ketika I’tidal & ketika bangkit dari tahiyyat awal.

** Sebutan/ bacaan dalam Shalat sekurang-kurangnya didengari ke telinga sendiri, kalau tidak jika bacaan itu wajib Shalat tak Sah, jika bacaan sunat tiada pahala sunat.

Wallahu ‘ala…
(dipetik dari kitab Al Umm/As-Syafie & Ihya Alumiddin/Al-Ghazali)

Khasiat Budu



Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan dayatahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejalaflatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitaminB Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sepertivitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin) , asid pantotenat, asidniasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiellapneum! oniae dan Citrobacter frundiin -yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogramper 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatirakan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada proteinyang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin Edan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga darireaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon!(unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, disamping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkindisebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakalafaktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah(hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktivitilasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkanlemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E,karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkankadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietaryfiber) yang baik.Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagisetiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yangdianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempeatau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakanbersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

25 November 2008

Semak Kod Prodak Halal


Petua Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah Fatimah menurunkan petua untuk kaum isteri menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
Ayat 35: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,Ayat 36: Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),Ayat 37: Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,Ayat 38: (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Makan Telor


Wanita alami kesan lebih serius
WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa amalan memakan sebiji telur sehari boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis sebanyak 60 peratus. Malah, bagi wanita, risikonya jauh lebih tinggi iaitu 77 peratus.
Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Harvard dan Hospital Wanita Boston, juga memberi amaran, penghidap diabetes jenis kedua atau jenis yang dialami dewasa, boleh berdepan keadaan jauh lebih serius jika memakan beberapa biji telur sehari. Mereka membuat kesimpulan itu berdasarkan kajian ke atas 57,000 wanita dan lelaki dalam tempoh 20 tahun. "Tindakan memakan cuma sebiji telur dalam masa seminggu tidak memberi sebarang ancaman," kata hasil penyelidikan mereka yang disiarkan edisi terbaru jurnal Diabetes Care.
Sehubungan itu, doktor kini menggesa penghidap diabetes Jenis Kedua atau yang berisiko menghidapnya, mengehadkan pengambilan telur kepada cuma tiga biji seminggu. "Jika masih ada yang berminat menjadikan telur sebagai makanan utama, pilihlah yang mempunyai kandungan Omega 3 lebih tinggi." Biarpun menjadi sumber pelbagai sumber vitamin dan khasiat lain, telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi dan lemak tidak tepu yang menjadi antara risiko diabetes Jenis Kedua. Diabetes adalah penyakit yang mana paras glukos dalam darah terlalu tinggi disebabkan kegagalan badan menggunakannya.
Ada dua jenis diabetes iaitu Jenis Pertama membabitkan kegagalan badan menghasilkan sebarang insulin dan lazimnya berlaku sebelum individu berusia 40 tahun Diabetes Jenis Kedua pula merujuk kepada masalah badan yang masih boleh menghasilkan insulin, tetapi tidak cukup. Majoriti kes membabitkan mereka yang mengalami masalah berat badan lazimnya muncul ketika mereka berusia lebih 40 tahun. - Agensi

16 November 2008

Qurban



Lata Belakang Qurban
(1) Habil dan Qabil
Dalam surat Al Maaidah ayat 27 disebutkan:
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa".
(2) Ibrahim dan Ismail
Dalam Al Qur'an, Allah memberi perintah melalui mimpi kepada Nabi Ibrahim untuk menqurbankan Ismail. Diceritakan bahwa Ibrahim dan Ismail mematuhi perintah tersebut dan tepat saat Ismail akan disembelih, Allah menggantinya dengan domba. Berikut petikan surat Ash Shaaffaat ayat 102-107 yang menceritakan hal tersebut.
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Dalil tentang berkurban
Ayat Al Qur'an tentang qurban antara lain :
surat Al Kautsar ayat 2: "Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkurbanlah (anhar)".
Sementara hadits yang berkaitan dengan qurban antara lain:
“Siapa yang mendapati dirinya dalam keadaan lapang, lalu ia tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat shalat Ied kami.” HR. Ahmad dan ibn Majah.
Hadits Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.” Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” HR. Ahmad dan ibn Majah
“Jika masuk tanggal 10 Dzul Hijjah dan ada salah seorang diantara kalian yang ingin berqurban, maka hendaklah ia tidak cukur atau memotong kukunya.” HR. Muslim
“Kami berqurban bersama Nabi SAW di Hudaibiyah, satu unta untuk tujuh orang, satu sapi untuk tujuh orang. “ HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi.
Hukum kurban
Majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in, dan fuqaha (ahli fiqh) menyatakan bahwa hukum qurban adalah sunnah muakkadah (utama), dan tidak ada seorangpun yang menyatakan wajib, kecuali Abu Hanifah (tabi’in). Ibnu Hazm menyatakan: “Tidak ada seorang sahabat Nabi pun yang menyatakan bahwa qurban itu wajib.
Syarat Binatang Qurban
1) Unta telah berumur 5 tahun
2) Kerbau, lembu & kambing berumur 2 tahun
3) Domba @ biri-biri berumur 1 tahun @ berganti gigi.
Semua binatang berkenaan hendaklah sihat, gemuk dan tiada kecacatan, tidak yg baru beranak atau bunting. Rasulullah s.a.w bersabda " empat keadaan binatang yg tidak sah dijadikan qurban iaitu buta mata sebelah yg terang butanya, sakit yg terang sakitnya, tempang yg terang tempangnya dan yang sangat kurus tidak berdaging" Hadis riwayat Ahmad.
Masa qurban selepas solat hari raya (qurban) hingga terbenam matahari 13 dzulhijjah (hari raya ke 4).
Sunat Qurban
1) Sunat menyembelih unta dengan berdiri. lembu, kerbau & kambing dibaringkan di atas rusuk kiri dan mengadap Kiblat.
2) Membaca bismillah, bertakbir dan berselawat keatas Nabi s.a.w.
3) Orang yg berqurban sendiri menyembelih dan jika diwakilkan, ianya disunatkan hadir sama.
4) Membaca doa ..."Ya Allah terimalah qurban Muhammad, keluarganya dan ummat Muhammad" (riwayat Ahmad & Muslim)
Sunat bagi yg hendak berqurban tidak memotong rambut dan kukunya. Juga sunat berpuasa di hari Arafah (9 Dzulhijjah).
Daging Qurban
Dibahagi 3, 1/3 disedekah kepada fakir miskin, 1/3 dihadiahkan kepada sanak saudara (orang kaya) dan 1/3 lagi dimakan sendiri. Tetapi lebih afdal semua disedekahkan kepada fakir miskin kecuali hati dan limpa sunat dimakan sendiri. Allah ta'ala berfirman maksudnya "makanlah dari binatang qurbanmu dan berikanlah sebahagian kepada orang-orang yang meminta dan tidak memintanya" (al-Haj:36)
Daging hendaklah disedekahkan dalam keadaan masih basah & mentah. Haram menjual daging @ kulitnya, juga jika dijadikan upah kepada tukang sembelih.
**Jika qurban Nazar semua daging wajib disedekahkan, tidak sah qurban untuk orang yang telah meninggal, kecuali si mati telah mewasiatkannya ( daging wajib sedekah semuanya, tetapi jika si mati tidak berharta cuma berwasiat sahaja- daging bolah dibahagi 3 )
Tahap Kemampuan Qurban
As-Syafie :- memiliki kemampuan selepas ditolak keperluan selama 3 hari tasyriq
Al-Hanafi :- seseorang yang memiliki 200 dirham melebihi tangungan asas

12 November 2008

Koleksi Doa







































Kod Products from China & Taiwan

With more and more milk products from China and Taiwan having problem. We really got to check where the things are produced. Here is a way to differentiate Taiwan made products and China made products : by looking at first three digits of its Bar Code. If the 1st 3 digits are 690, 691 or 692 - China madeIf the 1st 3 digits are 471 - Taiwan made.
So please spread the words to everyone......

Azan 24 jam seluruh dunia


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran. Subhanallah. ..Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

11 November 2008

Doa Majlis kenduri






Doa mencukupkan makanan untuk tetamu. Sebagai tuan rumah sudah tentunya kita merasa bimbang samada hidangan itu cukup atau tidak untuk tetamu yang dijemput..
Untuk itu silalah baca Ayat 4: Surah Al Quraisy...
ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ .."Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan." (4) .
Menurut sejarah pada zaman nabi s.a.w, ketika itu musim perang makanan yang ada tidak mencukupi, tukang masak merasa bimbang lalu diajukan perkara ini kepada nabi Muhammad S.A.W., maka nabi pun membaca ayat ini sambil mengadap kepada makanan yang telah dimasak itu. Dengan rahmat Allah dan kebesarannya maka cukuplah makanan yang sedikit itu untuk semua orang yang berada ketika itu. Itulah untungnya beramal dengan ayat2 Allah.

10 November 2008

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
1· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenaliHalimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
+· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
+· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
+· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
+· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
+· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
+· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
+· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
+· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
+· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
+· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
+· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
+· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
+· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
+· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
+· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
+· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
+· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
+· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
+· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN
+· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
(dipetik dari email....)

09 November 2008

Ayat-ayat Ruqyah

Antara ayat ruqyah adalah dari surah :
*1. Al-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 )
2. Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 1-5 )
3. Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 102 )
4. Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 163-164 )
5. Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 255 )
6. Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 285-286 )
7. Al-Imran ( surah 3 : ayat 18-19 )
8. Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 54-56 )
9. Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 117-122 )
10. Yunus ( surah 10 : ayat 81-82 )
11. Taha ( surah 20 : ayat 69 )
12. Al-Mukminin ( surah 23 : ayat 115-118 )
13. As-Shaffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
14. Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-32 )
15. Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 33-36 )
16. Al-Hasyr ( surah 59 : ayat 21-24 )
17. Al-Jin ( surah 72 : ayat 1-9 )
18. Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 )
19. Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
20. An-Naas ( surah 114 : ayat 1-6 )*
*Download ayat ayat ruqyah* http://www.rawatanislam.com/audio-ayat.html