08 Oktober 2008

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath" (Riwayat Muslim)
ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan."


Anak Bulan

Permulaan bulan-bulan Islam

Doa Berbuka Puasa



"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau aku beriman; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

07 Oktober 2008

9 Jenis Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

06 Oktober 2008

Kesan Zikir

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Ramadhan 2

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikanpuasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
selamat menyambut ramadhan al-Mubarakh semoga ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan
ukhwah yang terbina.
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Ramadhan

Perihal Ramadhan AlMubarak Sejarah Ramadhan 1) Ramadhan: ertinya panas terik 2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa. 7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan 1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan 3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki 8) Memberi buka banyak pahala 9) Bulan keampunan doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam. 10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. Amalan-amalan di bulan Ramadhan 1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu 8) Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10) Sahur diwaktu akhir 11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak 13) Kurangkan tidur 14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15) Tunaikan Solat Dhuha 16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera 19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20) hadiri majlis ilmu 21) Buat baik pd ibubapa 22) Isteri hendaklah taat pd suami 23) Banyakkan bersedekah 24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 25) Berbuka bersama org tua 26) Jemput tetamu berbuka 27) Kurangkan berat badan 28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29) Baiki hubungan suami isteri 30) Baiki hubungan jiran 31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32) Elakkan berbelanja berlebihan 33) Kuatkan kesabaran 34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih 35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu 40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 42) Melazimkan solat waktu 43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44) Elakkan banyak berhutang 45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46) Tunaikan zakat fitrah Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar 2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang Baca ayat akhir surah Al Baqarah Baca ayat Kursi Baca surah Yaasin Baca surah Al Zalazah Baca surah Al Qafirun Baca surah Al Ikhlas 3) Bagi orang yamg kuat dan cergas Bangunkan isteri dan anak Mandi Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) Tarikh turunnya Al Quran Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r. a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri, anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.