22 Julai 2008

Tanaman Serai

Projek Tanaman Serai
Projek tanaman serai(sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah….anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).Perkara asas sebelum memulakan projek..!!Kesesuaian Tanah - serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik…jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
Keluasan tanah - memadai 1 ekar pun dah cukup…cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak… setiap 1-2 bulan, anda akan menuai….taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu… Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar…. untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja…itupun semusim! Betul…percayalah…. Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun…yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo….tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko.. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa…boleh… serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Nanti semak lagi tinggi dari serai..
Nak mula projek!!Serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.1. Serai paha ayam2. Serai kampungKalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)Penyediaan kawasan.Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh…antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh…(kalau modal tak besar)Buat lining.Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja)
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya…tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi. penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)PENJAGAAN Pembajaan Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari…panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.Kawalan rumpai Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.Kawalan perosakSerai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.
MENUAIMasa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je….senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.KOSKos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih…apa daaaa)JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.Cash Flow Serai…click dibwh…http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

16 Julai 2008

Meningkatkan daya ingatan & Otak

Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia. Tidak semua aktiviti yang kita lakukan akan mengaktifkan semua bahagian otak. Sebagai contoh menonton TV hanya melibatkan bahagian kecil otak sahaja yang berfikir. Jika kita mahu otak berfikir secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti berikut boleh membuat otak berfikir secara keseluruhan menggunakan semua bahagiannya. Membaca menambah ilmu. Ia juga turut mengaktifkan otot untuk berfikir secara keseluruhan. Membaca dengan kuat dengan mulut menyebut satu-satu perkataan kedengaran di telinga sendiri lagi menambah aktiviti otak. Ianya merupakan aktiviti yang melibatkan banyak organ dan deria. Antaranya mulut yang bercakap, mulut yang mendengar dan otak yang berusaha untuk membaca. Aktiviti otak akan lagi bertambah apabila bacaan mulut dilakukan dengan lebih laju lagi. Aktiviti menulis turut dikatakan boleh meningkatkan aktiviti otak secara menyeluruh. Adalah dicadang, sambil menulis, baca semula apa yang ditulis secara kuat agar didengar oleh telinga. Aktiviti-aktiviti kiraan metamatik mudah dapat meningkatkan aktiviti otak. cara yang paling berkesan menurut dr adalah melalui latihan matematik mudah yang dibuat secara cepat. Sebagai contoh latihan matematik 1 darab 8 6 campur 4 6 bahagi 3 4 tolak 2 ia nampak mudah namun begitu menurut kajian latihan mudah matematik meningkatkan lagi aktiviti otak. Lagi cepat latihan dibuat lagi meningkat aktiviti otak. Untuk mendapatkan lagi latihan-latihan matematik mudah, dicadangkan penggunaan buku matematik PMR atau buku latihan matemaik darjah 5 dan 6. Ia mungkin latihan mudah bagi kita tapi ia adalah senaman otak agar otak terus terasangan dan berfungsi sehingga hari tua. latihan mudah matematik adalah umpama senaman jalan perlahan di taman dilakukan selama 1 jam 3 kali seminggu. Walaupun perlahan ia merupa senaman yang terbaik untuk sepanjang hayat. Begitu juga otak ia perlukan senaman otak yang melibatkan semua bahagian otak untuk terus mengekalkan fungsinya. latihan mematik mudah, membaca dengan mulut adalah baik dilakukan pada waktu pagi. Waktu pagi otak masih segar dan berfungsi paling aktif. jumlah soalan matematik adalah sebaiknya 100 soalan setiap kali latihan. Dicadangkan kertas latihan dibuat salinan sewaktu masih kosong. Latihan matematik otak ini perlu dijalankan berulang kali dengan soalan yang sama. Setiap latihan perlu diambil masa dan berapa jumlah jawapan yang betul. Kita boleh lakukan ia dengan berselang hari. Hari lain buatlah latihan secara membaca dengan mulut. Latihan sebegini mengambil masa. Perubahan sepatutnya dirasa selepas 60 hari. Perubahan dinilai dengan jumlah jawapan betul yang meningkat pada masa yang semakin cepat. Satu lagi latihan matematik yang boleh dilakukan adalah sewaktu memandu kenderaan. Cuba lihat nombor kenderaan disekeliling dan campur ia untuk mendapatkan jumlahnya. Atau pada satu masa lain cuba tolakkan pula untuk mendapatkan jumlah walaupun negatif. Disamping menghilangkan kebosanan sewaktu memandu ia merupakan latihan mengaktifkan otak. Sudoku http://en.wikipedia.org/wiki/Sudoku][color=#0000ff]http://en.wikipedia.org/wiki/Sudoku[/color][/url
Sudoku adalah permainan penyelesaian susunan nombor yang dikatakan dapat meningkatkan keaktifan otak. Otak adalah lebih aktif apabila penyelesaian melibatkan lebih banyak anggota badan dan deria. Belilah buku Sudoku yang banyak dipasaran. Cara ini adalah lebih baik daripada menggunakan permainan sama dalam komputer. Membaca menambah ilmu. Bukan ilmu sahaja malah otak menjadi aktif dan boleh terus kekal ketajaman sehingga hari tua.

Pelaburan hartanah

Kita sering membaca atau diberitahu bahawa pelaburan hartanah adalah sejenis pelaburan paling selamat dan menguntungkan. Namun seringkali kita tidak diberitahu dengan selengkapnya maklumat tersebut,
Kami berkata demikian kerana, acapkali apabila menyebut perkataan pelaburan hartanah, ramai beranggapan bahawa pelaburan ini selalunya merupakan salah satu dari kaedah berikut:
Membeli hartanah seperti rumah, kedai, kondominium, ruang pejabat dan kemudian disewakan kepada penyewa. Membeli rumah dan dijual kembali apabila nilai tanah tersebut telah meningkatMembeli tanah dan memajukan tanah tersebut dengan infrastruktur (eg: perumahan)
Sebenarnya, ada satu lagi strategi yang dapat digunakan untuk memaksimakan pulangan dalam pelaburan hartanah, tetapi jarang dibincangkan. Dan di UrusHartanah.com, kami memberi fokus maklumat dan panduan mengenai strategi ini sahaja, iaitu sebagai Pemaju Tanah.
Apakah Strategi Sebagai Pemaju Tanah?Pemaju Tanah (land developer) adalah pihak yang membeli, menukar status tanah dan melakukan proses pecah sempadan tanah tersebut menjadi lot-lot yang lebih kecil. Untuk mendapatkan keuntungan, lot-lot ini seterusnya dijual kembali kepada pemaju perumahan atau individu yang berminat. Selalunya proses pembelian, tukar milik dan pecah sempadan ini mengambil masa selama 1-3 tahun.UrusHartanah.com mempunyai pengalaman selama 15 tahun menjadi pemaju tanah di Kelantan dan Pahang dengan modal sendiri. Pada peringkat awal, pihak UrusHartanah.com memulakan pelaburan tanah secara kecil-kecilan (bermula 1 ekar)
Sehingga kini, pihak kami mempunyai portfolio tanah di Pahang dan Kelantan dengan masing-masing mempunyai keluasan melebihi 20 ekar.
Walaubagaimanapun, kami kini menumpukan pada portfolio pelaburan tanah di Kelantan kerana proses pembelian, tukar status dan pecah sempadan di negeri tersebut mesra pelabur dan lebih pantas sedikit (12-15 bulan) berbanding di negeri lain.
Bagi mencapai target pulangan konservatif 30% setahun, komitmen tempoh pegangan tanah tadi diunjurkan selama 2 tahun. Baki selepas tempoh proses tanah tadi akan diguankan untuk mencari pembeli.
Lihat Contoh Portfolio Kami Di Sini:
Bagaimanakah Prospek dan Potensi Sebagai Pemaju Tanah?Permintaan untuk tanah sentiasa melebihi tawaran pada setiap masa kerana:(a) Kuantiti keluasan yang terhad. (Keluasan tanah tidak akan bertambah)(b) Bilangan penduduk bertambah. (Semakin ramai penduduk memerlukan rumah)
Pelaburan tanah adalah yang paling fleksibel untuk jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dan diyakini tiada sebarang risiko (0% risk) dan tinggi pulangannya (high return).Mengikut pengalaman pihak kami selama 15 tahun sebagai pemaju tanah, kadar pulangan tanah adalah jauh lebih baik berbanding saham, unit amanah, simpanan ASB, dan simpanan bank. Berdasarkan rekod kami, tanah dapat memberikan minimum 30% pulangan dalam setahun atau lebih.
Anda boleh melihat perbandingan mengenai risiko dan pulangan setiap pelaburan seperti graf dibawah:
Titik Pertikaian Mengenai Kelemahan Pelaburan TanahRamai pelabur yang baru terlibat dalam pelaburan tidak berminat dengan hartanah kerana mengatakan ia tidak cair (illiquid). Ya, memang pelaburan tanah tidak secair instrumen pelaburan lain, tetapi kerana itulah ia dapat menawarkan risiko sifar!
Jika kita perhatikan pasaran saham yang dikatakan cair, kecairan ini menarik banyak spekulator dan pelabur institusi bermodal besar yang boleh memanipulasi pergerakan pasaran sama ada untuk naik mendadak ataupun jatuh merudum.
Dan bagusnya, disebabkan ciri tanah tidak cair (illiquid), harganya tidak menjadi mainan spekulasi seperti saham atau unit amanah.
Apapun, sebelum anda bersiap menjadi pelabur tanah, anda perlu juga bersedia untuk tidak menyentuh wang pelaburan anda dalam masa 2 tahun (jika untuk negeri Kelantan). Jika tidak, pelaburan ini bukan untuk anda.
Pulangan Pelaburan Yang Tinggi Dalam Pelaburan TanahPulangan dalam pelaburan tanah banyak bergantung kepada kepakaran anda membuat keputusan melabur. Disebabkan pelaburan ini fleksibel, ianya bergantung kepada avalaibility tanah, lokasi, permintaan, harga yang dibeli, dan kos-kos proses terlibat.
Lagi rendah harga yang dibeli (berbanding harga pasaran semasa) dan rendah kos proses, lagi tinggi nilai pulangan pada waktu ianya dijual.Pihak kami selalunya melawat berkali-kali kawasan tanah yang bakal dibeli untuk membuat penilaian dan kajian, ini penting bagi memastikan pulangan yang diberikan pada saat ia dijual adalah tinggi. Berdasarkan pengalaman kami itulah, hampir kebanyakan tanah yang dijual mencapai 200% pulangan dalam tempoh 2 tahun.Bagaimana Risiko Dikurangkan Dalam Pelaburan TanahPelaburan tanah adalah pelaburan yang paling memberikan ketenangan jiwa jika diukur daripada sudut risiko kerana risikonya adalah kosong. Walaupun simpanan bank dan ASB juga memberikan anda risiko kosong (wang anda tidak hilang), tetapi pelaburan tanah memberi pulangan yang terlalu tinggi, yakni yang tidak ada pada simpanan bank dan ASB.
(Mari kita bandingkan, jika pulangan ASB setinggi 10 peratus (dividen+bonus) setahun dan tanpa risiko boleh dikatakan hebat, mahukah anda jika pelaburan tanah dapat memberikan pulangan pada kadar konservatif 30 peratus setahun dan tetapi masih tanpa risiko?)
Menjadi pemaju tanah adalah berlainan dengan pemaju perumahan. Risiko pelaburan tanah adalah kosong kerana pemaju tanah tidak akan mendirikan sebarang infrastruktur seperti rumah atau bangunan.
Ini secara langsung mengelak pelabur daripada risiko seperti kenaikan harga barang binaan dan kos buruh.
Sekarang, mari kita bandingkan dengan instrumen pelaburan yang dikatakan boleh memberi pulangan paling tinggi, saham. Saham diakui dapat memberi pulangan yang besar, jika anda pandai (atau bernasib baik) memilih kaunter yang sedang meningkat., namun apakah fikiran anda tenang sepanjang tempoh melabur?Pelaburan saham masih memerlukan penelitian dan kawalan daripada anda dan ini akan memakan masa anda. Jika anda seorang professional, kakitangan awam atau kakitangan swasta yang sibuk, apakah anda mempunyai masa untuk mengawasi pergerakan saham sepanjang waktu?
Berbeza dengan pelaburan tanah, anda tidak perlu menghabiskan masa dan mengawasi tanah anda sepanjang masa. Anda boleh terus meneruskan kerjaya anda dan menunggu sahaja pulangan apabila ia dijual kelak.
Jadi, anda boleh mengecapi kebebasan kewangan tanpa perlu berhenti kerja.
Siapa Yang Dapat Menjadi Pemaju Tanah? Berapakah Modalnya?Menjadi pemaju tanah memerlukan dua perkara: Modal dan kepakaran. Jika anda mempunyai modal sekalipun tetapi tidak mempunyai kepakaran, anda mungkin tersilap membuat keputusan melabur.
Jika anda mempunyai kepakaran pun, anda tidak mampu berbuat apa-apa tanpa modal. Berkenaan modal permulaan sebenarnya tidak mempunyai sebarang ketetapan. Jika anda dapat membeli sebuah tanah pada harga yang murah di lokasi strategik dan tidak memerlukan kos proses yang tinggi , ini adalah cukup baik.
Soalan-soalan Lazim Ditanya (FAQ):
Apakah motif UrusHartanah.com diwujudkan?Kami diwujudkan untuk memberi info mengenai pelaburan hartanah sebagai pemaju tanah. Kami sedar bahawa terdapat golongan yang mempunyai lebihan wang ataupun modal tetapi tidak tahu ke mana untuk dilaburkan.
Oleh itu, kami ingin membantu mereka yang ingin sama-sama melabur dalam tanah, tetapi tidak tahu bagaimana caranya, atau tidak mempunya masa. Kami juga menjual tanah lot banglo yang boleh dibina rumah banglo. Tidak ketinggalan juga, UrusHartanah.com diwujudkan untuk mencari tanah-tanah berpotensi yang bakal dibeli pihak kami. Anda digalakkan untuk menawarkan sebarang tanah berpotensi kepada kami.
Apa bezanya konsep yang diterangkan UrusHartanah.com dengan model perniagaan pemaju hartanah seperti MKLand, SP Setia, MRCB, Glomac dan lain-lain?Maklumat yang kami kongsi adalah model di mana anda sebagai pemaju tanah dan bukannya pemaju yang membina rumah atau bangunan seperti nama-nama besar diatas. Dalam perniagaan hartanah, terdapat pemaju perumahan dan bangunan seperti MKLand, SP Setia, MRCB, dan Glomac.
Peranan pemaju tanah ini adalah untuk menyediakan tanah untuk dimajukan oleh pemaju atau dibeli oleh individu. Di sini, banyak risiko seperti turun naik harga besi, simen dan kos buruh dapat dikurangkan kerana tidak ada pembinaan infrastruktur perlu dilakukan. Jadi dalam keadaan ekonomi kukuh ataupun kegawatan risiko dapat disifarkan.
Apakah pihak UrusHartanah.com adalah broker tanah?Tidak, kami bukan broker tanah. Peranan pemaju tanah dan broker jauh berbeza sama sekali. Tugas broker adalah mencari tanah yang bersesuaian untuk dicadangkan kepada pembeli yang boleh jadi siapa sahaja. Pemaju tanah pula membeli secara terus dari pemilik, ataupun melalui broker dan kemudian menukar status tanah tersebut supaya dapat dimajukan.
Dimanakah tanah yang sesuai dibeli untuk dimajukan?Ada beberapa kriteria yang perlu dilihat dan dipastikan sebelum anda memilih tanah untuk dibeli dan seterusnya dimajukan. Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria;
Tanah tersebut bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang)Proses kelulusan pemecahan sempadan tanah adalah cepat di pejabat tanah negeri tersebut (sekitar 12-15 bulan). Tanah di kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi.
Berdasarkan pengalaman menguruskan portfolio hartanah kami, kami mendapati Kelantan memenuhi kriteria-kriteria yang disebutkan di atas. Kerana itulah fokus pelaburan kami kini hanya melibatkan tanah di Kelantan.
Satu faktor yang unik yang dapat kami perhatikan di negeri Kelantan, permintaan tanah di negeri ini tinggi disebabkan permintaan dari anak negeri yang berhijrah keluar untuk kembali semula ke Kelantan selepas bersara.
Adakah saya boleh membeli tanah?Perkara ini bergantung kepada Kanun Tanah Negara bagi negeri tersebut. Sesetengah negeri seperti Kelantan mensyaratkan bahawa hanya anak negeri sahaja boleh membeli tanah di Kelantan.Tetapi bagi kebanyakan negeri, sesiapa sahaja bebas untuk memiliki tanah (tidak kira dari negeri mana seseorang itu berasal).
Jadi, jika saya Anak negeri tersebut, bolehlah saya beli tanah di negeri tersebut untuk dilaburkan ya?Secara undang-undangnya, ya. Tetapi ada beberapa klasifikasi anak negeri dan ada tips berbeza untuk setiap klasifikasi.
Contoh: Mengikut pengalaman kami di Kelantan, terdapat tiga kategori anak negeri.
Kategori ketiga (berasal dari luar tetapi menetap di Kelantan untuk lebih 15 tahun) memerlukan kelulusan Exco Kerajaan Negeri dan ini akan mengambil proses yang panjang dan rumit.
Berapakah selalunya modal diperlukan untuk melabur?Tidak ada sebenarnya penetapan berapakah modal miminum yang ditetapkan. Jika anda berpeluang untuk membeli tanah pada harga yang murah, maka itulah modal minimum yang perlu anda keluarkan.
Apakah status lot tanah yang dijual?Status lot tanah apabila dijual adalah berdasarkan kepada jenis tanah yang mendapat permintaan paling banyak di negeri tersebut. Sebagai contoh berdasarkan pengalaman kami dalam urus niaga tanah di Kelantan, permintaan untuk lot tanah banglo di Kelantan amatlah tinggi. Antara sebabnya adalah penduduk Kelantan lebih berminat membina rumah sendiri berbanding membeli projek perumahan rumah teres dan sebagainya.
Bilangan tanah yang masih belum dibangunkan juga masih banyak di Kelantan berbanding di Lembah Klang misalnya, jadi permintaan untuk tanah banglo tinggi. Disamping itu, proses jualan untuk lot tanah banglo adalah lebih mudah dan tidak berisiko kerana pembeli lot tanah banglo boleh terdiri daripada pembeli individu atau syarikat pemaju hartanah.
Apakah pemaju tanah akan membina rumah atau sebarang bangunan di atas tanah yang dibeli?Tidak. Anda dicadangkan tidak mengambil risiko dengan membina sebarang rumah atau bangunan. Proses yang terlibat hanya menukar status,memecahkan kepada tanah lot banglo dan akan terus dijual kepada pemaju atau individu.
Apakah tanah tersebut dijamin dijual dalam tempoh 2 tahun?Sebenarnya tempoh 2 tahun (24 bulan) yang dinyatakan adalah khusus untuk negeri Kelantan. Tempoh tersebut termasuk proses menukar status dan memecah sempadan. Sekali lagi, tempoh bila tanah boleh dijual bergantung pada kelulusan penukaran status dan pecah sempadan setiap negeri. Berdasarkan pengalaman kami selama 15 tahun dalam urusniaga tanah di Kelantan, semua tanah yang dibeli berjaya dijual dalam tempoh 2 tahun. Di Pahang pula, ia memakan masa selama 3-3.5 tahun.Disamping itu, proses menjual tanah bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran tanah di sesebuah tempat itu. (Tetapi sudah tentu kajian telah dilakukan sebelum melabur bahawa terdapatnya permintaan yang tinggi)
Apakah benar pulangan minimum 30 peratus setahun? Dan berapa pula maksimumnya? Benar, berdasarkan pengalaman kami pulangan setidak-tidaknya 30 peratus setahun atau lebih boleh dicapai dengan mudah. Untuk itu, anda boleh melihat portfolio dilaman web ini. Perlu dijelaskan, pasaran tanah adalah fleksibel, kadar keuntungan banyak bergantung kepada lokasi, permintaan, dan kos-kos lain yang terlibat.
Bagaimana anda boleh mengatakan pelaburan tanah melibatkan 0 peratus risiko? Bukankah tiada instrumen pelaburan yang tiada risiko.Benar, kami faham konsep "High Risk, High Return". Tetapi hartanah adalah instrumen pelaburan yang unik, tidak seperti intrumen pelaburan moden. Tanah tidak bergolak seperti saham yang boleh dispekulasi. Nilai fundamental tanah akan sentiasa meningkat dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Contoh paling mudah untuk persoalan ini, lihatlah sendiri kawasan tempat tinggal anda. Bandingkan harga tanah disitu 5 tahun lepas dan harga tanah pada hari ini. Apakah nilainya merosot? Sudah tentu tidak bukan.
Bagaimana pihak UrusHartanah.com dapat menukarkan status tanah dan pecah lot begitu cepat? Saya mendengar cerita negatif seperti proses tersebut rumit dan memakan tempoh lama.Hal ini bergantung kepada negeri tersebut. Berdasarkan pengalaman kami memajukan tanah di Kelantan, prosesnya adalah lebih pantas berbanding negeri lain (12-15 bulan). Ada sesetengah negeri mengambil masa sehingga 3-3.5 tahun seperti Pahang.
Adakah pemaju tanah ini menjalankan perniagaan "Land Banking"?Tidak. Tugas pemaju tanah adalah membeli tanah, menukar status, memecah lot dan menjual terus tanpa menyimpan sehingga tempoh masa tertentu. Istilah "Land Banking" adalah membeli tanah dan menyimpannya sehingga satu tempoh masa dan menjual kembali untuk mendapatkan keuntungan.

13 Julai 2008

Doa Ketenangan


Bila ada masalah baca ayat ni sebanyak-banyaknya...insyaAllah ketenangan akan datang...

Kelebihan ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Pisang


Mana nak cari benih pisang ni....boleh pakat tanam...

Perbandingan isipadu minyak

Perbandingan isipadu minyak bertangki penuh antara sebelum dan selepas kenaikan harga minyak.
PERODUA SEBELUM SELEPAS
MYVI
RM76.80 RM108.00
KENARI
RM76.80 RM108.00
KANCIL
RM61.44 RM86.40
KELISA
RM76.80 RM108.00
KEMBARA
RM88.32 RM124.20

PROTON
PERDANA V6
RM122.88 RM172.80
ISWARA
RM86.40 RM121.50
WAJA
RM96.00 RM135.00
PERSONA
RM96.00 RM135.00
GEN-2
RM96.00 RM135.00
SAVY
RM76.80 RM108.00
WIRA (1.5)
RM96.00 RM135.00

09 Julai 2008

Perkhidmatan Mesin ATM tabung haji

Perkhidmatan Mesin ATM & Mesin Deposit Tunai Untuk Pelanggan Tabung Haji
Perkhidmatan yang ditawarkan
Caj Deposit Wang RM1.00 setiap transaksi
Pengeluaran Wang RM1.00 setiap transaksi
Pertanyaan Baki Tiada Caj
Pendaftaran Akaun Tabung Haji Bagi Bukan Pemegang Akaun Bank Islam
Bawa kad pengenalan dan buku simpanan Tabung Haji ke cawangan Bank Islam
Buka Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Bank Islam dan dapatkan kad ATM Bank Islam
Isi ‘Borang Pendaftaran Akaun Tabung Haji’
Setelah mendapat pengesahan daripada sistem Tabung Haji, kad ATM Bank Islam anda sedia digunakan di mesin ATM/Mesin Deposit Tunai kami.
Pengaktifan Akaun Tabung Haji Bagi Pemegang Akaun Dan Kad ATM Bank Islam
Bawa kad pengenalan, buku simpanan Tabung Haji dan kad ATM ke cawangan Bank Islam
Isi ‘Borang Pendaftaran Akaun Tabung Haji’ Setelah mendapat pengesahan daripada sistem Tabung Haji, kad ATM Bank Islam anda sedia digunakan di mesin ATM/ Mesin Deposit Tunai kami

Pelaburan Am-i Qiradh

Akaun Pelaburan Am-i Qiradh merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan menyediakan modal untuk Bank melabur bagi tempoh tertentu. Bila matang, keuntungan yang diperolehi akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama.
Al-Mudharabah
• Individu berumur 18 tahun ke atas• Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
• Minimum RM500 untuk 2 bulan dan ke atas• Minimum RM5,000 untuk 1 bulan
• Akaun Individu• Akaun Bersama
• Akaun Amanah
• Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
• Pelabur boleh mengambil keuntungan pada setiap bulan bagi tempoh pelaburan 6 bulan dan berjumlah RM20,000.00 ke atas.• Auto Renewal - pembaharuan sijil secara automatik.• Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai cagaran pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Al-Mudharabah, Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah dan Pembiayaan Kontrak-i Tijari.
Kadar keuntungan bagi bulan Jun 2008 Pulangan(%)
Tempoh Pelaburan (bulan) Individu
1 3.53
3 3.55
6 3.60
9 3.68
12 3.70
15 3.70
18 3.75
24 3.79
36 3.89
48 3.99
60 4.09
>60 4.09

08 Julai 2008

Ayat Seribu Dinar



Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar dipetik dari ayat suci Al-Quran surah Al-Talaaq, ayat 2 & 3. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. wallahuala...

Ternak keli


Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sasaran pertumbuhan tahunan bagi perikanan akuakultur yang digariskan ialah 21.5 peratus manakala pengeluaran produk sebanyak 662,000 tan metrik.
RMK-9 yang akan tamat dalam tempoh lebih dua tahun lagi, masih banyak usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan pengeluaran dalam subsektor akuakultur termasuk menambah bilangan pengusaha.
Bidang akuakultur ini sebenarnya meliputi banyak aktiviti sama ada ternakan kolam, sangkar, tangki yang semuanya sesuai untuk ternakan ikan dan sebahagiannya untuk udang, selain kerang-kerangan dan rumpai laut.
Kemunculan teknologi baru merancakkan lagi industri akuakultur antaranya dengan pengenalan air kitar semula, dalam kanvas dan pembersihan air menggunakan penapis biologi atau mikroorganisme.
Terbaru dan paling mendapat sambutan ialah penggunaan teknologi ternakan ikan dalam kanvas khususnya untuk keli yang dikatakan sesuai kerana sifat tahan lasak.
Kini, konsep ternakan keli dalam kanvas menjadi popular dan diperkatakan oleh mereka yang mula berjinak-jinak dengan pertanian.
Mereka seakan lupa bahawa ternakan menggunakan kanvas sebenarnya satu teknologi tinggi yang memerlukan pengetahuan mendalam sebelum menceburkan diri.
Persoalannya, bagi yang berminat, di mana teknologi tersebut boleh diperoleh?
Bagi menampung permintaan tersebut, sebuah syarikat bumiputera, Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB) menawarkan teknologi yang dibangunkan bersama sistem pemakanan lengkap dan sistematik.
ASSB ditubuhkan pada 2005 untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat melalui akuakultur.
Syarikat yang beroperasi di Taman Desa Subang, Shah Alam Selangor ini pada awalnya terlibat dalam, bidang akuakultur secara kecil-kecilan.
Namun, ia menempa sejarah selepas kejayaan memperkenalkan teknologi ternakan ikan air tawar dalam kanvas dengan penggunaan makanan dan sistem rawatan organik.
Menurut Pengarah Teknikal ASSB, Izam Md. Nor, kajian yang dilakukan tertumpu kepada penggunaan kanvas dalam ternakan ikan air tawar dan pada masa sama, mengaplikasikan produk bioteknologi untuk pemakanan dan sistem rawatan organik.
Beliau berkata, teknologi itu dikenali sebagai Akuakultur Kitar Semula Dengan Penggunaan Sistem Bioteknologi (RAWBITE) yang terdiri daripada empat komponen utama.
Komponen-komponen terdiri daripada Activated Carbon (AC), BioMutiara Fish (BMF) Bio Mutiara Feed Additive Fish (BMFAF) dan Bio Mutiara Anti Odour (BMAO).
“Teknologi RAWBITE ini diaplikasikan serentak dalam sistem ternakan ikan air tawar dan setakat ini kita menggunakan pelbagai spesies ikan keli,'' katanya ketika ditemui di pejabat syarikat itu di Shah Alam baru-baru ini.
Saiz kanvas yang disyorkan ialah 10 kaki x 4 kaki dalam bangunan, manakala 15 x 4 kaki di luar bangunan pada ketinggian air sehingga dua kaki.
Saiz tersebut boleh menampung kira-kira 1,500-1,800 ekor ikan keli manakala air yang digunakan bebas klorin.
Produk bioteknologi organik yang dihasilkan digunakan dalam sistem ternakan bagi menghilangkan bau, sebagai penapis selain makanan ikan dalam bentuk pelet.
Pada masa ini, syarikat memasang sistem tersebut 58 kolam kanvas di ibu pejabat dengan sistem penjagaan yang minimum.
Namun menurut Izam, selaras konsep Program Pembangunan Usahawan Akuakultur Air Tawar bersama agensi lain termasuk bank dan Projek Ternakan Ikan Air Tawar Organik Aplikasi Bioteknologi, ASSB menawarkan pakej kepada bakal pengusaha yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang akuakultur.
Pakej tersebut menawarkan 10 kolam kanvas, 18,000 ekor anak ikan dan empat produk bioteknologi serta kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Kemudahan infrastruktur termasuk kerangka kolam, kanvas, pam air dan turas, pam udara dan aksesori, pam penyelenggaraan, sistem penapisan RAWBITE, sistem saliran RAWBITE, pH meter dan upah pemasangan.
Menurut Pengerusi ASSB, Mohd. Nor Osman, pakej tersebut ditawarkan kepada mereka yang berminat dalam tempoh empat tahun menerusi konsep perladangan kontrak manakala ikan yang dihasilkan, akan dibeli semula oleh syarikatnya dengan harga RM4.50 sekilogram.
Menerusi teknologi tersebut ikan keli dapat dituai selepas tiga bulan dengan saiz lima atau enam ekor sekilogram.
Kontrak boleh diperbaharui berdasarkan kepada prestasi peserta.
Setakat ini, ASSB mampu memasang hampir 200 modul atau 2,000 kolam di Semenanjung Malaysia dan dijangka meningkat dari masa semasa.
“Syarikat menyasarkan 200 modul atau 2,000 kolam lagi, dalam masa terdekat bagi melengkapkan jumlah 4,000 kolam,'' ujar Izam.
Syarikat terbabit juga menawarkan perkhidmatan pembekalan benih yang berkualiti dan kadar pertumbuhan yang baik supaya bekalan sentiasa diperoleh.
Pada masa ini, pengeluaran benih dihasilkan dengan kerjasama vendor di Melaka dan Pusat Pembenihan, di Salak Tinggi, Sepang manakala mereka yang berhasrat mempelajari teknik pembenihan aruhan dengan ASSB akan dilatih di Sepang, Selangor.
ASSB juga mempunyai kilang sejuk beku yang menjadi pusat operasi menyiang serta disejukbekukan untuk memproses ikan tersebut kepada serunding, sardin dan produk lain.
Bagi memenuhi permintaan makanan ternakan ikan yang tinggi, syarikat itu mengambil inisiatif membuka kilang memproses makanan ikan sendiri di Terengganu bersama Syarikat Nu Infra Mutiara Feedmill Sdn. Bhd.

07 Julai 2008

Emas Dinar Kelantan

keadaan ekonomi dunia telah menyebabkan nilai emas meningkat dengan banyak dalam masa setahun ini। Dan bagi mereka yang melabur dalam bentuk dinar, bermula dari hari pelancaran sehingga ke hari ini sudah berlaku peningkatan harga sebanyak RM43 berbanding harga asal RM322 bagi satu dinar।"Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai lima Dinar atau lebih, berapa jumlahnya sekarang, jadi yang tak beli dulu tu rugi la," Ujar Hj Husam.Sehingga hari ini, harga terkini bagi 1 Emas Dinar Kelantan ialah RM365. (27.09.2007)
DINAR (harga 07.07.2008)
1 Dinar 416.14 436.14
1/2 Dinar 21.59 223.59
1/4 Dinar 112.80 117.80
www।dinarkel.com/Dinar emas yang dijual kepada umum kini dalam tiga timbangan iaitu seberat 1.06 gram (suku dinar), 2.12 gram (setengah dinar) dan 4.25 gram (satu dinar) dengan ketulenan emas sebanyak 91.7 peratus yang dijual mengikut harga emas semasa.Dinar emas itu diedarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad yang boleh didapati di 10 rangkaian pajak gadai Islam ar-Rahn di Kelantan.