25 Jun 2008

Amanah Saham Bumiputera

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2007: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.00 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Kadar pengagihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.70 sen seunit berbanding kadar yang diagihkan tahun lalu iaitu 7.30 sen seunit.

Kadar bonus pada tahun ini ialah 1.00 sen seunit berbanding 1.25 sen seunit pada tahun lalu.

Jumlah pengagihan pendapatan dan bonus sebanyak 9.00 sen seunit pada tahun ini merupakan peningkatan sebanyak 0.45 sen seunit berbanding pada tahun lalu sebanyak 8.55 sen seunit.


Pengagihan pendapatan tersebut akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4,290 juta, peningkatan sebanyak RM798 juta atau 22.85 peratus, berbanding dengan RM3,492 juta yang dibayar pada tahun lalu.

Sementara itu, pembayaran bonus pula membabitkan peruntukan sebanyak RM354.47 juta.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji berkata, seramai 6.35 juta pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 55.22 bilion unit ASB akan menerima manfaat daripada pengagihan pendapatan itu.

Sehingga 13 Disember, 2007, ASB telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5,130 juta, kenaikan sebanyak RM1,159 juta atau 29.19 peratus berbanding dengan RM3,971 juta yang diperolehi dalam tahun kewangan 2006.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM2,811 juta atau 54.80 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Keuntungan daripada penjualan pelaburan menyumbang sebanyak RM2,005 juta atau 39.08 peratus. Selebihnya RM314 juta atau 6.12 peratus diperolehi melalui pendapatan pelaburan instrumen jangka pendek.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2007. Manakala, pengiraan bonus pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk tempoh 10 tahun dari tahun 1998 sehingga 2007.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan masing-masing. Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing mulai 2 Januari 2008.

Semua urusniaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan pada 21 Disember, 2007 sehingga 1 Januari, 2008 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan yang berharga tetap, disasarkan kepada Bumiputera yang berumur 12 tahun dan ke atas dengan matlamat menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten serta pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

Pelaburan berlandaskan syariah

Secara umumnya, masih terdapat unit amanah saham yang menyediakan dana-dana Islamik dan berlandaskan Syariah. Dana-dana seperti ini bukan sahaja direbuti oleh pelabur yang beragama Islam bahkan begitu popular dan diminati di kalangan pelabur yang bukan beragama Islam kerana hasil pulangannya yang memuaskan.

Berikut adalah di antara senarai-senarai unit amanah saham swasta yang menyediakan dana-dana yang berlandaskan syariah dan pelaburannya adalah halal :

1) Public Mutual
~ Public Ittikal (Pittikal) – Telah Pun Ditutup;
~ Public Islamic Dividend Fund (PIDF);
~ Public Islamic Equity Fund (PIEF);
~ Public Islamic Opportunities Fund (PIOF);
~ Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF);
~ Public Islamic Ittikal Fund (PIIF);
~ Public Islamic Balanced Fund (PIBF);
~ Public Islamic Money Market Fund (PIMMF);
~ Public Islamic Select Bond Fund (PISBF).

2) AmInvestment Services Berhad
~ AmIslamic Growth
~ AmBon Islam;
~ AmIttikal Fund;
~ AmIslamic Balanced;
~ AmOasis Global Islamic Equity.


3) ASM Investment Services Berhad
~ Dana Bestari;
~ Dana Al-Aiman;
~ ASM Dana Mutiara;
~ ASM Syariah Aggressive Fund;

4) BIMB Unit Trust Management Berhad
~ ASBI Dana Al Mubin;
~ ASBI Dana Al-Falah;
~ ASBI Dana Al-Munsif;
~ ASBI Dana Al-Fakhim.

5) CIMB Wealth Advisors Berhad (dulu dikenali sebagai SBB Mutual Berhad)
~ SBB Mutual Dana Al-Azam;
~ SBB Mutual Dana Al-Ihsan;
~ SBB Mutual Dana Al-Hikmah;
~ SBB Mutual Dana Al-Ihsan2;
~ SBB Dana Al-Faiz;
~ SBB Dana Al-Ikhlas;
~ SBB Mutual Dana Al-Mizan;
~ SBB Dana I’tidal;
~ SBB Dana Al-Hafiz.

6) RHB Unit Trust Management Berhad
~ RHB Islamic Growth Fund;
~ RHB Mudharabah Fund;
~ RHB Islamic Bond Fund;
~ RHB Global Islamic Portfolio Series 1.

Senarai di atas merupakan di antara sebahagian daripada dana-dana unit amanah saham yang setiap satunya ditunjangi oleh ahli Majlis Penasihat Syariah dan ianya turut disokong oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai dana-dana yang berlandaskan Syariah dan Halal (berteraskan pelaburan Islam).

Manakala, untuk pelaburan di Bursa Saham Malaysia pula. Terdapat lebih kurang 875 kaunter (86%) dari 1023 kaunter di bursa saham Malaysia yang telah pun diiktiraf sebagai mematuhi Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

14 Jun 2008

cacing punya potensi

Bermula dgn 20kg, modal RM9000 untuk induk cacing- Cacing berganda 2 setiap 3 bulan (ni teori yg moderate, teori optimistic kata cacing berganda 2 tiap-tiap bulan)- Dalam 1 hari 1 kilo cacing makan 1 kilo makanan dan produce 50% taik (baja vermicompost)- 1kg baja vermicompost yg belum diproses (refine) berharga RM2 di pasaran (kalau yg dah refine leh jual RM5 sekilo)* Semua angka2 di atas telah sengaja direndahkan daripada potensinya yg sebenar dan potensi yg telah dibuktikan sebelum ini oleh para penternak cacingBulan 1,2,3: Cacing 20 kgBaja yg dpt diharvest: 30 hari x 20kg x 0।5 = 300kg Nilai baja unprocessed: RM2 x 300kg = RM600Bulan 4,5,6:Cacing dah berganda 2, jadi 40kgBaja yg dpt diharvest: 30 hari x 40kg x 0.5 600kgNilai baja: RM2 x 600kg= RM1200Bulan 7,8,9:Cacing dah berganda 2, jadi 80kgBaja yg dpt diharvest: 30 hari x 80kg x 0.5 = 1200kg Nilai baja: RM2 x 1200kg = RM2400Bulan 10,11,12:Cacing dah berganda 2, jadi 160kgBaja yg dpt diharvest: 30 hari x 160kg x 0.5 = 2400kgNilai baja: RM2 x 2400kg= RM4800Cukup setahunCacing dah berganda 2, jadi 320kgBaja yg dpt diharvest: 30 hari x 320kg x 0.5 = 4800kgNilai baja: RM2 x 4800kg= RM9600dan selepas tu you boleh kira sendiri peningkatan dia setiap 3 bulan (ikut teori cacing berganda 2 setiap 3 bulan)Baja ada permintaan ke? Jawapan dia dlm bentuk soalan: Makanan ada permintaan ke?Manusia bertambah, makanan kena tambah. Makanan nak tambah, pertanian kena tambah.Pertanian nak tambah, baja kena tambah.Now kesedaran tentang baja organik sedang meningkat. Kerajaan juga sedang menggalakkan penggunaan baja organik mengganti baja kimia yg merosakkan alam.Baja organik ni bagus ke tak bagus? Short term, ia slow sikit kesannya berbanding baja kimia. Tetapi mid to long term ia lebih bagus kerana tidak merosakkan tanah (malah merawat tanah) dan kos lebih rendah berbanding baja kimia yg terus terusan naik harga. Banyak kajian tentang perkara ini telah dijalankan dan boleh dibaca di internet.Mana nak jual baja tu? Masa stok sikit jual kat kawan2, jiran2 berdekatan, petani2 berdekatanMasa stok dah agak banyak, hantar ke nurseri2 dan kebun2 yg agak sederhanaMasa stok dah banyak (bertan-tan), boleh supply ke PBT (landscapping), FELDA, FELCRA dll.....Sama ada penetrate sendiri atau tumpang network pengusaha2 cacing yg memerlukan bekalan vermicompost sebanyak 100 tan sebulan

09 Jun 2008

Projek cendawan...
MINGGU ini, ruangan Bengkel Usahawan
Mega-Utusan bersama UPM-AgroBank memaparkan sebahagian lagi kaedah yang perlu diketahui sebelum melaksanakan projek tanaman cendawan। Ia terbahagi kepada:Memilih benihlBenih (spawn) yang baik akan meliputi bahan pemegangnya seperti gandum, sekoi, barli dan lain-lain.lWarna putih akan memenuhi bahan pemegangnya tanpa dicemari warna lain.lBenih induk disuntik kepada substrat lain dan diperam menjadi generasi ketiga dipanggil benih cendawan.lDengan mengulangi suntikan dan pemeraman, lebih banyak benih dapat dihasilkan dari kultur induk tetapi makin lama akan merendahkan vitaliti benih.Penyimpanan kultur induk dan subkultur penting contohnya dalam nitrogen cecair atau dengan parafin.Benih yang baik akan menghasilkan badan buah yang baik, tebal dan gebu dan tidak berkerinting, tidak berwarna lain dan tidak mengeluarkan bau busuk atau hanyir.Memilih dan menyediakan media atau substratSumber pemakanan utama bagi cendawan tiram kelabu ialah selulosa, hemiselulosa dan lignin.Habuk kayu, kapas, hampas tebu, tongkol jagung dan perlukan bahan tambahan seperti dedak padi atau gandum untuk dijadikan substrat.Pelbagai bahan sisa pertanian sesuai dijadikan bahan media bagi cendawan tiram iaitu kulat putih reput yang menggunakan lignin dan selulos bersama sebagai sumber karbon dan akan memutihkan hosnya.Rumah cendawanRuang yang bersih diperlukan bagi pertumbuhan cendawan di samping persekitaran yang sesuai daripada segi suhu, pengudaraan, cahaya redup dan kemudahan sumber air. Pemilihan lokasi rumah penting daripada segi pemasaran.Tidak perlu membuat struktur yang mahal dan canggih sebaliknya memadai dengan menutup keliling struktur dengan jaring plastik hitam supaya redup dan mendapat pengudaraan mencukupi.lRak kayu diperlukan bagi menyusun beg cendawan yang hendak diperam hingga sampai ke peringkat penghasilan.lHarga rak kayu berukuran 5 kaki x 6 kaki x 1.2 kaki biasanya (RM400).lDua setengah rak boleh memuatkan 1,050 beg cendawan.lSaiz rumah- 20 kaki x 15 kaki dengan rumah menyimpan media - 5 kaki x 10 kaki.lPenyediaan beg dan kukus beg- 10 kaki x 15 kak.ilBilik suntik- 7 kaki x 10 kaki.lBangunan lain yang diperlukan untuk penyimpanan beg cendawan di atas rak.PersekitaranlIni termasuk suhu, kelembapan bandingan, cahaya, karbon dioksida, dan keasidan substrat.lBila suhu tinggi kelembapan bandingan.lSuhu tinggi menggalakkan metabolisme badan buah yang meningkatkan kadar pernafasan dan karbon dioksida tinggi.सन्दवान tiram perlukan berbeza dalam setiap peringkat.Dalam pemeraman, kelembapan sesuai ialah antara 65 dan 70 peratus tetapi semasa pembentukan badan buah ia memerlukan antara 80 dan 90 peratus dan bersuhu rendah.PemasaranlSangat mustahak memandangkan hasil yang dikeluarkan perlu segera dipasarkan.lOleh itu, kajian pasaran perlu dilakukan terlebih dahulu.lPengurusan dan PenyelenggaraanlKebersihan adalah penting dan setiap kali memetik hasil, segala sampah sarap perlu dibersihkan segera bagi mengelakkan masalah serangga dan perosak.Bahan kimia tidak dibenarkan sama sekali digunakan di dalam rumah cendawan bagi mengelak keracunan terhadap cendawan.bisnes cendawan pun boleh kaya...sape berminat???

http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=354957

04 Jun 2008

Hidup Sihat

Tip Kekal Lansing Sepanjang Hayat 1. Kadar turun BERAT BADAN sepatutnya 1 kg / seminggu 2. Makan bila LAPAR, bukan makan mengikut NAFSU 3. Semasa makan gunakan PINGGAN yang kecil 4. Jangan makan SEBELUM lapar 5. Berhenti makan SEBELUM kenyang 6. Kalau terasa lapar (sebelum waktu makan), jangan ambil makanan BERGORENG atau SNACK. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran SEGAR 7. Makanan sepatutnya mengandungi 50% pelbagai SAYURAN, 25% PROTEIN dan 25% KARBOHIDRAT (nasi) 8. Sayur-sayuran sebaiknya dimakan MENTAH 9. Bila makan sayuran, kurangkan DRESSING (mayonis) 10. Bila makan di tempat BUFFET, mulakan dengan SAYURAN (salad) atau SUP. Ini dapat mengurangkan rasa lapar ketika mengambil "main course" 11. Semasa BUFFET, pastikan KARBOHIDRAT (nasi, kentang, pasta) adalah 25% dari jumlah hidangan 12. Kunyah makanan dengan perlahan sampai LUMAT 13. Makan dengan SUAPAN yang kecil 14. Elakkan makanan berkalori amat tinggi seperti PISANG GORENG, KEROPOK LEKOR, CHAR KUEW TEOW